Pelakon dan penyanyi Bella Astillah kini mengambil pendekatan enggan terlalu berkongsi mengenai hal peribadi dan kebahagiaan keluarganya menerusi media sosial.
Bella atau nama sebenar, Dayang Ara Nabellah Awang Astillah, 29, berkata dia berbuat demikian kerana ingin ingin menjaga privasi keluarga dan menghindari keluaranya dari risiko terkena penyakit ain.
“Alhamdulillah, kami (Bella dan Aliff) tak bergaduh ke apa.. Sebenarnya kami sekeluarga banyak spend
masa bersama.“Kalau perasaan kami dah jarang berkongsi kebahagiaan di media sosial. Kalau dulu, ya memang saya selalu share. Lagipun, sekarang ni banyak mata-mata yang suka memerhati dengan perasaan hasad dengki, risau jika keluarga terkena penyakit Ain.
“Tapi bila jarang berkongsi, banyak pula orang DM tanya kenapa.. kita pula dalam dilema, kalau selalu post orang tak suka pula.
“Tapi kalau ada special occasion macam hari lahir suami atau anak-anak, saya akan tetap berkongsi,” katanya sumandak asal kelahiran Sabah ini.
Menurut Bella lagi, suaminya, Aliff Aziz, 32, juga sudah menunjukkan banyak perubahan positif malah sering meminta Bella untuk hadir menemaninya ke set penggambaran sekiranya dia mempunyai kelapangan.
“Aliff pun banyak perubahan yang sangat-sangat bagus. Alhamdulillah semoga berkekalanlah macam itu.
“Dia pun ada ajak pergi bercuti malah dengan anak-anak pun dia sangat rapat.
“Kalau dia dekat set penggambaran, Aliff akan video call, kadang-kadang dia suruh datang set tapi saya pula busy,” katanya lagi.
Pada hujung tahun lalu, Bella mendedahkan dia dan suami menjadi mangsa sihir pemisah rumah tangga yang didakwa dihantar oleh seorang wanita.
Bella menyatakan sihir tersebut dihantar dengan niat untuk melihat rumah tangganya musnah.
Untuk info, Bella dan Aliff berkahwin pada 9 September 2016 dan hasil perkahwinan, pasangan ini dikurniakan sepasang cahaya mata iaitu Mohammad Ayden Adrean, 6, dan Ara Adreanna, 3 tahun.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber Foto: Instagram Bella Astillah