“Jangkaan Bersalin 25 Januari Tahun Depan InsyaAllah,” – Isteri Hamil Anak Ketiga, Tapi Dr Say ‘Terduduk’ Bila Balik Dari ‘Scan’ Sebab…

Share

Pempengaruh dan doktor selebriti, Dr Say Shazlin berkongsi berita gembira apabila isterinya, Dr Azura Abas kini sedang hamil anak ketiga.

Dr Say memaklumkan berita gembira itu menerusi hantara terkininya yang dimuat naik di laman Instagram, pada Ahad.

Menurut Say, usia kandungan isterinya kini sudah pun memasuki minggu yang ke-12 dan sudah menjadi impiannya untuk memiliki tiga cahaya mata.

“Lama saya simpan berita ni atas sebab empunya badan tak beri green light tapi memandangkan kandungan bini dah cecah 12 minggu dan kami dah buat our first scan, saya tanya balik kepada empunya badan “boleh dah ke i nak bagitau dunia?” and instead of beliau kata “jangan la dulu ubby, tak konfem lagi”, kali ni beliau kata “sekarang ke?” which dalam erti kata lain BOLEHHH ahaha.

“Jadi yes peeps, we are expecting our 3rd baby! Cuma kisahnya lepas our first scan 5 hari lepas, terduduk saya dibuatnya bila balik daripada scan tu. Sebab walaupun selama ni saya mengidamkan 3 orang anak sebab saya ada 3 adik beradik tapi bila saya fikir balik “acano aku nak jaga 3 orang anak tu nanti?” buat saya risau.

“Kalau dua at least saya handle satu, bini handle satu. Later ada sorang lagi, siapa nak jaga?,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.

Sambil memikirkan mengenai soal pengurusan anak-anak, Say turut meminta agar semua mendoakan yang terbaik buat isterinya sepanjang tempoh kehamilan.

“Saya tahu rata-rata parents beranak 3 dan ke atas akan jawab “it will come naturally” atau “anak pertama akan tolong” atau “you will be ready when the time comes”, the thought of it buat saya sedikit gugup.

“Tapi takpelah ada 6 bulan lagi untuk saya bersiap siaga di samping enjoy the time i have with my 2 boys. Dalam kesempatan ni, saya ingin meminta jasa baik kalian kalau boleh, doa-doakanlah kesejahteraan kandungan bini ini.

“Jantina? Taktau lagi tapi InsyaAllah jika tiada aral melintang, expected date of delivery 25 January tahun depan InsyaAllah saya reveal kan ye?,” kongsinya lagi.

Serentak dengan perkongsian tersebut, rata-rata peminat saling memberikan dedikasi yang baik-baik serta mendoakan agar semuanya akan dipermudahkan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini

Published by
MH