Beberapa jam lalu, usahawan sensasi, Safiey Illias ada berkongsi sedutan video yang merakamkan dirinya bermaaf-maafkan dengan kedua orang tua.
Dalam linangan air mata, penyanyi lagu Syinta Gila itu dilihat mencium tangan kedua orang tuanya dalam linangan air mata, sambil menitipkan kapsyen yang cukup syahdu.
Kongsinya, sudah lebih dua tahun dia jarang pulang ke kampung halaman, kerana sibukkan hal lain.
“Syinta banyak buat salah dekat mak dan ayah. Dua tahun tak balik kampung sebab lebihkan orang lain. Bercinta punya pasal.
“Syinta nekad berubah balik kampung jenguk mak selalu dan ayah dan sentiasa akan lebih famili,” tulisnya.
Pada masa sama, dia turut berjanji tahun ini kali terakhir dia mengenakan baju perempuan ketika berhari raya.
“Syinta dah janji dengan mak dan ayah kali ni last beraya pakai baju perempuan. Lepas ni pakai kurta je. Mak dan ayah siap kata alhamdulillah yang buat Syinta sebak sangat-sangat.
“Ampunkan Apit mak dan ayah. Semoga mal dan ayah terus kuat berdoa demi Syinta,” maklumnya panjang lebar.
Sementara itu di ruangan komen, rata-ratanya mendoakan yang terbaik buatnya selain mengharapkan agar apa yang diperkatakannya itu akan menjadi kenyataan.
Foto: Instagram Safiey Illias