
Rasanya baru sahaja kami kongsikan tentang #MHSpeku Janna Nick tidak puas hati dengan siapa?
Tapi semalam, kami tersedar Janna ada kongsi beberapa luahan di Insta storiesnya dengan ucapan yang agak panjang.
Apa yang MH faham sepatutnya kes ini sudah selesai namun masih ada pihak yang menimbulkan semula isu ini hingga menyebabkan Janna terpaksa bersuara sekali lagi.
Melalui kata-kata itu, Janna menyangka masalah ini telah di selesaikan sehinggalah baru-baru ini Janna tersedar pembantu peribadi ‘artis’ tersebut telah bangkitkan semula sambil bercakap benda yang tidak benar.
Janna menegaskan, untuk jangan mengeruhkan lagi keadaan dan lebih baik berdiam diri sekiranya tidak berada di tempat kejadian.
Haish macam-macam, patutlah sebelum ini Janna ada tweet untuk minta tenangkan diri.
ya Allah menggigil aku…sabarkan aku…
— JANNA NICK (@jannanick95) November 11, 2017
Kami syak mungkin Janna mempunyai masalah dengan rakan seperjuangannya. Tetapi untuk beritahu siapa kami tidak mahu keruhkan mana-mana keadaan.
Apapun MH harap Janna dapat selesaikan isu ini dengan sebaik yang mungkin. Manakala pihak lagi satu, sekirannya anda bersalah jangan terlalu ego untuk meminta maaf.
Industri ini kecil, pusing-pusing pasti akan berjumpa juga kan? Apapun MH suka gaya Janna yang sekarang, memang terbaik.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ambil Masa Lebih Kurang Setahun Untuk Rapat Seperti Hari Ini,” – Pendedahan Isteri Pertama Ashraf Muslim, Dr. Dayana Hidup Berpoligami

Apabila berkongsi mengenai kisah selebri yang kekal hidup harmoni dalam berpoligami, bahtera perkahwinan pelakon, Ashraf Muslim bersama dua isteri sering menjadi contoh terdekat.
Dua isterinya yang hidup bermadu, Dr Noor Dayana Lokman serta isteri kedua, Wan Sakinah Ahmad Saburi tetap hidup bahagia bersama suami tercinta di samping pertama hati yang kini meningkat dewasa.
Perkongsian mengenai perkahwinan itu dikongsikan tuan punya badan bersama Majalah Nona.
“Dayana dan Sakinah adalah amanah Allah SWT buat saya agar dapat mendidik mereka sebaik mungkin untuk menjadi isteri yang solehah. Sebagai hamba-Nya yang terpilih saya perlu memikul amanah ini sebaik mungkin hingga dipandang tinggi oleh Allah.
“Salah satu detik paling bermakna buat saya ialah dapat membawa Dayana, Sakinah serta anak-anak yang masih kecil ketika itu menunaikan umrah bersama di tanah suci Mekah.
“Selain itu, dapat pergi bercuti satu keluarga antaranya ke Korea. Saya percaya Allah SWT masih sayangkan keluarga saya, ini adalah ukhwah terhebat dalam hidup saya,” kata Ashraf seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Ashrafs Legacy yang diusahakan menjadi salah satu cara Allah SWT menyatukan dua isteri tersayang. Mereka kini bekerjasama menguruskan perniagaan homemade lasagna yang dilakukan secara atas talian.
View this post on InstagramRaya ke-4. #teamrayamelaka . . . @ashrafslegacy @ashrafmuslimsmuayyid #salamsayangsampaikesyurga
A post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
“Idea tersebut datangnya daripada mereka berdua dan sebagai suami saya memberikan sokongan sepenuhnya terhadap apa yang mereka suka buat. Alhamdulillah bisnes ini mendapat sambutan yang sangat menggalakkan.
“Paling saya rasa syukur ialah Dayana dan Sakinah terus akrab hari demi hari,” kongsi Ashraf lagi.
Sementara itu, Sakinah juga turut memberitahu bahawa bisnes yang diusahakan adalah secara spontan dan mereka fokus pada perniagaan pada hari minggu.
“Buat online business ni memang banyak cabarannya seperti masa. Kami hanya fokuskan bisnes ini pada hujung minggu sahaja memandangkan Dayana bertugas di Klinik Kesihatan pada hari biasa.
View this post on InstagramA post shared by Ashraf Muslim (@ashrafmuslim) on
“Setelah mengambil pesanan, kami sendiri yang akan melakukan cash on delivery (COD) kepada pelanggan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Banting.
Kami turut dibantu adik kepada suami yang baru sahaja tamat pengajiannya dalam bidang kulinari. Maka kami serahkan kepadanya untuk ubah suai mana yang perlu mengikut kepakarannya” ujar Sakinah.
Berkongsi mengenai peranannya sebagai isteri pertama pula, Dayana seperti yang dipetik menjelaskan dia perlu menjadi individu yang perlu belajar untuk memberi dan menerima.
Malah, dia juga cuba menjadi isteri yang terbaik, sebagai isteri solehah.
“Bergelar isteri pertama saya harus belajar untuk memberi dan menerima. Kebahagiaan suami adalah kebahagiaan kami juga sebagai isteri. Berpaksikan kepada matlamat untuk menjadi isteri yang solehah saya cuba lakukan yang terbaik buat suami.
“Saya dan Sakinah mengambil masa lebih kurang setahun untuk rapat seperti hari ini. Alhamdulillah Allah SWT permudahkan segalanya. Kami tidak boleh mementingkan diri apatah lagi terlalu mengikut emosi.
“Sabar itu paling penting yang seringkali suami ingatkan kepada kami berdua,” akui Dayana
Terdahulu, Ashraf dan Daya diijabkabulkan pada pada Ogos 2011 lalu. Sementara pelakon itu mendirikan rumah tangga dengan isteri keduanya pada Julai 2013.
Dalam pada itu, Sakinah pula mendedahkan, menggalas status isteri kedua bukan mudah kerana untuk digalas sementelah ia sering dipandang serong segelintir masyarakat.
Bagi wanita ini, bukan mudah untuk memuaskan hati semua pihak.
“Saya lebih fokus terhadap kerja dan meneruskan hidup seperti biasa. Alhamdulillah perjalanan hidup bermadu semakin membahagiakan kami. Biarpun usia saya lebih tua daripada Dayana namun saya menghormatinya sebagai isteri pertama.
“Saya kagum dengan sikap Dayana yang tenang serta tidak mudah melatah. Apabila bermadu masing-masing perlu faham peranan termasuklah berkaitan dengan giliran.
“Saya dan Dayana tidak akan mengganggu privasi masing-masing terutama ketika giliran,” kongsi Sakinah.
Sumber/Foto: Majalah Nona/Instagram Ashraf Muslim
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Ada Info Pak Cik Ni,” – Isu Tular Video Warga Emas; Zoey Rahman & Zarina Anjoulie Niat Nak Hulur Sumbangan, MK Nak Bagi RM50k?

Satu rakaman video yang melibatkan seorang warga emas yang dipercayai dirakam di sebuah transit gelandangan mencetuskan tular hingga wargamaya memberikan reaksi pelbagai.
Masing-masing menyuarakan pendapat dan tak kurang yang bermurah hati untuk tampil membantu, termasuk selebriti.
Anggota kumpulan K-Clique, MK atau nama sebenar,Muhammad Hairi Amin misalnya ada meluahkan rasa terhadap video viral terbabit.
Perkara itu dikongsikannya menerusi satu entri di InstaStories miliknya.
Bintang berusia 25 tahun ini dikatakan ini menghulurkan sumbangan RM50,000 buat warga emas terbabit.
“Sebab dia berani kau upah dia 50? Sial apa kau. Saya bukan orang kaya. Keluarga saya bukan orang kaya. Siapa ada info pakcik ni.
“Saya bagi pakcik ni 50k. Mentang-mentang kau kaya kau berjaya. Cakap ikut sedap mulut kau ja,” tulisnya.
Selain itu, penyanyi kelahiran Tawau, Sabah ini memohon maaf sekiranya tindakan itu bersifat terlampau emosi atau kerterlaluan.
“Minta maaf emosi sangat. Fikiran tak betul. Saya terima teguran dan nasihat semua. Ada jalan yang betul dan lebih baik untuk tolong. Maafkan saya.
“Saya pun bodoh juga, manusia biasa marah ikut emosi. Minta maaf. Tapi yang ni saya ikut tolong. Pakcik sabar jap. Kita agihkan semua sama rata ikut mana mampu. Minta maaf,” tulisnya lagi.
Dalam pada itu, selebriti terkenal Zoey Rahman dan Zarina Anjoulie juga turut mencari maklumat mengenai warga emas tersebut untuk memberi sumbangan.
“Salam guys anju and zoey dah hantar team nak cari pak cik tu so after that kita akan kasi bantuan yg secukupnya doa-doa kan mission kita berjaya ye guys,” tulisnya menerusi satu hantaran di Instagram.
Media Hiburan kini sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.
Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!
Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!
Foto: Instagram MK, Zoey Rahman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ajak Sokong Filem Lokal Tapi Tak Pernah Nampak Muka Dekat ‘Gig’? Myo Oh Chentaku Tempelak Siapa?

Vokalis band, Oh Chentaku, Myo meluahkan rasa kecewanya terhadap sikap segelintir pihak didakwa tidak menunjukkan ‘energy’ yang sama terutamanya dalam memberikan sokongan terhadap industri muzik lokal.
Menurut Myo atau nama sebenarnya, Mior Luqman Hakim Mior Mohd Zain, sesetengahnya sering kali dilihat mengajak orang ramai memperjuangkan hak dan karya-karya mereka ke tahap yang lebih tinggi. Namun, usaha yang sama dikatakan tidak kelihatan buat rakan-rakan yang bertungkus lumus di bidang muzik.
Katanya lagi, dia juga jarang melihat golongan itu menghadiri gig atau konsert yang diadakan oleh band-band lokal.
Ajak fight for local films, suruh datang pawagam. Batang hidung lu pon tak nampak kat gig. Sembang sapotlokal taik Lu je ke cane? Gig bersepah sold out takde pon geng filem datang 🤷🏻♂️
— myo (@___myo) December 7, 2021
“Ajak fight for local films, suruh datang pawagam. Batang hidung lu pon tak nampak kat gig.
“Sembang sapot lokal taik Lu je ke cane? Gig bersepah sold out takde pon geng filem datang,” tulisnya.
Luahan tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu Seriputeh itu menerusi beberapa ciapan yang dimuat naik di laman Twitter.
Dalam pada itu, Myo turut merasakan sikap seperti ini sebenarnya berlaku disebabkan ada individu yang merasakan industri mereka lebih besar berbanding yang lain.
Malah, dia juga mengakui berasa agak kurang senang apabila ada pihak yang sesuka hati memintanya untuk mencipta lagu runut bunyi secara percuma atas tanda sokongan terhadap industri filem tempatan.
Bila dah terbiasa merasakan industrinya lebih superior dari yang lain ini laa makannya. Tiber OST nak free?
— myo (@___myo) December 7, 2021
“Bila dah terbiasa merasakan industrinya lebih superior dari yang lain ini laa makannya. Tiber OST nak free?,” kongsinta lagi.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen menyatakan padangan yang sama selain turut berpendapat setiap pihak harus berganding bahu bagi memartabatkan industri seni tanah air secara keseluruhannya.
Sekadar informasi, selain aktif bersama band Oh Chentaku, Myo juga telah menubuhkan sebuah band baru yang dikenali sebagai Jemson pada 2019.
Jemson telah melancarkan album sulung mereka pada Jun 2021 yang dibiayai oleh Kementerian Komunikasi dan Multimedia menerusi Dana Kandungan Digital (DKD) Muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Twitter & Instagram Myo Oh Chentaku
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI