“Jarang Sangat Nampak Seorang Neelofa Yang Tabah Menitiskan Air Mata.”

Share

Sepotong video yang merakamkan aksi spontan selebriti, Noor Neelofa yang gagal menahan air mata ketika ‘reseller’ inai Nun Ha keluarannya membaca ikrar ‘aku janji’ di sebuah majlis beramah mesra mereka baru-baru ini mencuri perhatian ramai.

Beberapa kali mengesat air mata menggunakan tisu sambil ditenangkan suami, Haris Ismail atau PU Riz, perkongsian yang dimuat naik pengguna TikTok, @partner.nunha itu nyata menerima reaksi netizen.

Neelofa, 33, yang pada mulanya mendengar lalu sebak seterusnya berpaling ke belakang lalu mengesat air mata menggunakan tisu.

Pemilik akuan tersebut menerusi ruangan kapsyen juga meluahkan rasa sedih saat melihat ibu kepada Muhammad Bilal itu mengalirkan air mata.

“Jarang sangat nampak seorang Neelofa yang tabah menitiskan air mata. Niat dia hanya untuk membantu orang ramai sebangsa dan seagama untuk mencari rezeki,” tulisnya.

Terdahulu, produk inai milik Neelofa diuji selepas terpalit kontroversi apabila ada pihak mendakwa ia tidak mesra wuduk.

Bagaimanapun, Neelofa dan Haris mengadakan satu sidang media khas bagi menjelaskan produk inai keluarannya adalah sah untuk dibawa solat dan ia turut melalui proses ujian makmal oleh mereka yang bertauliah.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

Published by
MH