Pengacara, Fiza Sabhajan mendedahkan selain bertugas selaku hos, dia juga tidak ketinggalan untuk melakukan kerja-kerja di belakang tabir untuk program popular, Wanita Hari Ini.
Jelas Fiza, dia juga bertanggungjawab untuk menghubungi para tetamu yang akan hadir ke program kendaliannya itu.
Bagaimanapun, Fiza mendedahkan ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menyebarkan nombor telefonnya itu tanpa kebenaranya sehingga menyebabkan dia sering kali menerima ganguan mesej daripada individu-individu yang tidak dikenalinya.
“Selain hosting saya juga bertugas di belakang tabir. Jadi saya akan buat contact untuk tetamu sebagainya.
“Nombor telefon yang saya hubungi untuk urusan jemputan ke studio, jangan la share dengan orang lain.
“Tiba-tiba ‘dah cik dah makan ke belum?’ ‘Cik saya nak keluar tv’,. Sis tak mampu la nak pakai 2 tipon,” tulisnya.
Rasa kurang selesa itu dikongsikan sendiri oleh Fiza menerusi sebuah ciapan yang dimuat naik di laman Instagram.
Katanya lagi, pada ketika ini, dia juga belum bersedia untuk menggunakan lebih daripada sebuah telefon bimbit.
Menerusi ruangan komen, rata-rata netizen turut menyifatkan perbuatan tersebut sebagai tidak bertanggungjawab selain turut menasihati Fiza untuk menyedikan sebuah lagi telefon bimbit untuk kegunaan ketika bekerja.
“Kadang-kadang begitulah orang yang tak reti hormat privasi orang. Pakai je phone 33sekupang tu Cik Fiza untuk call tetamu dan lain-lain haha.
“That’s v unprofessional. Hope all will be well my friend.
“Hahahaha sabar sis, kita serupa je.. cuma sy selalu nya org call mintak sumbangan, ataupun cable nak nikah,” antara reaksi-reaksi yang ditinggalkan netizen di ruangan komen.
Sumber: Twitter Fiza Sabjahan