Wawasan 2020 bukan seperti dalam jangkaan setiap rakyat Malaysia.
Kongsi Idzham Ismail, rupanya tahun yang dinantikan satu Malaysia bukan untuk mengukur kemajuan di ruang udara, sebaliknya untuk kemajuan minda.
Jelasnya, sebelum ini ada yang sering menolak ajakan mencuci mata di bazar Ramadan, malah jarang sekali kaki menjejak masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.
Namun krisis pandemik yang melanda menyebabkan hilang segala kemeriahan yang dahulunya sering dinantikan setiap umat Islam,” kongsi Idzham.
Jelas bintang Juvana ini lagi, apa yang berlaku bukanlah hukuman namun pengajaran untuk lebih menghargai setiap di depan mata.
Ads
“Tiada bazar, tiada tarawih, malah tiada lagi kunjungan ke rumah saudara mara.
“Tiada lagi bazar sebelum berbuka. Tiada lagi terawikh bersama. Tiada lagi kunjung mengunjung rumah sanak saudara. Tiada lagi kemeriahan yang sepatutnya.
“Dulu, Ajakan ke bazar penuh alasan sahaja. Jarang sekali ke masjid berterawikh di bulan puasa. Hanya menghargai pagi raya pertama. Berat kaki untuk mengunjung sanak saudara.
Ads
“Meriah yang dinanti sebulan berpuasa kebanyakan pagi raya pertama sahaja.
“Tahun ini, bukan lah satu hukuman, tetapi satu pengajaran untuk kita, untuk sentiasa lebih menghargai yang masih ada, masa , diri kita.
“Tahun 2020 yang dinantikan satu Malaysia, bukan kemajuan di udara, untuk minda kita rupanya,” kongsinya.
Terdahulu, kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 secara menyeluruh.
Foto : Instagram Idzham Ismail
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bersempena sambutan hari ibu pada tanggal 14 Mei, pelakon terkenal, Sharnaaz Ahmad turut tidak ketinggalan menitipkan ucapan istimewa buat insan yang paling berharga dalam hidupnya.
Selain ibunya, ucapan penuh makna itu turut didedikasikan buat ibu kepada anaknya yang juga merupakan bekas isteri, Noor Nabila.
Menurut Sharnaaz, dua sosok ibu tersebut mempunyai tempat sangat istimewa di dalam hidupnya.
“Dua wanita ini sememangnya memberikan impak yang sangat besar dan umpama anugerah dalam hidup saya. Terima kasih banyak buat mama dan Mummy Nabila,” tulisnya.
Ucapan penghargaan tersebut dikongsikan sendiri oleh bapa kepada seorang cahaya mata itu menerusi sebuah hantaran di laman Instagram.
Katanya lagi, segala kejayaan dan kurniaan yang dimilikinya ketika ini tidak mungkin akan berlaku tanpa dua insan hebat tersebut.
“Tanpa anda berdua, saya tidak akan berada di sini. Tidak akan pernah. Selamat hari ibu.
“Kepada para ibu di seluruh dunia, kami sayang anda,” ujarnya lagi.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menzahirkan rasa kagum terhadap sikap yang ditunjukkan oleh Sharnaaz yang sentiasa menghargai jasa bekas isterinya itu.
“Salute la Abang Sharnaaz ni. Dalam apa situasi sekali pun, dia hargai orang yang lahirkan anak dia. Jebat bertuah kerana punyai bapa yang terbaik.
“Bagus Sharnaaz ni. Selalu menghargai dan menghormati. Hero kami.
“Macam ni la baru bagus. Bukan sahaja menghargai ibu tapi isteri yang melahirkan anak kita pun seorang ibu juga.
“Baba dan mummy yang terbaik buat Jebat,” antara komen-komen netizen.
Terdahulu, Sharnaaz mendirikan rumah tangga dengan Nabila pada 31 Mac 2017, tetapi bercerai pada 9 Julai 2020.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata lelaki, Jebat Jaydan yang kini berusia empat tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Sharnaaz Ahmad
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Duta dan ikon pusat peningkatan akademik dan pakar untuk membantu pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) PTTI iaitu penyanyi Iman Troye dan MK K-Clique menekankan soal kepentingan pelajaran.
