Menerusi ruang Instagram Datin Emylia Rosnaida, bekas pelakon itu ada berkongsi berita baik sewaktu berkunjung melawat sahabat baiknya, Baby Elle yang kini dilaporkan sedang terlantar di hospital.
Baby Elle yang juga merupakan juru solek terkemuka yang seringkali menata rias wajah selebriti tempatan dan golongan VIP kini dilaporkan berada di sebuah hospital di Kuantan, Pahang sejak beberapa hari lalu.
Lalu, Emylia hadir bersama suami, Datuk AC Mizal sambil ditemani rakan juru solek lain, Tiar Zainal dan Deq Sha.
“Ya allah kau sembuhkan lah Sahabat baik ku @babyelle_official, semuga cepat sembuh !! Saya mohon pada semua doakan Sahabat baik kami ya semuga sembuh seperti sediakala اللّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ اَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ فَأَنْتَ الشَّافيِ لاَ شِفَاءَ إِلاَّ شِفَاؤُكَ شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَماً
“Allahumma robbannas adzhibilba’ sa isyfi antasysyafi la syifauka syifa’ an la yughodiruaqoma.
“Artinya ;
“Ya Allah Ya Tuhanku, Tuhan dari segala manusia dimuka bumi, berikanlah kesembuhan kepadanya, angkatlah penyakitnya, dan jadikanlah penyakit yang ia derita sebagai pelebur dosa.
“Hanya kepadamu lah kami meminta kesembuhan, kesembuhan yang tak ada kambuh lagi.” ( H.R. Bukhari dan Muslim),” tulisnya di bawah entri foto lawatan mereka.
“Alhamdulillah dapat jumpa sahabat baik kami @babyelle_official alhamdulillah keadaan dia stabil bila tgk ramai2 kawan rapat dia datang beri semangat pada dia.
“Semuga cepat sembuh baby, kami doakan sihat mcm biasa balik … ya tau baby kuat !! we love you @babyelle_official @rynsariena @nadia_elleofficial @qamal508@makeupbydeqsha @tiarzainal @iamothongdanish18”
Sementara itu, Deq Sha ketika dihubungi MH memberitahu, rakan baiknya itu mengalami sesak nafas sebelum ditahan di hospital.
“Awalnya dia ada mengadu sesak nafas lalu dibawa ke hospital oleh kakaknya. Setelah didiagnosis, disahkan mengidap penyakit buah pinggang tahap 5.
“Saya difahamkan kedua-dua buah pinggangnya tidak berfungsi. Dia kini menerima rawatan di Hospital Tengku Ampuan Afzan Pahang,” jelas Deq Sha.
Bagi sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan bagi meringankan beban, boleh terus akaun Beby, iaitu 162759092513 (Maybank – Azhari Hassan).
Semoga Baby Elle diberi kesembuhan dan diangkat penyakitnya.
Foto : Instagram Emylia Rosnaida
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI