Pengacara, Iesya Toh mengingatkan mangsa-mangsa banjir di luar sana supaya lebih berhati-hati atau berwaspada terutamanya ketika berhadapan arus deras.

Jelas Iesya, ketika musim banjir ini, kita tidak dapat mengangak keadaan sesuatu kawasan dan kadang kala ianya boleh mendatangkan bahaya.

Malah, Iesya turut menyeru kepada para ibu bapa supaya memantau keadaan anak-anak kecil mereka dan jangan biarkan mereka bemain air tanpa pengawasan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh)

 “Sebelum tido, Sya mohon anda semua lebih pentingkan nyawa dan keselamatan. Air terlalu deras! Kawal anak-anak. Jangan biarkan mereka main air! Terlalu bahaya dan bagi golongan dewasa, please jangan terlalu berani melawan arus deras!

Ads

“Jika anda tak biasa dgn kawasan itu, jangan redah. Dalam keadaan banjir kita tak boleh nak agak. Takut termasuk longkang besar atau sungai,” kongsinya

Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Iesya menerusi akaun Instagram miliknya.

Ads

Dalam pada itu, Iesya turut menyifatkan keadaan banjir pada kali ini dilihat agak luar biasa dan dia berharap agar keadaan dapat kembali pulih dalam masa yang terdekat.

“Banjir kali ini sedikit luar biasa. Sama-sama kite doakan buat semua mangsa banjir, agar diberi kesabaran & digantikan dgn rezeki yg baik selepas ini. aamiin ya Allah aamiin,” tulisnya.

Ads

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut meluahkan rasa risau selain turut berharap agar mangsa-mangsa banjir ini diberikan kekuatan untuk berdepan detik sukar ini.

“Jangan Terlalu Berani Lawan Arus Deras,”- Sifatkan Musibah Kali Ini Luar Biasa, Ini Nasihat Iesya Toh Buat Mangsa Banjir “Jangan Terlalu Berani Lawan Arus Deras,”- Sifatkan Musibah Kali Ini Luar Biasa, Ini Nasihat Iesya Toh Buat Mangsa Banjir

Sumber: Instagram Iesya Toh

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI