Penyanyi dan usahawan, Mila Jirin yang kini mengusahakan jualan durian menjawab dakwaan segelintir netizen yang mendakwa harga duriannya yang dijual sebagai ‘harga Yahudi’ kerana mahal.
Mila, 34, menerusi Harian Metro berkata, mereka perlu tahu realiti kos yang ditolak oleh pekebun.
“Janganlah mudah sangat melontarkan kata-kata ‘harga Yahudi’ kepada peniaga durian sedangkan anda tidak tahu pun realiti kos ditolak oleh pekebun.
“Sebenarnya, harga diletakkan pekebun agak mahal. Malah, keuntungan diperoleh pula berapa ringgit saja mengikut berat yang diletakkan peniaga.
“Saya pula jual isi durian saja yang siap dikopek. Jadi, jumlah isi dalam durian itu memang kita tak tahu berapa banyak yang ada. Kadang-kadang buahnya saja yang besar dan berat, tapi isi tak banyak.
“Malah, saya juga tak pasti durian mana isinya tebal dan mana pula isi nipis. Semuanya kita akan tahu bila sudah dikopek,” katanya.
Dia yang sinonim menerusi lagu Persis Mutiara ini terdahulu ada menerima kiriman mesej di Instagram daripada seorang pembeli yang meluahkan rasa tidak puas hati mendakwa harga durian dijual Mila mahal, tapi isi pula sedikit dan nipis.
Ads
Menurut Mila, perkongsian dibuatnya di Instagram itu juga tidak bertujuan mencari publisiti dan mahu mengaibkan sesiapa.
Katanya, dia pun tidak mendedahkan identiti individu yang mengirim mesej berkenaan.
“Saya sekadar nak beri penjelasan kepada orang ramai kerana saya dapati di media sosial seperti Facebook dan Instagram, kebanyakan netizen menulis hantaran kepada peniaga durian dengan dikaitkan ‘harga Yahudi’.
“Saya jadi terasa juga dengan kata-kata itu kerana baru pertama kali jual, terus dilabel begini,” katanya.
Ads
Jelas Mila lagi, mungkin juga perkataan ‘harga Yahudi’ sudah sebati dengan cara bertutur. Jadi, satu kenyataan perlu dibuat untuk memberi input kepada ramai orang supaya dengan pencerahan berkenaan mereka faham kenapa harga durian dijual tinggi.
Mila berkata, jika hanya menjual isi durian, sebanyak dua biji durian diperlukan untuk isi seberat 500 gram.
Selain itu, keuntungan jualan yang diperoleh pula di bawah 10 peratus.
Mila berkata, dia menjual durian Balik Pulau dari Pulau Pinang yang diambil terus dari ladang durian di sana.
Ads
Selain durian, Mila juga menjual nasi Arab, kek selain menjalankan perniagaan katering serta dewan perkahwinan.
Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
https://youtu.be/n65h8gR6l0Q
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Baru-baru ini, pelakon meningkat naik, Sharifah Rose dilaporkan telah menjadi mangsa kecaman netizen gara-gara skil lakonannya di dalam drama, Kekasih Hati Mr. Boduguard yang dikatakan agak kaku.
Menerusi sebuah hantaran di laman Instagram, pengarah, Nizam Zakaria telah tampil mempertahankan pemilihan pelakonnya itu yang kini semakin dipertikaikan ramai pihak
Jelas Nizam, bukan mudah bagi seseorang itu untuk bergelar pelakon lebih-lebih lagi apabila mereka terpaksa berhadapan dengan jadual pengambaran yang sangat padat.
“Anyways, nak jadi pelakon bukannya senang. Nak menghafal skrip berjela-jela lepas satu scene ke satu scene sampai 15-20 scene sehari.
“Nak menghayati watak. Nak melakonkan watak. Semua ini perlu ada kemahuan dalam diri untuk belajar dan terus belajar. Dan bukan semua orang boleh jadi pelakon. Semua ni bergantung kepada rezeki masing-masing,” tulisnya.
Katanya lagi, para pelakon baru hendaklah diberikan ruang dan peluang untuk menunjukkan kemampuan mereka agar industri seni tempatan tidak ketandusan bakat-bakat baru.
Malah, dia juga percaya segalanya turut bergantung kepada rezeki yang telah ditetapkan oleh Allah S.W.T.
“Ada orang cita-cita sejak kecik nak jadi doktor, tapi mungkin bukan ketentuan dia nak jadi doktor walaupun belajar bagai nak rak dan dapat semua A. Semua ni dah tertulis sejak azali kan. Nak percaya atau tak, itu hak masing-masing.
“Dan satu lagi, kita perlukan pelakon-pelakon pelapis. Bukan nak cakap apa, saya dah lebih sedekad jadi pengarah. Ramai kot pelakon-pelakon hebat sekarang yang bermula dari saya. Mula-mula memang lah lakonan mereka nampak kekok. Tapi lama-lama jadi bagus jugak akhirnya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Niezam turut memuji kesungguhan yang ditunjukkan oleh Sharifah Rose untuk bergelar seorang pelakon
‘Semuanya berkat kesungguhan masing-masing. Yang saya suka tentang Rose adalah kesungguhan dan kemahuannya untuk menjadi pelakon. And more importantly, she’s intelligent.
“And that’s good enough for me because I’m an intellectual snob. I think most of you already figured this one out long time ago,” akhirinya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan yang diberikan oleh Nizam selain turut menasihatinya untuk tidak mempedulikan sega komen-komen negatif.
Sumber: Instagram Nizam Zakaria
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Alhamdullillah dia buat keputusan yang bagus untuk dia dan masa depan anak-anaknya. Kami mendoakan yang terbaik.”
Demikian kata adik Farid Kamil yang juga pelakon, Fadzil Zahari sejurus ditanya mengenai abangnya itu yang sudah rujuk kembali dengan bekas isteri, Diana Danielle pada 31 Ogos selepas bercerai pada 10 Ogos lalu.
Tambah Fadzil yang juga suami kepada pelakon, Yana Samsudin itu bagaimanapun memaklumkan, dia belum berpeluang berjumpa dengan abang sulung dan kakak iparnya itu susulan kesibukan masing-masing.
“Selepas mereka kembali bersama, saya belum lagi berjumpa dengan dia tapi kita sebagai adik mendoakan supaya mereka bahagia. Sememangnya ketika dia berhadapan dengan masalah itu, saya bersama dengan dia dalam tiga hingga empat bulan sebab saya tahu dia seorang.
“Bila orang yang ada masalah ini berseorangan, takut dia buat benda merepek jadi saya lepak dengan dia dalam tiga hingga empat bulan itu. Bila dia buat keputusan untuk pulang ke pangkuan isterinya, baik untuk dia. Tapi kali terakhir kami berjumpa adalah pada hujung Ogos lalu,” katanya.
Terdahulu, Diana dan Farid mengesahkan rujuk semula selepas sah bercerai talak satu 10 Ogos lalu. Selepas 11 tahun perkahwinan, Diana dan Farid bercerai di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Selangor.
Dalam pada itu, Yana mengakui seisi keluarga mentuanya turut bersedih dalam tempoh Farid berhadapan dengan masalah tersebut.
“Semuanya bersedih. Kita tahu semua orang ada salah, dan sebagai satu keluarga pastinya semya terasa dan pastinya semua orang bersedih disebabkan kejadian itu. Tipulah kalau tiada rasa apa-apa,” katanya.
Tambah Yana, dia dan suaminya sebolehnya tidak mahu terlalu masuk campur bab perkahwinan kerana menyifatkan ia sangat peribadi.
“Kalau bab perkahwinan, tak boleh nak masuk campur sangat sebab kalau orang tua pun akan nasihat benda yang sama. Tengah bergaduh memang masam nanti bila sudah baik, takut kita pulak yang kena.
“Dalam ketika mereka diuji kita tolong bagi sokongan. Apa yang nak berlaku dalam hidup mereka, mereka boleh pilih sendiri,” katanya yang sedang hamil anak ketiga.
Fadzil dan Yana berkongsi perkara itu selepas acara pelancaran produk minuman susu Bagoos Oat di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Selain industri hiburan, ibu kepada dua orang anak itu yang turut aktif dalam dunia penstriman permainan video memang tidak jemu meneroka bidang baharu lalu muncul dengan produk minuman berkhasiat itu.
Susu Oat Bagoos hadir dengan lima pilihan perisa yang enak tetapi buat masa ini, hanya tiga perisa terlebih dahulu dikeluarkan iaitu iaitu Oatmilk Drink Chocolate, Oatmilik Drink Dates dan Oatmilk Drink With Oat & Chia Seeds.
Setiap kotak mengandungi 12 sachet/peket yang boleh diminum segera dengan sekali bancuhan dan ia diperbuat daripada bahan Premium
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Siapa sahaja yang tidak mengenali pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang sinonim dengan kerja amal serta memberi bantuan kepada masyarakat bersama pasukannya.
Terbaru, Ebit meluahkan rasa simpati dan sayu apabila menziarahi segenlintir pemandu teksi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Dalam pada itu, Ebit telah memberi sedikit sumbangan barang keperluan kepada segelintir pemandu teksi yang mengalami masalah kewangan selepas berlakunya pandemik Covid-19 di seluruh dunia.
“Sayu sangat rasa ziarah driver taxi airport klia. Bila tengok wajah macam ayah. Macam mak. Macam abang kakak kita sendiri semuanya menangis. Berapa gaji abang seminggu ini. Rm80 ustaz. Susah nak dapat trip. Sebulan ada yang dapat Rm400 macam tu pun ada. Sebelum ni langsung tiada. Dari bulan Mac sampai sekarang tiada pendapatan langsung. 7 bulan dah. Saya dapat beri sedikit barang dapur untuk 300 orang. Mereka ada 700 orang.
“Abang dan kakak ni menangis kata. Ustaz, terima kaseh datang sudi tanya khabar kami. Sudi bantu kami. Semua cakap sikit menangis. Ya Allah..sedihnya suasana macam ni.
“Berhari-hari tidur dalam kereta nak tunggu dapat customer. Jika ada. Tunggu barisan. Tadi ramai menangis bila saya kata sabar ujian kasih sayang Allah. Bila abang-abang ni menangis saya dah makin sebak. Begitulah ayah-ayah ni. Disebalik wajah ayah yang tegas, hampir semua menangis tadi. Syarikat membantu dengan tidak caj kereta dan ada juga beri bantuan makanan.
“Terasa sebak jer. Masa berdoa tadi semua menangis. Bila tengok tangisan mereka teringat betapa berat ujian mereka. Begitulah ayah-ayah ni semua. Allahuakbar. Inilah kerja mereka selama ini. Kini semua dah berubah. Doakan yer buat abang kakak ni semua. Cuma mampu beri sedikit bantuan makanan.
“Buat sahabatku semua jika ada kawan tiada kerja tolong tengok-tengokkan yer. Bantu ikut kemampuan. Ya Alllah maafkan saya. Ampunkanlah diriku ini-ebitlew,” tulisnya.
Video: Instagram Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!