Tular video Instafamous cilik, Fattah Anas sedang dirundung sedih. Aksinya menangis sebak menyentuh hati netizen.
Memainkan lagu Kemarin, nyanyian Seventeen, ayahnya dilihat mengucapkan kata-kata sedih yang membuatkan anak kecil ini menangis sebak.
“I’m so sad because I miss him so much. Mana anak papa? Mana anak papa?” ucapnya.
Namun apa yang membuatkan netizen gelihati apabila Anas dilihat mengambil air mata dan memasukkannya ke dalam mulut.
View this post on InstagramA post shared by KUCINGMEEHUN (@fattahanas_boyyeah) on
Terhibur dengan aksi dua beranak ini, netizen mengatakan aksi Anas cukup unik, tidak pernah dibuat orang.
Video yang dimuatnaik di laman Instagram ini telah ditonton hampir 600,000 kali dan mendapat hampir 4000 komen netizen.
Instagram – Fattah Anas
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Isu Rumah Tangga Siti Saleha : “No Comment. Saya Minta Semua Respek ‘Space’ Saya.”
Pelakon Siti Saleha, 31, menganggap isu rumah tangga yang menimpa dirinya sebagai satu ujian.
Memfailkan perceraian terhadap suami, Ahmad Lutfi Azhar, 35, pada 13 Oktober lalu, Saleha meminta agar semua pihak menghormati ruang peribadinya.
Dalam pada itu, Saleha berjaya memenangi trofi Pelakon TV Wanita Popular di Anugerah Bintang Popular ke-34 (ABP34) pada Sabtu.
Ketika ditanya mengenai sama ada dia sudah tidak tinggal sebumbung dengan suami atau adakah orang ketiga menjadi punca masalah rumah tangga, Saleha enggan memberikan komen.
“No comment. Saya minta semua respek ‘space’ saya. Saya enggan komen apa-apa berkenaan hal peribadi saya, saya minta maaf.
“Apa-apapun, saya nak semua orang tahu yang saya okay sahaja. Ya, perkara ini adalah satu ujian untuk saya tetapi trofi ini menjadi hadiah istimewa tahun ini,” katanya.
Berkongsi mengenai kemenangan yang diraihnya, Saleha bersyukur selain turut berterima kasih kepada kelab peminatnya.
“Sejujurnya, sukar untuk saya kekalkan trofi ini tetapi rezeki berpihak kepada saya. Alhamdulillah. Ini semua hasil kerja keras peminat dan saya sangat menghargai mereka.
“Semenjak awal penglibatan, peminat tak henti menyokong dan itu merupakan tunjang utama kerjaya saya dalam bidang lakonan. Saya sangat bersyukur,” katanya lagi.
Sekadar info, Saleha dan Ahmad Lutfi melangsungkan pernikahan pada 28 Julai 2017 dan mereka belum dikurniakan cahaya mata.
Sumber; Xtra
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Kami Tunjuk Sebab Dia Nak Perhatian,”- Terima Video Lelaki Sedang Onani Ketika IG Live, Nourul Depp Kongsi Realiti Tabiat Lelaki
Penyanyi, Nourul Depp meluahkan rasa kecewa selepas sesi Instagram Live kendaliannya diganggu oleh seorang lelaki tidak bertanggungjawab.
Individu tersebut dilihat membuat panggilan video lalu menunjukkan aksi seolah-olah seperti melakukan onani.
Lantas, Nourul pun berkongsi panggilan video jijik berkenaan di IGTV kendaliannya yang sedang berlangsung ketika itu.
Menurut Nourul, dia ingin menunjukkan kepada seluruh rakyat Malaysia betapa tidak senonohnya kebanyakan perbuatan tersebut.
View this post on InstagramA post shared by N O U R U L (@nouruldepp) on
“Semua rakyat Malaysia tengok orang jahat ni. Kami live dekat IGTV eloklah tunjuk anu sendiri. Tak malu.
“Ni kerja rakyat Malaysia. Tak malu pula tu. Lepas tu dia tak berhenti. Sorrylah terpaksa tunjuk.
“Ni nak tunjuk rakyat Malaysia la ni orang lelaki kita. Kita report buang,” katanya.
Dalam pada itu, Nourul turut mendedahkan kebanyakkan lelaki yang berkelakuan seperti ini adalah dari kalangan remaja lelaki.
“Yang tanya saya Islam ke tak tu tapi hampa pun tak jaga diri. Tunjuk anu dekat orang. Hampa tu Islam ka?
“Itulah penyakit orang kita, bila kita tegur tak boleh terima. Depa ni suka diletakkan kita di bawah tapak kaki depa. Memang ada lelaki macam tu.
“Kami geram sungguh laki kami selalu gelak jaa. Yang paling sedih, kebanyakkan depa anak-anak muda. Kesian kalau mak bapak tahu. Saya ada dua orang anak lelaki harapnya tak macam tu,” katanya lagi.
Menerusi ruangan kapsyen pula, penyanyi lagu Kerana Terluka itu turut mendedahkan nombor telefon lelaki biadap berkenaan.
“Minat maaaf kalau ada part video ni. Mengganggu ketenteraman awam.
“Orang tengah buat live sibuk ada yang call tengah dok me***cap . Kami tunjuk live sebab dia nak perhatian.
“Nombir pelaku tak senonoh tu ialah 0111318****. Boleh sebarkan dan bagitahu mak pak dia. Kurang ajaq,” jelasnya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen mengutuk tindakan lelaki tersebut selain turut mencadangkan supaya Nourul membuat laporan polis.
Sumber: Instagram Nourul Depp
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Semoga Bahagia & Jangan Tunggu Lama-Lama,”- Amboi Kemain Jejai Kasi Dedikasi Buat Pasangan Tunang, Fasha Sandha & Aidil Aziz
Semalam, pelakon, Fasha Sandha telah selamat mengikat tali petunangannya bersama jejaka pilihan, Aidil Aziz.
Perkhabaran gembira tersebut telah menarik perhatian ramai pihak termasuklah bekas suami Fasha, Rizal Ashram Ramli.
Rizal atau lebih mesra dengan panggilan Jejai ada memuat naik sebuah entri di laman Instagram yang didedikasikan khas buat pasangan tersebut.
“Congratulations to the both of you that just got engaged today. May this new chapter brings you all the joy and happiness and ultimately ke jinjang pelamin InsyaAllah. Jangan tunggu lama lama. @fashasandha @itsaidilaziz,” tulisnya.
Tambah Jejai, dia mendoakan supaya pasangan tersebut dikurniakan kebahagiaan dan berkekalan hingga ke jinjang pelamin.
Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji tindakan Jejai yang sentiasa menjaga hubungan baik bersama bekas isterinya itu walaupun sudah bercerai.
Terdahulu, Jejai sebelum ini pernah mendirikan rumah tangga bersama Jejai pada 2012 sebelum bercerai pada 2010. Hasil perkahwinan tersebut mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putra Rayfal, 5 tahun dan Putri Raysha Jemyma, 4 tahun.
Foto: Instagram Rizal Ramli
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI