Sekitar tahun 60-an sehinggalah tahun 2000, individu yang merokok mungkin akan dianggap sebagai seorang yang berkarisma atau ada gaya.
Hal ini berlaku disebabkan strategi pemasaran dan promosi produk rokok yang diadakan secara besar-besaran.
Masakan tidak, sekitar tahun tersebut, produk rokok merupakan antara penaja-penaja utama bagi program hiburan skala besar seperti konsert atau liga bola sepak tempatan.
Malah, budaya merokok ini juga dipaparkan di dalam drama atau filem secara terbuka.
Situasi ini secara tidak langsung menggalakkan orang ramai untuk mula mengamalkan cara hidup yang sama. Bermula hanya sekadar ikut trend, seterusnya menyebabkan ketagihan.
Ini adalah disebabkan nikotin dimana ia menyebabkan ketagihan, namun ia bukanlah penyebab utama penyakit yang berkaitan merokok. Itulah sebabnya nikotin digunakan dalam Terapi Penggantian Nikotin (NRT) seperti gula-gula getah nikotin dan
patch, yang disyorkan oleh pengamal kesihatan bagi membantu perokok tegar.Selain Terapi Penggantian Nikotin, , ada pelbagai kaedah dan alternatif yang boleh digunakan untuk mengurangkan risiko terbabit bagi individu yang tidak mahu berhenti merokok.
Antara alternatif itu adalah menerusi Kaedah Pengurangan Kemudaratan Tembakau (THR). Kaedah itu banyak diamal di negara seperti di United Kingdom (UK), Norway, Sweden, Jepun dan Korea Selatan yang menjadikan vape, nikotin patch dan produk tembakau yang dipanaskan sebagai alternatif kepada rokok.
Menurut laporan Scientific Update, Philip Morris International, Jepun merupakan antara negara yang telah menunjukkan perkembangan memberangsangkan dalam usaha menurunkan kadar merokok populasi dewasa di negara itu.
Pada tahun 2015 hingga 2018, purata sebanyak 9.8 peratusan penjualan rokok telah menurun pada setiap tahun di negara tersebut. Segalanya disebabkan kempen kesedaran yang membuatkan perokok di Jepun beralih kepada produk tembakau yang dipanaskan.
Memetik laporan Berita Harian pula, Naib Pengerusi New Nicotine Alliance (NNA), Louise Ross, mengakui vape kini menjadi pilihan perokok tegar yang mencari produk alternatif sebagai peranti untuk mengurangkan risiko kesihatan berbanding rokok tradisional.
Menurutnya, alternatif kepada rokok ini berpotensi besar menjadi alat untuk menghentikan tabiat merokok, tetapi memerlukan kawalan dan pemantauan.
“Tidak dinafikan ramai mencuba pelbagai cara menghentikan tabiat merokok seperti menggunakan terapi pengganti nikotin (NRT), tetapi mereka memerlukan lebih daripada itu.
Selain itu, Pakar Perkhidmatan Berhenti Merokok Barnet, Nicky Coote pula memaklumkan kaedah pengurangan kemudaratan tembakau amat perlu untuk membantu perokok tegar yang mahu mengurangkan risiko kesihatan akibat rokok tradisional.
“Kita tidak galakkan amalan rokok, tetapi kita perlu membantu mereka dan mengurangkan kesan buruk rokok kepada mereka dan orang sekeliling,” katanya seperti yang dipetik menerusi laporan Berita Harian.
Diharapkan perkongsian ini dapat membuka mata para perokok tentang bahayanya tabiat tersebut buat kesihatan mereka. Negara-negara maju yang lain sudah pun menunjukkan perkembangan positif menerusi usaha mereka untuk memperkasakan langkah alternatif kepada perokok yang tidak mahu berhenti.
Walaupun tidak bebas daripada risiko, produk alternatif ini dikatakan pilihan lebih baik daripada terus merokok. Namun begitu, pilihan terbaik bagi perokok untuk berhenti merokok sepenuhnya atau bagi yang tidak merokok, janganlah mula merokok.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Berita Harian, Scientific Update, Philip Morris İnternational