Iman, 21, atau nama sebenar Siti Nur Alyssa Sahabudin berkata, pembabitannya sebagai duta PTTI bukan satu tugas yang mudah.
“Menjadi duta berat, sebab bila ke siri jelajah bukan hanya membawa nama saya untuk buat persembahan, tapi saya akan ditanya beberapa soalan oleh pelajar di sana.
“Saya juga akan meluangkan masa dengan mereka, saya akan tengok cikgu mengajar, teknik digunakan. Dari situ saya akan tanya semula dan buat kuiz kepada pelajar. Saya akan bagi hadiah yang disediakan sendiri,” katanya.
Menurutnya, PTTI sudah banyak membantu pelajar yang bakal menduduki SPM.
“Saya dah kenal PTTI sejak habis SPM. Cuma,agak kecewa sebab zaman saya belum ada lagi, jadi saya tak dapat alternatif sebegini.
“Jadi, Saya tak nak adik-adik yang ambil SPM terlepas peluang yang disediakan PTTI. Kita boleh nampak usaha mereka dengan pelbagai program yang diatur.
“Diakui peningkatan mencanak naik. Masa saya mula-mula terbabit dengan mereka, PTTI belum buat siri jelajah lagi dan masih dalam talian.
PTTI juga pergi ke lebih 200 sekolah, tapi saya tak dapat turut serta. Kali ini dapat terbabit dalam pecutan akhir SPM di NTV7,” katanya.
Sementara itu bagi MK, 27, atau nama sebenar Muhammad Hairi Amin Hamdan, segala usaha yang dibuat PTTI bersama guru yang bertugas kian membuahkan hasil.
“Awalnya saya fikir sebagai duta saja, tapi sekarang segala usaha yang dibuat oleh PTTI dan cikgu-cikgu menunjukkan hasil apabila berlaku peningkatan dari segi keputusan SPM. Inisiatif untuk perlajar juga terlalu banyak.
“Pelajaran penting. Macam saya, habiskan pelajaran dulu baru ke dunia nyanyian. Saya tamat pengajian di UiTM baru fokus dengan muzik. Keluarga ada harapan untuk kita. Jadi, nasihat saya untuk semua adik-adik, belajar sangat penting.
“Kalau dapat ulang masa, saya akan belajar sepenuhnya untuk berjaya dalam pelajaran,” katanya yang mendapat keputusan 5A 3B dalam SPM.
Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif PTTI, Siti Farhana Abu Osman menjelaskan, PTTI adalah platform pendidikan dalam talian di Malaysia dengan formula serta teknik menjawab peperiksaan yang terbukti berjaya membantu pelajar meningkatkan gred peperiksaan menerusi pembelajaran mudah dan ringkas.
“Inisiatif ini bukan saja meningkatkan akses pendidikan berkualiti tetapi juga membantu pelajar khususnya calon SPM mencapai kecemerlangan akademik mereka.
“Menerusi kolaborasi kali pertama dengan MPB yang mana ntv7 sebagai platform disediakan, saya percaya dapat membantu lebih ramai pelajar dan menaikkan lagi jumlah pelajar memperoleh keputusan semua A di Malaysia pada SPM ini,” katanya.
PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 dikendalikan barisan 13 tenaga pengajar berpengalaman yang membantu teknik menjawab soalan-soalan SPM untuk mata pelajaran teras dan aliran Sains iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, Sains, Matematik Tambahan, Fizik dan Kimia.
Setakat ini, PTTI sudah mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book Of Records (MBOR) apabila berjaya mencatat jumlah pelajar memperoleh semua A pada Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 lalu menerusi kategori ‘Most Straight A’s SPM Students In A Tuition.
Program PTTI Pecutan Akhir SPM 2023 di ntv7 juga boleh diikuti secara langsung menerusi tonton Live TV dan XTRA Live TV, myfreeview (saluran 107), Astro (saluran 147), unifi (saluran 107), dan secara maya menerusi YouTube @ntv7MALAYSIAOfficial.
Selain itu, PTTI turut mengadakan program Selekoh Akhir SPM yang dijalankan secara dalam talian. Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi mereka.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!