![PicsArt_12-23-12.22.40](https://cdn.mediahiburan.my/2018/12/PicsArt_12-23-12.22.40-696x522.png)
Pelakon, Datin Paduka Eina Azman muat naik entri terbarunya bersama suami, Datuk Paduka Kaiser Gurmeet Harden di Instagramnya.
Dalam foto tersebut, pasangan itu kelihatan sangat bersemut sekali, malah kapsyen Eina buat suami juga memang penuh ‘gula-gula’.
“Love of my life,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang memuji pasangan tersebut dengan memanggil mereka ‘sweet couple’.
Bagaimanapun, ada juga yang menegur Eina agar tidak terlalu tunjuk kebahagian pada umum.
Sebelum ini, Eina juga pernah menerima kritikan apabila dia muat naik foto sedang bercium dengan suaminya di Instagram.
Namun, Eina membalas mengatakan itu adalah laman Instagramnya dan jika ada yang tidak suka melihat boleh ‘unfollow’.
Foto/Instagram: Datin Paduka Eina Azman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Diserang Angin Ahmar, Sathiya ‘Update’ Kesihatan – “Saya Okey… Belum Mati Lagi.”
![](https://cdn.mediahiburan.my/2024/07/photo-output-6.jpeg)
Pelawak veteran, Sathiya, 60, yang baru dibenarkan pulang ke rumah Sabtu lalu selepas menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat serangan angin ahmar ringan memaklumkan dia kini semakin sihat.
Sathiya berkata, dia bersyukur keadaan kesihatannya sudah beransur pulih, namun belum mempunyai kekuatan untuk memandu kereta.
“Saya okey dan sihat, belum mati lagi. Cuma mengalami serangan angin ahmar ringan saja.
“Kaki dan tangan kanan saya mengalami serangan angin ahmar ringan, tapi semuanya berada dalam keadaan baik. Saya masih boleh bergerak seperti biasa, cuma agak terbatas.
“Sejak dibenarkan pulang ke rumah saya belum boleh memandu kereta lagi sebab kaki kanan belum kuat sepenuhnya.
“Cuma jangan risau saya baik-baik saja dan sudah boleh meneruskan aktiviti kerja seperti biasa,” katanya.
Sathiya yang sinonim menerusi sitkom Pi Mai Pi Mai Tang Tu ketika ditemui pada majlis Afyaa Dari Poket Artis Ke Poket Artis di Shah Alam, pada Khamis.
Sathiya menambah, meski diuji, namun dia tidak mahu membebankan mana-mana pihak.
“Saya tidak harapkan duit sesiapa. Saya ada duit simpanan sikit untuk meneruskan hidup.
“Duit banyak mana pun, tetap tiada gunanya. Selagi masih ada kudrat untuk bekerja, saya akan teruskan.
“Anak-anak pun sudah besar dan berkeluarga. Saya kini hanya perlu kerja untuk menyara isteri saya,” katanya.
Terdahulu Sathiya diserang penyakit angin ahmar selepas mengadu kebas kaki dan tangan ketika sedang bersarapan di rumahnya baru-baru ini.
Menurut Anak sulungnya iaitu Vickynesawwry Nayar, 34, pelawak itu dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas rawatan segera di sebuah klinik mendapati tekanan darahnya rendah.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Penonton Sorak Lagu Pasukan Ketika Sedang Buat Persembahan, Camila Cabello Anggap Peminat Liverpool & Real Madrid Biadap?
![](https://cdn.mediahiburan.my/2022/05/77E85CA4-FC12-4B8D-9F4D-AD5C7977ADE8.jpeg)
Penyanyi popular, Camila Cabello meluahkan rasa kecewa dengan reaksi yang diberikan penonton sewaktu dia membuat persembahan pembukaan di acara sukan berpestij dunia, Perlawanan Akhir Piala Juara-Juara Eropah 2022 yang berlasung di Stade de France, Paris, Perancis.
Dakwa Camila, sewaktu dia menyaksikan semula persembahannya itu, sebahagian penonton yang juga merupakan peminat bola sepak dilihat tidak memberikan tumpuan terhadap persembahannya sebaliknya, mereka menyanyikan dengan kuat lagu pasukan masing-masing.
Luah penyanyi berusia 25 tahun itu lagi, dia bersama pasukannya telah berlatih giat bagi menjayakan persembahan ini, namun reaksi yang diberikan penonton tidak seperti apa yang diharapkannya.
“Saya memainkan semula persembahan kami dan saya tak percaya yang mereka sebaliknya menyanyikan lagu pasukan mereka dengan sangat kuat ketika kami membuat persembahan.
“Saya dan seluruh pasukan berusaha tanpa mengenal penat lelah dalam waktu yang sangat lama dengan semangat untuk memberikan persembahan yang terbaik,” katanya menerusi hantaran di Twitter.
Dalam pada itu, Camila turut menyifatkan tindakan tersebut seperti agak kurang sopan dan tidak menghormatinya sebagai seorang penyanyi.
“Sangat kurang sopan tapi apa-apa sahajalah. Apa-apa pun saya sangat gembira kamu semua menyukainya,” katanya lagi.
Bagaimanapun, memetik laporan portal berita Page Six, Camila kemudiannya memadam ciapan tersebut tidak lama selepas itu.
