“Jap Lagi Jari Telunjuk Kiri Dia Tu Akan Kena Kerat Dah,” – Karl Shafek Kongsi Situasi Bapa Gara-Gara…

Share

Pengacara Karl Shafek ada berkongsi perihal jari telunjuk kiri bapanya yang bakal dipotong akibat tisu mati selepas mengalami luka yang tidak dirawat.

Perkongsian tersebut dikongsikan Shafek menerusi Instagram posting terbaru.

“Sebelum masuk dewan bedah dia suruh amik gambar dia dulu. Dia nak “Haaaiiii” dulu kat semua. Jap lagi jari telunjuk kiri dia tu akan kena kerat dah,” tulisnya.

Lalu, Shafek turut berkongsi situasi sebenar yang berlaku.

“Cerita dia macam ni: Sabtu lepas dia kupas kelapa guna parang.. sebab dia nak minum air kelapa muda. Nak dijadikan cerita dia tertetak jari dia tu. Tapi dia rilek je senyap-senyap tak bagitau sesiapa.

“Sebab masa tu tak ada orang kat rumah. Bila mak balik, dia tanya kenapa jari berbalut Abah jawab luka sikit je. yang bestnya, dia cuma balut dengan tisu tebal-tebal, lepas tu ikat dengan getah.

“Padahal dah nak putus dah sekali dengan tulang pun dah berpisah. Malam semalam bila jari dia masih bleeding tak berhenti baru dia mintak bawak pegi hospital. Baru la semua tau betapa teruknya jari dia tu.

“Tapi dah terlambat, doktor memang tak boleh sambung jari tu sebab sel-sel semua dah mati. Jadi abah redha la. Dia siap gelak-gelak je sembang ngan doctor tadi.

“But the question is… macam mana dia boleh tahan sakit dari pagi sabtu sampai ahad malam? Abah memang kurang suka makan ubat. Lagi-lagi pain killer. Tak baik untuk kidney katanya,” tulis Shafek panjang lebar.

Sementara itu, menerusi posting sebelumnya Shafek turut menyatakan rasa rindu untuk bersua bapanya.

Foto: Instagram Karl Shafek

 

Published by
Rafiq Mazlan