Baru-baru ini, pelakon Risteena ada memuat naik beberapa keping foto majlis perkahwinan di laman akaun Instagram miliknya.
Bagaimanapun, adik kepada Risteena atau nama lengkapnya Nur Risteena Munim, Ruhainies mendapat perhatian netizen gara-gara bahagian perut yang dilihat buncit.
Gara-gara itu, ada seorang pengguna Instagram yang memberikan komen, membayangkan Ruhainies kelihatan seolah-olah sedang hamil.
“Pregnant ke apa tu?,” tanya individu terbabit menerusi ruangan komen.
Lalu, bintang berusia 31 tahun itu memberikan respon terhadap komen tersebut.
“Jangan tanya soalan macam tak pergi sekolah,” balas Risteena tegas.
Terdahulu, Risteena telah sah bergelar isteri kepada pelakon Isa Khan pada 12 Mac lalu.
Majlis ijab kabul telah diadakan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Foto: Instagram Risteena
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Terima Kasih Diatas Doa Kalian Semua,”- Izham Termizi & Mia Ahmad Selamat Timang Cahaya Mata Kedua
Pelakon, Mia Ahmad dilaporkan telah selamat melahirkan cahaya mata kedua pada jam 5.20 petang pada Khamis.
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh suami kepada Mia yang juga merupakan pemain bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Izham Tarmizi.
— MohdIzhamTarmzi (@IzhamTarmizi) June 18, 2020
“Salam. Alhamdulillah isteri saya telah selamat melahirkan anak kedua kami pda jam 5.20 petang tadi.
“Terima kasih diatas doa kalian semua,” tulisnya.
Tambah Izham lagi, dia turut berterima kasih kepada semua pihak yang telah menitipkan doa buat isterinya itu.
Bagaimanapun, sehingga kini pasangan tersebut masih belum berkongsi mengenai jantina cahaya mata kedua mereka itu.
Khabar gembira tersebut dikongsikan oleh penjaga gol skuad JDT itu menerusi akaun Twitter miliknya.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan sepasukan menitipkan ucapan tahniah buat pasangan tersebut.
Terdahulu, Izham dan Mia mendirikan rumahtangga pada tanggal 13 Januari 2017 dan telah pun dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Sayf Issa yang dilahirkan pada September 2018.
Sumber: Twitter Izham Tarmizi
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Sedarlah Awak Tak Diperlukan Pun,” – Jangan Ganggu Jodoh Orang! Tegas Nadya Syahera
Semalam, pelakon Nadya Syahera ada berkongsi sekeping foto yang merakamkan dirinya sedang memeluk erat suami, usahawan Fizul Nawi di Instagram.
Apa yang menariknya, kapsyen yang dibuat pelakon Abang Bomba I Love You ini nyata mengundang perhatian ramai, seakan-akan mengimbas isu sensasi yang pernah terpalit dalam institusi rumah tangganya sebelum ini.
View this post on InstagramMasih bersama 👫 #doaygbaik2 #diapilihsayabukanawak #jgnganggujodohorang
A post shared by NS (@nadyasyahera) on
“Masih bersama #doaygbaik2 #diapilihsayabukanawak #jgnganggujodohorang,” tulis Nadya ringkas.
Lalu menerusi Harian Metro, ibu kepada dua permata hati itu mendedahkan, tindakannya memuat naik status berkenaan adalah untuk menjelaskan keadaan terkini hubungannya dengan suami.
Pelakon berusia 26 tahun itu menegaskan, jika individu yang pernah dikaitkan dengan suaminya sebelum ini terasa hati dengan kapsyen tersebut, dia meminta agar individu tersebut sedar.
“Status itu dimuat naik bagi menjawab spekulasi kononnya saya dan suami sudah berpisah serta tidak lagi tinggal sebumbung.
“Buat pengetahuan semua, selepas kes curang tempoh hari saya dan suami ambil pendekatan untuk mempertahankan rumah tangga kami. Suami pun sudah minta maaf dan saya nampak usaha dia untuk berubah.
“Justeru, saya harap wanita itu hadam sendiri apabila lihat gambar saya dan suami. Sedarlah, awak tidak diperlukan pun,” jelas Nadya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, wanita ini juga berharap agar hal rumah tangganya menjadi iktibar terutama kepada pasangan yang berdepan ujian sama.
“Lihat dari sudut positif apa yang terjadi dalam rumah tangga saya. Mereka harus kuatkan diri dan bangkit mempertahankan hak mereka.
