Wawasan 2020 bukan seperti dalam jangkaan setiap rakyat Malaysia.
Kongsi Idzham Ismail, rupanya tahun yang dinantikan satu Malaysia bukan untuk mengukur kemajuan di ruang udara, sebaliknya untuk kemajuan minda.
Jelasnya, sebelum ini ada yang sering menolak ajakan mencuci mata di bazar Ramadan, malah jarang sekali kaki menjejak masjid bagi menunaikan solat sunat tarawih.
Namun krisis pandemik yang melanda menyebabkan hilang segala kemeriahan yang dahulunya sering dinantikan setiap umat Islam,” kongsi Idzham.
Jelas bintang Juvana ini lagi, apa yang berlaku bukanlah hukuman namun pengajaran untuk lebih menghargai setiap di depan mata.
“Tiada bazar, tiada tarawih, malah tiada lagi kunjungan ke rumah saudara mara.
“Tiada lagi bazar sebelum berbuka. Tiada lagi terawikh bersama. Tiada lagi kunjung mengunjung rumah sanak saudara. Tiada lagi kemeriahan yang sepatutnya.
“Dulu, Ajakan ke bazar penuh alasan sahaja. Jarang sekali ke masjid berterawikh di bulan puasa. Hanya menghargai pagi raya pertama. Berat kaki untuk mengunjung sanak saudara.
“Meriah yang dinanti sebulan berpuasa kebanyakan pagi raya pertama sahaja.
“Tahun ini, bukan lah satu hukuman, tetapi satu pengajaran untuk kita, untuk sentiasa lebih menghargai yang masih ada, masa , diri kita.
“Tahun 2020 yang dinantikan satu Malaysia, bukan kemajuan di udara, untuk minda kita rupanya,” kongsinya.
Terdahulu, kerajaan memutuskan tidak membenarkan sebarang bentuk bazar atau gerai dilaksanakan sempena Ramadan kali ini sepanjang tempoh penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Ia dibuat bagi mengekang penularan COVID-19 secara menyeluruh.
Foto : Instagram Idzham Ismail