Pasangan pelakon Janna Nick dan Dini Schatzmann selamat melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup yang berlangsung pagi tadi dengan sekali lafaz.
Dini atau nama sebenarnya, Muhamad Dini Azan Schatzmann, 29, sah bergelar suami kepada Janna atau Nurul Jannah binti Muner, 28, tepat pukul 8.35 pagi.
Pasangan sama cantik sama padan dinikahkan oleh bapa Janna, Muner bin Abdullah bersaksikan Pengerusi Masjid Aisyah, Haji Othman bin Yahya serta sepupu pengantin perempuan, Amir Fikri dan Amar Fikri.
Dalam majlis serba indah yang berlangsung di Masjid Aisyah, Dini turut menyerahkan mas kahwin RM2,703 kepada Janna dan seutas rantai emas.
Jumlah mas kahwin tersebut adalah simbolik tarikh perkenalan mereka pada 27 Mac 2019.
Majlis yang mendapat sentuhan rekaan The Calla itu dihadiri oleh ahli keluarga, rakan selebriti dan sahabat karib pasangan dua sejoli tersebut.
Antara rakan artis yang hadir ke majlis tersebut adalah Izzue Islam, Nora Danish, Ain Edruce, Puteri Sarah Liyana, Nadia Brian, Mawar Rashid, Dayah Bakar dan ramai lagi.
Ads
Pasangan tersebut seterusnya diraikan dalam sebuah majlis resepsi yang berlangsung di sebuah resort terkemuka di Langkawi.
Malam tadi berlangsung majlis doa selamat dan bacaan yassin yang turut dihadiri penceramah, Ustaz Wadi Annuar dan rakan-rakan artis serta ahli keluarga kedua-dua belah mempelai.
Mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi, Dini juga teruja untuk memulakan fasa perjalanan kehidupan baharu sebagai seorang suami dan mengharapkan agar setiap langkah mereka melayari bahtera perkahwinan diberkati.
“Alhamdulillah, rasa terpaling bahagia, maksimum. Rasa lega jua, majlis pernikahan ini sudah selesai dan berjalan lancar. Maka bermulalah perjalanan baharu kami sebagai suami isteri.
Ads
“Kami memang merancang perkahwinan yang bersifat peribadi dan privasi. Lebih bermakna untuk keluarga kami.
“This is a once in a lifetime moment in our life. Kami mahu jadikan majlis ini sesuatu yang indah sebagai memori kami berdua,” katanya.
Janna dalam pada masa sama turut berkongsi perasaan gementar dan risau untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Ini adalah satu fasa dan langkah terbesar sepanjang 28 tahun usia saya. Mengubah status daripada single ke isteri dan insya-Allah, seorang ibu.
Ads
“Saya juga mahukan satu majlis yang lebih dekat dengan saya sebagai Nurul Jannah. Meraikan fasa baharu saya bersama keluarga tercinta dan rakan-rakan,” katanya yang sepakat memilih lokasi berbulan madu pertama mereka di Koh Lipe, Thailand.
Bercakap tentang kerjaya seni dan soal perancangan zuriat, Janna berkata, mereka bakal meneruskan kerja-kerja seni dan bersedia sekiranya dikurnia rezeki cahaya mata.
“Kita serahkan kepada Allah. Jika rezekinya awal, Alhamdulillah. Kami terbuka dan bersedia.
“Sekiranya ada rezeki, mungkin saya akan mula memperlahankan kerjaya seni dan fokus kepada perancangan keluarga,” kongsinya lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Azharina tidak mengambil hati atau sentap bila ada peminat muzik yang memberi komen, mengatakan kualiti single terkininya, Lakar Janji seperti lama, lapok, tidak cantik dan sebagainya.
Bagi Azharina, paling tidak ia diperkatakan ramai sekali gus membuatkan penyanyi asal Sabah ini boleh memperbaiki kelemahan yang ada.
“Walaupun ada yang kata muzik video saya tu nampak tak cantik atau lapok, yang penting ia ada di situ. Orang bercakap ni saya tak kisah sangat. Kena caci? Saya suka jer.
“Sebab apa, sekurang-kurangnya saya tahu mana yang betul dan cuba untuk perbaiki kelemahan yang ada. Jadi daripada situlah kita cuba belajar dan terus belajar,” katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran single berkenaan di Kuala Lumpur, baru-baru ini.
Jelas Azharina lagi, baik atau buruk orang memperkatakan mengenai sesuatu, ia tetap dianggap sebagai suatu publisiti yang secara tidak langsung akan memberi impak tersendiri.
“Kata orang, baik atau buruk orang bercakap, ia masih dianggap sebagai suatu promosi. Tengok ada sesetengah lagu pun kena kecam, tapi ia jadi viral juga,” terangnya lagi.
Terdahulu, Lakar Janji merupakan lagu ciptaan sepenuhnya oleh Dr. Irma Shida di bawah label Dr. Irma Entertaiment hasil dari kerjasama sulung di bawah syarikatnya sendiri, Azharina Entertaiment.
Sejak dimuat naik menerusi YouTube beberapa hari lalu, muzik video berkenaan sudah pun ditonton lebih 30,000 kali.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang ke-29, penyanyi dan pelakon Sufian Suhaimi ada berkongsi beberapa keping foto dirinya di zaman kanak-kanak bersama peminat.
Dia yang sinonim dengan lagu Di Matamu ini telah memuat naik foto berkenaan menerusi akaun Instagram miliknya.
Lalu, perkongsian tersebut telah mendapat perhatian daripada peminat yang memberikan reaksi pelbagai selain titipan hari jadi.
Sekadar informasi, Sufian dilahirkan pada 3 Mei 1992 di Mersing, Johor.
Foto: Instagram Sufian Suhaimi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Serina Redzuawan yang baru sahaja kehilangan ibunda tercinta 18 Mac lalu meluahkan kerinduan yang tiada berpenghujung di laman Instagram miliknya.
Wanita ini menjelaskan ibunya sudah lama menderita sakit, dan sewaktu tenat, arwah masih sempat berpesan, menghulurkan sedekah kepada anak-anak tahfiz.
Lebih syahdu, jelas Serina, sewaktu hidup, arwah cukup sayang pada kucing dan sering memberi haiwan comel itu makan dan mungkin atas asbab berkenaan, sebelum dikebumikan, masjid dipenuhi dengan kucing yang turut menemani dan menjaga jenazah.
“Rindu yang tiada berpenghujung, darah dagingku mengalir darahmu Ibu. Tenanglah di alam abadi, sudah lama mama menderita sakit. Mama rehatlah dengan tenang, Rina redha pemergian mama.
“Moga segala amalan yang mama lakukan menjadi bekalan di akhirat, Mama,Kak Natrah penjaga mama ada bagi tau di saat mama sakit tenat pun mama masih ingat minta dia hantarkan sedekah pada anak anak tahfiz. Allahuakhbar! Rina bangga jadi anak mama.
“Mama sayang pada kucing kucing, selalu kasi makan kucing sampaikan di masjid kucing penuh tunggu mama jaga jenazah mama sebelum di kebumikan. I Love u so much!
“Marilah kita sama sama sedekahkan Al Fatihah kepada Ibu Serina (HAJAH NORHAYATE BINTI FATIMAH),” luahnya panjang lebar.
Caliph Buskers terkilan dengan tindakan segelintir pihak yang mengenakan bayaran terlalu rendah untuk menjemput mereka bagi membuat persembahan di luar Kuala Lumpur.