
Pelakon dan pengacara, Janna Nick antara 300,000 individu yang menyertai perhimpunan solidariti bersama Palestin di London, baru-baru ini.
Turut bersama-sama Janna ialah suaminya, pelakon Dini Schatzmann dan perkara itu dikongsikan pasangan ini menerusi sebuah hantaran di Instagram.
Janna menerusi ruangan kapsyen menjelaskan, dia akan sentiasa bersama Palestin.
Perkongsian tersebut kini menerima lebih 21,000 tanda suka dengan komen yang rata-rata memuji sokongan yang diberikan penyanyi lagu Gatal itu.
Sementara itu, Dini menerusi platform sama turut berkongsi beberapa keping foto ketika sama-sama menyertai perhimpunan.
Terdahulu, pasangan itu kini menetap di London bagi menyambung pengajian dalam bidang perfileman di sana.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Di Kalangan Netizen Ada Keldai, Lembu, Anjing Dan Babi,” – Yasin Sulaiman Pesan Jangan Berdialog Dengan Orang Jahil

Mengumpamakan ada sesetengah kata-kata netizen di media sosial seperti haiwan keldai, lembu, anjing dan babi, Yasin Sulaiman menjelaskan, tiada keperluan untuk mengambil pusing apa yang diperkatakan di ruang komen.
Tulisnya menerusi Instagram, adalah lebih molek andai disapa dengan ucapan salam dan tidak lebih daripada itu.
“Di kalangan netizen ada keldai, lembu, anjing dan babi. Pastinya kita tak ambil pusing pun dengan kenyataan-kenyataan mereka.
"Kenapa? Saya bagi contoh. Kita tengah drive kereta, tiba-tiba tanpa bagi salam lembu lintas jalan dan kita pun terkejut dan tekan brek. Adakah kita akan melenting dan maki lembu itu? Tidak. Sebab kalau kita buat macam tu, kita pun jadi lembu.
“Contoh dua. Kita tengah jogging dengan aman dan tenteram. Tiba-tiba anjing jiran menyalak kat kita. Kita pun terkejut dan terganggu. Adakah kita akan menyalak balik kat dia? Tidak. Kita bukan anjing.
"Contoh babi, di mana ada babi kita pun semua lari. Kalau keldai itu, bodoh. Kita tidak berdialog dengan orang-orang jail. Ucapkan salam sahaja,” tulisnya.
Muat naik penyanyi ini bagaimanapun menerima pelbagai reaksi netizen.
Foto : Instagram Yasin Sulaiman
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Cipta Sejarah Lagi! Neelofa Bakal Ke Monaco, Tercalon Dalam Influencer Awards 2019 Monaco

Selepas satu demi satu sukses yang dilakar, berita gembira yang terbaru buat hos dan usahawan, Neelofa sekali lagi diterimanya.
Bintang asal Kelantan ini difahamkan telah dicalonkan menerusi kategori Entrepreneur dalam anugerah berprestij di peringkat antarabangsa, Influencer Awards 2019 Monaco.
Bakal diadakan di Monaco pada 5 dan 6 Oktober depan, Neelofa mengakui tidak menyangka tercalon dalam anugerah yang di pengerusikan oleh keluarga diraja Monaco.
“Sejujurnya, saya tidak menyangka tercalon dalam anugerah ini. Selain dikelolakan oleh keluarga diraja dan diadakan di luar negara, majlis anugerah ini juga bakal dimeriahkan dengan calon-calon lain daripada negara-negara berbeza.
“Tentulah, menang bakal menjadi satu yang besar kepada saya. Tetapi, saya mahu ke sana kerana merasakan ia masa yang sesuai untuk berjumpa dengan individu-individu berpengaruh lain dna mengembangkan rangkaian saya.
“InsyaAllah, saya akan terbang ke sana kerana segala pengangkutan dan penginapan telah disediakan. Peluang ini bukan datang selalu, jadi saya sangat menghargainya. Saya juga berharap agar pencalonan ini dapat memberi inspirasi kepada orang Malaysia lain untuk bermimpi lebih besar dan mencari lebih banyak peluang,” katanya.
Influencer Awards 2019 Monaco merupakan anugerah yang merupakan penganjuran kedua selepas diadakan dengan jayanya tahun lalu.
Anugerah ini direalisasikan oleh Pauline Ducruet iaitu anak sulung kepada Puteri Monaco, Stephanie dan beberapa individu lain seperti Lolita Abraham, Maxime Giaccardi dan Thomas Peters.
Influencer Awards 2018 Monaco diadakan pada 7 Oktober 2018 di Hotel Meridien Beach Plaza. Sebanyak 27 anugerah telah diserahkan pada majlis tersebut.
Antara pemenang pada majlis tersebut termasuklah blogger fesyen dari Perancis, Caroline Receveur (kategori Lifestyle) dan jurumekap Kim Kardashian, Mario Dedivanovic (kategori Make-Up Artist influencer).
Foto: Instagram Neelofa
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Bahagian Saya Untuk Akhirat”, – DS Aliff Syukri Kongsi Rezeki Sekitar RM1.5 Juta Termasuk RM100k Di Bawah Kerjasama Lembaga Zakat Selangor

Usahawan yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri menyangkal dakwaan sesetengah pihak yang kononnya, dia mengadakan majlis penyerahan zakat bagi menutup isu sensasi yang melibatkan dirinya sejak dua minggu lalu.
Aliff yang merupakan penaja utama Gegar Vaganza kelima (GV5) terpalit dengan kontroversi apabila memberi kenyataan mengenai fizikal seorang penyanyi dan penonton. Bagaimanapun, penyanyi lagu Bobo Di Mana itu sudah pun membuat permohonan maaf secara terbuka minggu lalu.
“Saya gembira sangat hari ni telah diadakan bantuan kepada hampir 1000 orang untuk pelajar fakir miskin, anak yatim dan mereka yang memerlukan. Kos yang saya salurkan sejak sekian lama lebih RM1.5 juta, tapi hari ini saya salurkan lebih kurang dalam RM100,000 sebab ia dibuat secara berperingkat.
“Mereka yang terpilih adalah mereka yang bergaji kurang daripada RM1,200. Bagi saya adatlah, saya sendiri bergurau tapi kalau tak boleh terima saya minta maaf. Tak ada kena mengena kalau nak dikata nak tutup isu.
“Jadi, majlis yang berlangsung bukannya untuk menutup isu tersebut sebab ia sudah pun dirancang lebih enam bulan dan mendapat kerjasama Lembaga Zakat Selangor (LZS). Apa yang saya buat ni pun adalah untuk hari akhirat. Saya ni jahil, jadi adalah bahagian saya untuk akhirat.
View this post on InstagramA post shared by Ohabangkosmetik (@aliffsyukriterlajaklaris) on
Pada masa sama, Aliff turut memberitahu tujuannya menguar-uarkan mengenai program amal tersebut adalah untuk berkongsi sesuatu yang baik kepada masyarakat.
“Zakat memang wajib diuar-uarkan dan orang yang menyebarkan mengenai perkara ini juga dapat pahala sebab niat kita nak bagi usahawan lain untuk sama-sama berkongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan.
Supaya orang Islam ini dipanjang lebih hebat. Saya pun ada juga bawa beberapa jutawan dan mereka pun berminat untuk buat benda sama,” katanya kepada MH.
Malah, Aliff turut merancang untuk melaksanakan program sedemikian di beberapa buah negeri lain selepas ini.
Dalam perkembangan lain, konsert akhir GV5 bakal bersiaran pada 18 November depan dan ditayangkan secara langsung di saluran Astro Ria (104) dan Ria HD (123) pada setiap Ahad jam 9 malam.
Untuk lebih lanjut, ikuti temu bual penuh bersamanya menerusi FB Live MH.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI