Pelakon Luqman Hafidz mendedahkan dia lebih senang untuk tidak terlalu terbuka mengenai kisah peribadi terutamanya perihal keluarga semenjak bergelar anak seni.
Menurut Luqman, sudah jadi kelaziman bagi dirinya, memilih untuk terus memberikan sepenuh tumpuan terhadap kerjaya sebagai anak seni.
“Saya memang jarang berkongsi mengenai hal peribadi. Segalanya bermula ketika saya berlakon di dalam filem Ola Bola dan memakai seluar pendek. Perkara tersebut secara tidak langsung menjejaskan nama baik institusi pengajian tinggi saya ketika itu.
“Bermula saat itu, saya tidak mahu timbulkan apa-apa isu yang boleh menjadi ‘peluru’ untuk menjejaskan karier saya. Jadi, saya lebih selesa bila hal keluarga, saya simpan sendiri,” katanya kepada MH.
Bagaimanapun, ia secara tidak langsung mengundang perasaan curiga segelintir netizen sehingga ada mendakwa rumah tangganya kini sedang bergolak.
Bercakap mengenai spekulasi tersebut, Luqman meminta orang ramai untuk menghormati ruang peribadinya dan dia akan menjelaskan sendiri mengenai perkara tersebut bila tiba waktu yang sesuai.
Ads
“Sebagai anak seni saya sedar yang kita tak dapat lari daripada sebarang spekulasi. Namun, bila tiba masanya saya sudah bersedia nanti, saya sendiri akan bagitahu.
“Setiap orang punyai pandangan masing-masing. Cuma saya harap merekajuga hormati saya. Saya tahu memang agak mustahil untuk buat semua orang faham kerana itu hakikat sebagai anak seni.
“Susah sebenarnya nak puaskan hati orang ramai ini. Sama ada saya cakap atau tidak, pasti ada yang tak puas hati juga. Lebih baik saya jaga diri saya dulu. Nak bagi kebahagiaan kepada orang lain, kita kena gembira dulu,” kongsinya.
Bapa kepada seorang cahaya mata itu berkata sedemikian ketika ditemui pada majlis tayangan mini siri Astana di Pavilion, Kuala Lumpur.
Katanya lagi, dia juga akan terus pegang kepada prinsip untuk mengutamakan ketenangan diri berbanding mengikut kehendak ramai.
“Ketenangan ini datang bukan daripada orang lain. Kita kena cari sendiri ketenangan itu. Saya lebih selesa dengan cara sebegini dahulu. Saya faham tuntutan orang ramai yang artis ini harus berkongsi mengenai kehidupan mereka.
Ads
“Ada sesetengah tu perkara kecil pun dikongsikan di media sosial cuma saya bukan orang sebegitu. Susah untuk saya pecahkan mekanisme itu. Untuk menjawab persoalan orang ramai, saya perlukan masa. Bila saya dah selesa saya akan cakap,” akhirinya.
Terdahulu, Luqman mendirikan rumah tangga bersama Nurul Atiqah Mad Apandi pada tanggal 20 Mac 2020.
Hasil perkongsian hidup, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Eva Laura yang kini baru berusia setahun.
Sekadar informasi, Astana ialah naskhah drama siri arahan Luqman yang mengangkat kisah para doktor gigi di Astana Dental.
“Happy World Hijab Day 2021 Syukur Ya Allah, masih diberi kesempatan. This is my best decision ever, subhanallah.
“Semoga kita semua sentiasa istiqomah, inshaAllah,” tulisnya ringkas sebagai kapsyen pada posting di Instagram.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata peminat memuji penampilannya dan turut menyatakan ‘alhamdulillah’ buat Ernie.
Terdahulu, Ernie atau nama sebenarnya Nur Ernie Shahirah Zakri membuat keputusan berhijab pada fasa penularan wabak Covid-19 melanda seluruh dunia dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dijalankan di negara ini buat pertama kali, Mac lalu.
Foto : Instagram Ernie Zakri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Alif Satar ada berkongsi video perbualan bersama isteri sewaktu di dalam kenderaan.
Kedua-duanya berbincang mengenai tradisi kad raya yang sudah lama dilupakan.
Namun apa yang melucukan, penyanyi Sesungguhnya Aku itu dengan yakin merujuk kepada kad kahwin dan ada tambahan setiap tahun.
“Orang macam terkejut bila kita bagi kad raya dekat orang eh, kad raya?
“And the best part kita throwback kita punya kad kahwin. Kad kahwin kitorang every year, setakat ni ada je tambahan.
Kad kahwin apanya, kad raya. Kad kahwin tambah lagi,” kata Aliff sambil tergelak besar.
“assalamualaikum😂🤣morning.. abang Jamil cakap apa tadi?😜haritu kitorang ada mintak soalan-soalan dari korang semua dalam IG story kitorang.. so ni la kitorang nak jawab in VLOG style😂🤣soalan2 raya bersama Darlie!! #BerusGigiDarlie #MemangMenakjubkan 😁😁😁😁p/s video on my youtube channel!!!!! Link on my Bio!”
Video yang mendapat tontonan hampir 400,000 dalam masa tidak kurang beberapa jam ini menerima pelbagai reaksi netizen yang terhibur dengan reaksi spontan Alif.
Foto : Instagram Alif Satar
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Chef selebriti, Datuk Fazley Yaakob mempunyai cara tersendiri dalam mendisplinkan anak-anaknya bagi membentuk keperibadian yang baik.
Diberi dua pilihan hukuman sebagai pengajaran kerana melakukan kesalahan, bapa kepada empat orang anak itu telah mengenakan ‘denda’ cara unik tetapi bermanfaat kepada anak ketiganya, Fierudz iaitu dengan membaca surah Al-Fatihah sebanyak 30 kali tanpa henti.
Perkara tersebut dikongsikan Fazley di Instagram miliknya.
“Ramai juga tanya saya adakah saya seorang ayah yang garang, jawapannya ada dalam video ini.
“Anak ke-3 saya @fierudzfazley ada buat beberapa kesalahan hari ni. Saya beri dia pilihan: . A) Nak kena rotan dengan tali pinggang, ATAU . B) Baca alfatehah tanpa henti selama 30 kali,” tulisnya.
Baginya, perkara tersebut dilakukan bertujuan memberi kesedaran kepada anak-anaknya setelah melakukan kesalahan.
“Prinsip saya di dalam membesarkan anak2, yang salah tetap salah dan perlu ada hukumannya supaya mereka sedar akan kesilapan mereka.
“Namun selepas menerima denda atau hukuman, saya akan terus memeluk dan cium mereka supaya mereka tidak merajuk lama dan menyimpan dendam.
“Piyush sayang, Dida love you so much ok!,” tulisnya lagi.