“Jangan pernah mengalah dan tunduk dengan cakap orang sebaliknya ikutlah kata hati sendiri. Terima kasih kepada semua yang mendoakan kebahagiaan saya selama ini,” katanya lagi.
Awal bulan lalu, kecoh mengenai bahtera perkahwinan pasangan ini yang dikatakan goyah selepas Nadya mendakwa suaminya ada berlaku curang sejak Syawal lalu.
Bagaimanapun, mereka akhirnya menjelaskan keadaan dan cuba memperbaiki hubungan.
Nadya dan suami berkahwin pada 25 September 2015. Hasil perkongsian hidup selama empat tahun, mereka dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aleena Rose, 2, dan Mohamad Dayyan, 1.
Foto: Instagram Nadya Syahera
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Tolong Jadi Matang, Bukan Budak-Budak Lagi,”- Akaun FB Jay Chou Diserang, Netizen Minta Jangan Malukan Negara
Berikutan persediaan konsert Jay Chou sehingga menyebabkan 21,000 tempat duduk Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan, akaun Facebook bintang dari Taiwan itu ‘diserang’ segelintir penyokong skuad Harimau Malaya.
Rata-rata meluahkan rasa tidak puas hati dengan Jay Chou yang bakal melangsungkan konsertnya pada 15 Januari ini sehingga menyebabkan mereka gagal mendapatkan tiket perlawanan separuh akhir Piala Persekutuan Bolasepak ASEAN (AFF) AFF 2022 berdepan Thailand, Sabtu ini.
Malah, mereka juga menuntut Jay Chou supaya menangguhkan konsert terbabit bagi memberi laluan untuk ‘pemain ke-12’ memberikan sokongan kepada kepada pasukan Malaysia
Bagaimanapun, reaksi netizen di laman Instagram dilihat sedikit berbeza.
Kebanyakkan daripada mereka menzahirkan rasa kecewa dengan sikap yang ditunjukkan oleh segelintir rakyat Malaysia yang disifatkan sebagai memalukan.
Lantaran itu, mereka juga meminta agar
rakyat Malaysia berhenti mengecam Jay Chou kerana perbuatan tersebut boleh memberikan imej yang buruk buat negara.
“Malaysia, tolong jaga imej kita. Apa sahaja yang kita komen mencerminkan negara kita. Sila berfikir secara rasional sebelum memberikan sebarang komen. Jay tak buat salah apa pun. Dia cuma artis dan penghibur. Kenapa nak cakap yang buruk kepada dia sedangkan ia masalah daripada pihak pengurusan?
“Konsert dia dah postpone tiga tahun sebab Covid-19 dan tarikh sudah lama dutetapkan. Konsert dia bukan orang Malaysia je tengok, dari luar negara pun ada. Kalau nak postpone atau batal, anda rasa wajar ke? Orang yang dah beli tiket awal-awal tu macam mana?
“Sila komen dengan rasional. Tunjukkan kualiti kita sebagai Malysia. Jangan salahkan orang yang tidak bersalah. Sekian terima kasih.
“Kepada rakyat Malaysia, tolong jadi matang. Dah besar kan? Bukan budak kecil. Jangan malukan negara kita.
“Kenapa pula korang maki dia? Bukan salah dia pun. Ni memang karier dia sebagai penghibur. Patut korang tanya kepada pihak pengurusan stadium. Make sense la juga,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Sebagai rekod, tidak sampai sehari penjualan dibuka, semua tiket bagi aksi separuh akhir pertama Piala AFF 2022 antara Malaysia dan Thailand di Stadium Nasional Bukit Jalil, Sabtu ini habis dijual.
Terdahulu, menerusi ciapan di Twitter, Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh menjelaskan bahawa 21,000 kerusi di Stadium Nasional Bukit Jalil terpaksa dikosongkan berikutan kerja-kerja pemasangan struktur pentas konsert berskala antarabangsa.
“Makluman, booking stadium konsert Jay Chou World Tour dibuat 13 Mac 2019 manakala AFF 2022 oleh FAM dibuat 18 Ogos 2022.
“Konsert perlu 14 hari pasang pentas oleh 500 krew+185 krew antarabangsa, 45 jentera berat, 200 speaker dan 800 lampu. Mereka dah delay 2.5hari bagi ruang AFF,” ujarnya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & Facebook Jay Chou
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI