HomeBerita“Janganlah Ceraikan Saya Jika Berlaku Apa-Apa Dan Beberapa Hari Selepas Itu, Arwah...
“Janganlah Ceraikan Saya Jika Berlaku Apa-Apa Dan Beberapa Hari Selepas Itu, Arwah Mula Demam, Allah Ambil…,” – Cerita Nora Ariffin, Reda Kehilangan 2 Insan Disayangi
Raut wajahnya tenang dan senyuman sentiasa terukir di bibir.
Walau beberapa kali lapkan air mata dan bergetar suara menahan tangis tatkala berkongsi kisah kehilangan suami dan anak-anak, namun penyanyi Nora Ariffin terus reda dengan ketentuan Yang Maha Esa.
Genap 40 hari pemergian anakanda tercinta, arwah Alif Johan, Nora mengimbau kembali detik terakhir bersama arwah.
Jelasnya, Allah mengambil Alif pada waktu dan keadaan yang sangat tepat.
“Saya sangat bersyukur kerana arwah diambil kembali pada waktu dan tempat yang sangat tepat.
“Sewaktu Alif menghantar saya ke lapangan terbang, dia membawa bersama anak bongsu saya. Bayangkan sewaktu memandu pulang dan dia rebah ketika itu, apa pula akan terjadi kepada anak bongsu saya.
“Waktu mula-mula ditimpa ujian, memang berat rasanya. Namun saya selalu tanamkan dalam diri untuk sentiasa bersangka baik.
“Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan ada hikmah disebalik apa yang berlaku.
“Rindu, memang sentiasa saya rindu. Namun saya berfikiran positif, saya mahu teruskan hidup. Memang saya akui tak mudah untuk tenang, tiada ibu yang tidak sedih kehilangan anak.
“Namun apa yang berlaku kepada kita ialah ketentuan Allah,” jelasnya kepada MH.
Ads
Cekalnya hati seorang isteri dan ibu apabila kehilangan dua insan tersayang dalam tempoh masa yang agak rapat.
Bahkan, jelas penyanyi Hanya Satu ini lagi, Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk hambaNya.
“Kita sayangkan anak namun Allah lebih sayangkan dia. Allah tahu apa yang terbaik. Dunia ini sebentar sahaja, jadi lebih baik sekiranya saya tumpukan ke akhirat.
“Suami selalu pesan, hidup sementara, kemuncaknya kita semua ingin ke syurga. Seperti anak saya, dia pergi dalam usia 20 tahun, mungkin itu yang terbaik untuknya. Saya reda. Saya ampunkan segala dosanya.
“Saya tiada rasa sedih atau mengeluh kenapa ia berlaku, saya nampak hikmahnya Allah beri nikmat lain yang tidak pernah terlintas dalam hidup saya sebelum ini,” katanya.
Terdahulu, bintang ini ditemui pada Majlis Tahlil dan Pengumuman Duta Umrah ECO di Bangi.
Mengakui sukar menerima kehilangan arwah suami sementelah kedua-duanya bagaikan belangkas, tidak pernah berpisah.
Dia juga harus bangkit demi anak-anak. Nora juga berkongsi detik seminggu sebelum pemergian arwah suami.
“Kehilangan arwah suami agak lama untuk saya terima kerana dialah jiwa saya. Namun bagaimanapun saya harus bangun kerana anak-anak perlukan saya. Tiada gunanya saya depresi, terus dalam kesedihan.
“Yakinlah, apa yang kita ada hanyalah pinjaman. Allah akan uji dengan apa yang kita sayang. Kena selalu bersangka baik. Sabar atas segala ujian, reda dan bersyukur dengan ujian yang diturunkan.
Ads
“Seminggu sebelum suami meninggal, kami berbulan madu di Jakarta. Sebelum pulang, saya peluk arwah dan katakan padanya supaya jangan tinggalkan saya.
“Maksud saya waktu itu janganlah ceraikan saya jika berlaku apa-apa. Dan beberapa hari selepas itu, arwah mula demam dan Allah ambil kembali suami saya,” tambahnya lagi.
Akur akan takdir dirinya tanpa suami dan anak yang telah pergi dahulu mengadap Ilahi, kata penyanyi berusia 46 tahun ini, jangan sesekali bergantung harapan kepada manusia.
“Sebagai suami isteri kita harus saling mengingati dan bersedia. Waktu arwah meninggal, saya risau apa yang akan berlaku kepada anak-anak andai saya pula pergi. Tapi nasihat saya, jangan risau, kita jaga amal ibadat kita dan yang lain Allah yang tentukan.
“Dahulu saya sangat bergantung harap kepada suami dan apabila Allah uji dengan kehilangannya, saya belajar bahawa kita tidak boleh bergantung kepada manusia. Memang kadang kala terfikir bila suami dan anak tiada, siapa yang akan menjaga kita, tapi fikirlah yang baik-baik,” jelasnya lagi.
Sekadar imbasan, Nora kehilangan suami, Johan Nawawi 24 Mac 2017 pada usia 52 tahun manakala anak keduanya, Alif Johan meninggal dunia secara mengejut pada 14 Disember 2019.
Dalam perkembangan lain, Nora telah dilantik sebagai duta Umrah Eco dan akan bersama mengerjakan umrah dalam pakej ‘Umrah Eksklusif Istimewa Bersama Nora’ pada 18 Mac sehingga 29 Mac ini.
Penyampai radio, DJ Lin menyifatkan pengalamannya selama 22 tahun di dalam industri radio tanah air sedikit sebanyak menjadi faktor kejayaan dalam mengemudi radio Suria FM yang kini semakin mendapat tempat di hati para pendengar.
Jelas DJ Lin yang juga merupakan Pengurus Kanan Suria FM, apabila dia diberi kepercayaan untuk menggalas tanggungjawab tersebut tiga tahun lalu mendedahkan, ada beberapa faktor yang harus dipenuhi sekiranya mahu bekerja dengannya.
“Alhamdulillah saya bersyukur, mungkin ini semua kerana pengalaman saya sendiri selama 25 tahun di dalam industri radio Malaysia.
“Saya bermula sebagai penyampai radio.
Saya dah melihat bermacam-macam legasi dan ragam-ragam sesetengah pihak.
“Bila saya diberi tanggungjawab sebagai ketua stesen radio Suria FM, saya akan pasti tiga kriteria ini diberikan keutamaan.
“Pertama sekali adalah barisan penyampai. Kedua pula mengenai konten yang mereka tawarkan dan yang ketiga adalah pemilihan lagu.
“Tiga elemen ini harus digembeling untuk kita tawarkan sesuatu yang dapat menawan hati ramai pihak,” katanya kepada MH.
DJ Lin atau nama sebenarnya Roslinda Abdul Majid berkata sedemikian sewaktu ditemui di Konsert Digital Jelajah Suria di Warisan Hall Studio, Telok Panglima Garang, Selangor pada Rabu.
Jelasnya yang sinonim menerusi segmen Suria Cinta itu lagi, dia juga amat menitikberatkan mengenai soal disiplin para penyampai, lebih-lebih lagi apabila nama mereka semakin popular dan sentiasa meniti di bibir para pendengar.
Menurut DJ Lin, sekiranya para penyampai mempunyai masalah dari segi sikap, kerjaya mereka di dalam bidang radio tidak akan kekallama.
“Disiplin penyampai juga penting. Saya selalu ingatkan para penyampai saya. Popular mana pun kita, harus tahu menghormati orang. Jangan sombong dengan orang dan bersikap ‘diva’.
“Kalau penyampai radio ada sikap atau pemikiran seperti ini, mereka tidak akan kekal lama. Biar kita merendah diri dan sebagai orang melayu kita kaya dengan adab.
“Sama ada nak bercakap dengan pendengar atau para media, bahasa harus dijaga dan jangan guris hati orang.
“Saya selalu cakap dengan mereka, kalau nak diva, saya boleh jadi diva sebab saya paling lama diantara mereka. Macam-macam dah saya tempuhi. Bagi saya diva tiada dalam kamus hidup saya,” katanya lagi.
Terdahulu, Konsert Digital Jelajah Suria telah pun menghimpun barisan artis ternama tanah air seperti Datuk Awie, Misha Omar, Dayang Nurfaizah, Kugiran Masdo dan ramai lagi.
Selain DJ Lin, antara penyampai Suria FM yang turut hadir memeriahkan suasana termasuk Ajak, Fizi, Issey dan Sharifah Shahirah.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anugerah Meletop 2019 (AME2019) telah pun yang telah melabuhkan tirainya semalam menyaksikan Siti Nordiana dan Khai Bahar masing-masing mengungguli kategori Artis Top Top MeleTop Wanita dan Lelaki.
Namun selain senarai pemenang yang menjadi perhatian, fesyen dan penampilan selebriti yang hadir meraikan majlis anugerah tahunan itu turut mencuri tumpuan.
Jadi, jom ‘stalk’ antara gaya serta fesyen menarik yang dikenakan selebriti lokal kita menerusi anugerah tahunan tersebut yang telah dipancarkan secara langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil.
Bertemakan Glam, AME 2019 bersiaran secara langsung pada jam 9.00 malam semalam dan disiarkan di saluran Astro Ria (104), Astro Prima (105), Astro Ria HD (123) dan Maya HD (134).
“Assalamualaikum, syukur alhamdulillah. Cinta hati Daddy & Ibu telah selamat dilahirkan pada 22.02.2022 pada jam 10.14 a.m tadi.
“Doakan kesihatan kami berdua,” tulisnya pada ruangan kapsyen yang dibanjiri dengan pelbagai komen baik-baik serta dia dari rakan artis dan peminat.
Sementara itu, suami Ernie, Syamel turut memuat naik perkara sama di Instagram.
“Syukur Alhamdulillah, Cinta hati Ibu & Daddy selamat dilahirkan jam 10.14 a.m tadi. Senang daddy ingat birthday, 22.02.2022.
“Doakan kesihatan anak solehah Bangmel dan KakNinie @erniezakri dan semoga mereka berdua berada dalam keadaan baik dan sentiasa dalam rahmatNya,” tulis Syamel.