Usahawan dan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Liew memaklumkan ada menziarah keluarga pemain bola sepak negara, Syafiq Ahmad yang telah kehilangan anak serta ibu mertuanya selepas terbabit dalam kemalangan baru-baru ini.
Menurut Ustaz Ebit, sewaktu lawatannya itu, dia tidak dapat menahan sebak ketika mendengar luahan daripada Syafiq dan juga isterinya.
“Sebak sayu ziarah @syafiq_ahmad20 , Amalina dan keluarga di Kedah. Jarang saya menangis. Tadi tak dapat tahan menangis tadi. Kehilangan ibu dan anak serta bibik asbab kemalangan jalan raya.
“Amalina masih belum boleh bangun. Tadi bercerita ujian kerana kasih sayang Allah. Allah sayang. InsyaAllah anak menanti dalam syurga,” kongsinya.
Kisah tersebut dikongsikan oleh Ustaz Ebit menerusi akaun Instagram miliknya.
Ads
Dalam pada itu, Ustaz Ebit turut menjelaskan segala ujian yang menimpa keluarga pemain penyerang pasukan Johor Darul Takzim itu mempunyai hikmahnya yang tersendiri.
“Buat ibu yang baik insyaAllah semoga Allah ampunkan dosa beliau dan hadiahkan syurga Firdaus. Allah nak beri mereka berehat dan nanti dapat kembali bersama dalam syurga. Sabar ialah amalan yang teramat besar disisi Allah.
“Sayu sebak dengar soalan Syafiq dan Amalina. Bagaimana nak bantu mak masuk syurga. Nak hadiahkan amalan buat arwah mak. Banyak soalan dan luahan hati mereka. Baik sangat keluarga ini,” jelasnya lagi.
Ads
Sementara itu, Ustaz Ebit turut menitipkan doa semoga keluarga ini diberikan kekuatan untuk menempuh detik sukar ini.
“Melihat air mata mereka sepanjang luahan dan berbual tadi. Hati saya jadi sebak sangat. Sempat juga berbual dengan abang aen ayah Amalina. Merindui arwah isterinya.
“Ya Allah berilah kekuatan buat keluarga ini. Rahmati mereka. Bantu mereka melalui semua ini. Ya Allah,ampunilah arwah ibunya hadiahkan syurga FirdausMu,” akhirinya.
Ads
Terdahulu, Syafiq telah terlibat dalam satu kemalangan di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) berhampiran Sungai Bakap pada 6 Disember lalu.
Kemalangan tersebut telah meragut tiga nyawa yang terdiri daripada pembantu rumah, ibu mertua dan anak bongsunya yang baru sahaja berusia 22 hari pada ketika itu.
Sementara itu, isterinya pula mengalami kecederaan dan kini sedang dalam proses pemulihan.
Sumber: Instagram Ustz Ebit Lew
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Anak kedua kepada pemain Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor, meninggal dunia pada pagi Ahad.
Perkhabaran duka itu dikongsikan Nazmi Faiz menerusi hantaran terkininya di Insta Stories dengan memaklumkan anak perempuan keduanya, Maira Maliyqa meninggal dunia jam 10.55 pagi tadi.
Mohon Sedekahkan Al-Fatihah
“Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un…10.55 pagi, baby Maira Maliyqa binti Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.
“Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami Maira Maliyqa,” tulisnya.
Bagaimanapun, pemain kebangsaan Harimau Malaya itu tidak menyatakan punca terperinci puteri keduanya itu meninggal dunia.
Terdahulu Nazmi pada awal pagi Ahad memaklumkan bahawa isterinya, Nurul Yasmin selamat melahirkan anak perempuan kedua mereka.
Namun, dia merayu agar orang ramai mendoakan kesihatan anaknya, yang ketika itu berada dalam keadaan kritikal.
Untuk rekod, Nazmi dan isteri mendirikan rumah tangga pada 25 November 2017 dan pasangan ini kemudiannya menimang cahaya mata pertama mereka pada 26 Jun 2020.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Aktor tubuh sasa, Zul Ariffin mengakui dia ada menyimpan hasrat untuk melangsungkan majlis akad nikah di Tanah Suci Makkah atau Madinah andai sudah sampai seru buatnya untuk mendirikan rumah tangga.
Tambah bintang berusia 33 tahun ini lagi, meski sehingga kini dia masih belum mempunyai teman istimewa, Zul bagaimanapun sudah bertanya terhadap beberapa rakan selebriti perihal prosedur andai nikah di tanah suci
“Saya berangan-angan mahu bernikah di Masjidil Haram atau Masjid Nabawi. Saya pernah bertanya kepada beberapa teman mengenai prosedur pernikahan di Makkah atau Madinah.
“Bagaimanapun, sekadar bertanya untuk membuat persiapan. Jangan bimbang, saya tidak akan kahwin sorok-sorok apabila sudah tiba jodoh,” katanya seperti yang dipetik BH Online.
Pada masa sama, hero filem Misteri Delaila ini juga memberitahu andai impiannya menjadi kenyataan, majlis resepsi tetap dilangsungkan di Malaysia.
“Saya mahu bernikah di Tanah Suci, tetapi majlis resepsi tetap diadakan di Malaysia selepas pulang.
“Besar harapan saya dapat membawa bakal isteri dan keluarga menunaikan umrah bersama-sama,” kongsi Zul.
Sementara itu apabila bercakap dengan lebih terperinci mengenai soal jodoh, Zul tidak mahu lagi merancang, bimbang andai tak menjadi.
“Dulu, saya ingat dapat berkahwin dengan seseorang. Buat rancangan macam-macam tetapi tidak menjadi.
“Kali ini, saya mahu pilih gadis biasa. Saya tidak kisah sama ada bekerjaya atau tidak, asalkan dapat menjaga saya sebaiknya.
“Saya juga mengharapkan bakal isteri menjaga kerjaya saya, bukan menjahanamkan,” jelas Zul.
Foto: Instagram Zul Ariffin, Sumber : BH Online
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Orang ramai telah dikejutkan dengan khabar berita kejadian ribut dan puting beliung yang berlaku di beberapa kawasan di sekitar Ipoh, petang Ahad.
Kejadian tersebut telah mendapat perhatian, termasuk selebriti antaranya pelakon, Didie Alias.
Di samping memuat naik rakaman video situasi ribut berkenaan, Didie berharap kesemua mangsa yang terlibat berada dalam keadaan baik dan selamat.
“Masyaallah Kejadian puting beliung yang berlaku petang tadi di Tasek, Ipoh, Perak.
“Semoga semua penduduk sekitar berada dalam keadaan yang baik-baik sahaja dan selamat. Kredit Video: Orang Awam,” tulisnya di ruangan kapsyen entri berkenaan.