Isi Kandungan

Nurul Jannah Muner atau dikenali Janna Nick sanggup berhempas pulas menyertai sukan Muay Thai semata-mata untuk tampil lebih kurus demi menjayakan watak dalam drama baharunya ,Coffee Prince yang bakal ditayangkan kelak.

Coffee Prince drama bersiri arahan Michael Ang ini juga difahamkan akan dibintangi Janna Nick dan bakal bergandingan dengan aktor kacak, Fattah Amin dalam drama yang bakal ditayangkan menerusi saluran stesen berbayar tempatan Astro itu.

Jelas aktres itu, dia menyertai sukan lasak tersebut sejak sebulan lalu dan kini gadis yang berusia berusia 22 tahun itu gigih menjalani latihan secara intensif hampir setiap malam.

Ads

 

Janna Nick Sertai Muay Thai

Kalau nak kata penat, memang berpeluh habis. Tapi ini adalah salah satu cara untuk saya tampil dengan bentuk badan yang lebih kurus dan sihat.



Saya akan memulakan penggambaran drama ini tidak lama lagi iaitu selepas penggambaran drama Malaysia-Indonesia berjudul Dia tamat,” kata Janna yang kini semakin bersemangat menceburi bidang perniagaan.

 

Janna Nick Sertai Muay Thai

Ads

Terdahulu, Janna dituduh menjalinkan hubungan akrab bersama keluarga penerbit, Sheila Rusly kerana mempunyai kepentingan sendiri agar senang mendapat tawaran lakonan.

Namun, Janna tidak cepat melatah dengan tuduhan sebegitu dan menjelaskan beliau ikhlas akrab dengan keluarga Sheila dan hubungan mereka sudah seperti seorang ibu dan anak.

Ads

 

[su_heading]Untuk perkongsian berita selebriti dan pengiklanan, boleh emelkan kepada editor.media@karangkraf.com atau hubungi 03-5101 7322. Ikuti kami juga di Facebook  Media Hiburan * Instagram  mediahiburanofficial * Youtube  Media Hiburan Official[/su_heading]

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI