Penyanyi tersohor negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza meluahkan rasa kekesalan terhadap segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab menyebarkan fitnah terhadap dirinya.
Tambahan pula, Siti atau lebih sinonim dengan panggilan Tok Ti berasa kecewa kerana perkara tersebut terjadi di bulan ramadan yang mulia.
“Pada bulan penuh keberkatan ini, bulan Ramadan, di saat kita berlumba-lumba mahu berbuat kebaikan, memperbanyakkan amalan-amalan murni, meningkatkan ibadah.
“Janganlah dicemari dengan fitnah atau apa tujuan yang akan membawa keburukan, disalahtanggap atau buruk sangka meskipun dalam bentuk gurauan,” tulisnya.
Dalam pada itu, penyanyi lagu 7 Nasihat ini menjelaskan bahawa dirinya juga sebolehnya tidak mahu bulan ramadan dicemari dengan tuduhan berbaur fitnah.
“Ramai peminat dan followers yang DM saya memberikan tajuk-tajuk penulisan di blog atau twitter yang saya sendiri tidak faham apa tujuan mereka meletakkan nama saya.
“Saya tidak mahu mencemari Ramadan ini dan saya juga berharap tangan yang menulis/menaip, akal yang Allah berikan, digunakan pada tempat dan cara yang betul.
“Elakkan salah faham, salah tanggapan, melaga-lagakan, kadang-kadang dengan tajuk, macam-macam pembaca boleh tafsirkan.
“Subhanallah, elakkanlah perkara-perkara begini kerana kita kini dalam bulan Ramadan, carilah kebaikan-kebaikan yang bertebaran. Moga Allah mengampuni kita semua.,” tulisnya panjang lebar.
Foto: Instagram Siti Nurhaliza
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI