Pelakon dan pengacara, Janna Nick mendedahkan dirinya hanya berpeluang merasai keseimbangan dalam pekerjaan dan kehidupan selepas dia berusia 28 tahun.
Menurut Janna atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner, untuk merasai nikmat tersebut, seseorang itu harus bekerja dengan kuat ketika usia mereka masih muda.
Katanya lagi, ketika ini, dia baru dapat merasai nikmat berehat setelah berjaya mencapai misi-misi tertentu di dalam hidupnya.
“Saya selalu perasan, generasi sekarang, mereka mahukan kehidupan dan kerja yang seimbang.
“Minta maaf, saya ada kehidupan kerja yang seimbang ketika usia saya 28 tahun selepas saya sudah pun mencapai amaun tertentu, beli dua buah rumah dan kereta,” katanya.
Pelakon drama Puteri Lindungan Bulan itu berkata sedemikian menerusi program podcast, Studio Sembang di laman YouTube, ATHQ Media.
Jelas Janna lagi, dia bukan berniat untuk berlagak sebaliknya hanya menceritakan mengenai realiti masa kini.
“Apa yang saya katakan ini bukan untuk berlagak tapi saya nak bagitahu, saya hanya boleh bertenang seketika ketika saya sudah pun mencapai misi-misi tertentu dalam hidup saya.
“Kalau impian hidup yang pertama pun anda masih belum capai, jangan pernah terfikir untuk punyai waktu kerja yang seimbang.
“Melainkan ibu bapa anda kaya atau anda memang nak kahwin lelaki kaya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Janna turut mendedahkan dirinya tidak sempat merasai keseronokkan ketika zaman kerana zaman remaja kerana sibuk bekerja.
“Saya tidak mempunyai fasa di mana saya menikmati zaman remaja saya. Saya tak sempat nak merasai momen-momen seperti melepak dengan kawan-kawan. Baru sekarang saya boleh relax sedikit.
“Kita memang kena berkorban. Kita tak boleh menjangkakan untuk hanya bekerja selama lapan jam. Kemudian punyai ‘me time’ dan ada masa bersama kawan-kawan.
“Kalau kita nak berada di satu tahap yang lain. Kita kena buat perkara yang orang lain tak buat. Kita kena bekerja dengan lebih keras,” ujarnya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen terinspirasi dengan perkongsikan tersebut selain turut berharap agar turut sama dapat merasai nikmat kejayaan seperti orang lain.
“Terima kasih kerana berkongsi cerita awak Janna. Saya sangat sukakan episod kali ini. Hos juga bagus macam selalu.
“This so inspiring. Thank you for this hreat podcast.
“Janna, we really proud of you.
“Janna ini seorang yang bekerja keras. Sebab itu dia layak mendapat kejayaan apa yang dia ada sekarang. Kalau ada bakat tapi tak bekerja keras pun tidak akan ke mana.
“Awak sangat memberikan inspirasi Janna. Awak antara artis yang membuatkan saya ingin bekerja keras,” antara komen-komen netizen di Youtube.
Setakat ini, video podcast berkenaan telah pun meraih hampir 40,000 jumlah tontonan di laman YouTube.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram & YouTube Studio Sembang