Janna Nick Dituduh Punca Insiden Pertelingkahan Dua Isteri Bekas Jurulatih; “Jangan Libatkan Saya Dengan Masalah Rumah Tangga Orang Lain.”

Share

Nama pengacara program Famili Duo, Janna Nick tidak semena-mena diheret sama dalam insiden pergaduhan melibatkan dua isteri bekas jurulatih seperti yang hangat diperkatakan kini.

Enggan terus dikaitkan, Janna atau nama sebenar, Nurul Jannah Muner, 28, menjelaskan dia terpaksa tampil ‘membersihkan namanya’ selepas dikecam ramai pihak lebih-lebih lagi daripada seorang pelakon senior yang mendakwa dia merupakan punca kepada pertengkaran dua wanita tersebut pada awal pagi Isnin lalu.

“Saya ni jarang la nak defensive.. Kalau orang nak kata, kata la.. saya okay.

“Tambahan kalau yang mengata tu adalah netizen.

“Tapi bila ada pelakon veteran dalam industri yang menuduh secara membabi buta dan konon saya sengaja nak sakitkan hati first wife kepada si polan, saya jadi marah.

“Cuba untuk tidak endahkan tapi media mula menjadikan saya sebagai tajuk utama perbalahan di antara isteri pertama dan isteri kedua.

“Walhal saya langsung tidak tahu akan kewujudan isteri pertama dan masalah rumah tangga yang dilalui mereka.

“Konon saya pula punca berlakunya kejadian tarik menarik rambut. Rancangan #familiduotv3 memang berkonsepkan family. Kekeluargaan. Memang soalan tentang suami, anak, isteri, ibu dan ayah akan acapkali ditanya. Nak nak kalau suami mereka agak dikenali,” tulis Janna panjang lebar di ruangan kapsyen.

Dalam hantaran itu juga, Janna mengambil kesempatan memohon maaf kepada isteri pertama bekas jurulatih berkenaan sekiranya gurauannya pada malam Ahad lalu telah menyakitkan hati wanita tersebut.

“This would be my last statement, saya harap para media hormati saya dan jangan libatkan saya dengan masalah rumah tangga orang lain.

“Saya juga memohon maaf secara terbuka kepada isteri pertama tersebut sekiranya gurauan itu telah pun menyakitkan hati,” tulis Janna lagi.

Janna turut mengepilkan skrip program tersebut yang mana menunjukkan kerjanya yang perlu bertanyakan soalan-soalan panas kepada peserta bagi merancakkan lagi rancangan tersebut.

“Di page sebelah, saya sertakan skrip yang telah dituliskan dengan warna merah yang membawa maksud ‘wajib tanya’. I love my team and I love everyone dalam #familiduoTV3.

“Sebagai pengacara, saya akui segala kekurangan adalah kelemahan saya sendiri dan yang baik itu daripada Allah SWT,” ulas Janna lagi.

Terdahulu, pihak polis mengesahkan isteri pertama dan isteri kedua bekas jurulatih itu bertengkar di sebuah restoran di Shah Alam, pada awal pagi Isnin sebaik tamat program tersebut.

Ramai pihak termasuk netizen dan seorang pelakon senior mendakwa pertanyaan Janna dalam program tersebut telah mencetuskan kepada bibit-bibit pergaduhan yang melibatkan insiden tarik menarik rambut di restoran berkenaan.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Published by
Juliana Johar