Ketika acara pembukaan itu, Camila telah menyanyikan tiga buah lagu iaitu Senorita, Havana dan Bam Bam secara mash up.
Terdahulu, pada perlawan akhir tersebut, pasukan gergasi Sepanyol, Real Madrid menepati ramalan apabila menewaskan pasukan daripada England, Liverpool dengan jaringan 1-0.
Gol disumbangkan oleh pemain asal Brazil, Vinicius Junior. Kemenangan tersebut menyaksikan Real Madrid menjulang piala keramat tersebut buat kali yang ke-14.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Camila Cabello, Page Six.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Saya Tengok Proses Pembelajaran Berbeza,” – Didik Agar Seronok Belajar & ‘Tak Takut’ Subjek Matematik, Anak Memey Suhaiza Pun Dah Cuba!
![](https://cdn.mediahiburan.my/2022/03/6BED6BA6-3173-4F4E-B13E-699F1C2BC81D.jpeg)
ALFA And Friends sudah lebih 20 tahun berada di dalam industri pendidikan awal kanak-kanak khususnya dalam bidang Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM).
Pusat ilmiah ini juga telah menerima pelbagai anugerah, antaranya Program E-Learning Terbaik di Asia Pacific ICT Award 2015 dan sekaligus mewakili Malaysia di peringkat antarabangsa.
Namun di sebalik kejayaan ini, pusat berkenaan mendapati masih ramai anak-anak di Malaysia lemah dalam subjek Matematik.
Justeru, pihaknya terpanggil untuk menggalas tanggungjawab ini dengan mewujudkan ALFA And Friends Maths dalam usaha membantu lebih ramai anak-anak Malaysia cekap mengira dan bersedia untuk melangkah ke sekolah rendah.
“Seperti yang diketahui, Matematik merupakan subjek teras yang sangat penting. Namun acapkali kita mendengar keluhan anak mengenai subjek ini. Susah dan tidak faham antara alasan yang seringkali didengari dan ada juga yang seakan trauma.
“Ramai ibu bapa risau apabila melihat prestasi anak dalam mata pelajaran itu semakin merosot terutama sejak bermulanya pandemik COVID-19. Ibu bapa mulai sedar terdapat banyak cabaran dalam membantu anak dalam menguasai subjek matematik.
“Ia termasuk isu jurang generasi iaitu perbezaan konsep, cara dan teknik menjawab zaman ketika mereka belajar sangat berbeza dengan zaman kini. Ia sekali gus menyebabkan ibu bapa kecewa kerana tidak dapat membantu anak,” kata Ho Teh Eng selaku pengasas pusat berkenaan.
Kata Ho lagi, di sekolah, anak-anak diajar dengan pelbagai konsep tetapi tidak dapat dikuasai dengan baik kerana diperkenalkan dengan pelbagai kaedah tetapi tidak diajar secara mendalam.
“Ini membuatkan mereka lebih cenderung untuk menghafal bagi menyelesaikan soalan Matematik. Kaedah menghafal mungkin berkesan untuk tempoh masa yang singkat. Namun, apabila soalan menjadi lebih mencabar, mereka yang hanya menghafal ini tidak mampu untuk menyelesaikan soalan subjek itu dan seterusnya menyebabkan mereka hilang minat untuk belajar.
“Hal ini kerana, menghafal bukanlah satu kaedah yang efisien dalam pembelajaran lebih-lebih lagi untuk anak kecil. Trauma terhadap subjek itu di peringkat awal pembelajaran memberi kesan jangka masa panjang kepada mereka.
“Hal ini berlaku kerana mereka dipaksa melakukan latih tubi yang melampau tanpa kaedah pembelajaran yang bersesuain dengan umur mereka. Sudah menjadi lumrah, apabila nak anak pandai Matematik, mereka akan disuruh buat latihan yang banyak, hafal sifir, malah ada yang lebih ekstrim, tak hafal kena denda. Perkara sebegini mewujudkan perasaan benci dan mereka buat kerana takut hingga trauma,” katanya.
Tambah Ho lagi, apa yang terjadi kini, golongan anak tidak memahami konsep Matematik dan lebih cenderung untuk menghafal cara penyelesaian masalah.
“Perkara ini menyebabkan mereka tidak dapat berfikir secara kritis dan kreatif untuk menyelesaikan soalan. Anak-anak akan hilang minat terhadap subjek itu apabila mereka gagal memahami konsep dan tidak yakin dengan pengiraan dibuat.
“Jika ibu bapa mahu menanam minat mereka terhadap subjek itu, ia perlu mula dari awal. Kini, terdapat pelbagai pilihan program Matematik yang bersesuaian mengikut perkembangan umur anak-anak. Penting untuk ibu bapa membuat pilihan program yang tepat,” katanya.
Ho turut menambah, ALFA And Friend Maths merupakan sebuah program yang memenuhi keperluan pembelajaran si kecil dari usia empat hingga sembilan tahun.
Sementara itu, bagi pelakon yang juga ibu, Memey Suhaiza berpendapat bahawa teknik pemahaman Matematik yang betul untuk kanak-kanak bukan lah sekadar menghafal dan latihan yang banyak.
“Apabila anak saya dah mula sertai kelas program ini, memang saya ikuti. Saya tengok proses pembelajaran berbeza. Ia aktiviti yang membuatkan anak kita seronok untuk mengira,” kata Memey.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI