Ada benarnya apa yang diperkatakan masyarakat terdahulu bahawa wajah kita seiras dengan tujuh individu di dunia ini.
Berdepan dengan situasi berkenaan, pelakon dan pengacara, Scha Al-Yahya dikatakan mirip selebriti, Marion Caunter.
Mana tidaknya, baru-baru ini Awal Ashaari ada memuat naik beberapa keping gambar yang melihatkan kedua-dua figura cantik itu bergambar bersama.
Foto yang berlatarbelakangkan KLCC itu melihatkan Scha dan Marion tampak seiras dengan gaya tersendiri.
Lantas, netizen memberikan pendapat yang pelbagai kepada ‘si kembar’ itu.
Mungkin mereka kelihatan seperti ‘kembar’ dari raut wajah, mata dan hidung,kan ?
Apa pula pendapat korang, sama atau tidak?
Foto : IG Awal Ashaari