“Saya nak kongsikan kepada anda semua mengenai keputusan pembedahan kecil di bahagian perut saya baru-baru ini. Doktor kata, saya bebas kanser rahim. Alhamdulillah.
“Ini semua dengan izin, kasih sayang dan rahmat-Nya. Ia juga berkat doa daripada keluarga, kawan-kawan dan anda semua yang sayangkan saya,” tulisnya.
Khabar gembira itu dikongsikan sendiri oleh pelakon drama Aku Yang Kau Sakiti itu menerusi sebuah hantaran video di Instagram.
Pada masa sama, Jasmin turut memaklumkan benjolan di bahagian kiri dan kanan rahimnya juga telah menunjukkan perubahan postif.
Ads
Bagaimana, dia tetap harus menjalani pemeriksaan agar benjolan tersebut tidak kembali membesar.
“Kata doktor lagi, cyst saya di sebelah kiri juga sudah hilang manakalan sebelah kanan pula sudah semakin mengecil. Jadi, mungkin saya tak perlu buang cyst saya dan hanya perlu menjalani pemeriksaan ulangan.
“Doktor juga kata kesihatan saya sudah semakin pulih. Semoga segala doa yang baik-baik akan kembali semula kepad anda. Saya ingin berterima kasih banyak-banyak.
“Saya tak tahu nak cakap macam mana. Saya sangat gembira kerana saya sudah bebas daripada kanser,” ujarnya lagi.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut tumpang gembira selain turut mendoakan kesihatan Jasmin akan sentiasa berasa dalam keadaan baik.
“Alhamdulillah. Semoga terus sihat selalu.
“Semoga dipermudahkan urusan dan diberikan kesihatan yang baik.
“Alhamdulillah. Semoga Jasmin terus sihat, ceria dan bahagia sentiasa disamping orang-orang tersayang.
Ads
“Syukur. Sentiasa jaga kesihatan. Jangan stres-stres walau apapun yang berlaku,” antara komen-komen netizen.
September lalu, Jasmin mendedahkan dia terpaksa menjalani pembedahan kecil pada ulang tahun kelahirannya.
Kata Jasmin, dia terguris dengan komen negatif netizen yang mengutuk perubahan fizikalnya tanpa mengetahui masalah kesihatan sedang dihadapinya.
Jelasnya, perubahan itu disebabkan masalah cyst dan hormon tidak teratur sehingga dia mengalami pendarahan pada rahim.
Tahun lalu, Jasmin mengalami serangan jantung dan ditempatkan di Unit Rawatan Koronari (CCU) namun tahap kesihatannya beransur pulih selepas mendapat rawatan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Instagram Jasmin Hamid
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bintang media sosial yang terkenal, Ayana Jihye Moon merupakan seorang gadis Korea mualaf yang telah memeluk agama islam sekali gus mencuri perhatian ramai.
Baru-baru ini, Ayana telah memaklumkan adik lelakinya juga telah memeluk agama Islam beberapa bulan lalu.
Berita gembira tersebut dikongsi Ayana menerusi satu komen yang dibalas di ruangan komen Instagram miliknya.
“@norjenabuka_ Dia sudah masuk Islam😅 sudah 3-4bulan. Alhamdulillah.”tulisnya.
Di samping itu, Ayana juga turut berkongsi insan bergelar Imam yang telah banyak membantu dia dan adiknya ketika mahu memeluk agama Islam.
“Meeting session with Imam of Seoul Central Masjid @abdrahmanlee . It’s always glad to meet him. He always shares many good ideas. Hopefully we can manage some Dakwah programs in Korea. InsyaAllah.
“And he is the person who guided my syahadah as an Imam and also as a witness. To my brother as well.
“His endless hard work for Korean muslims and muslims in Korea encourges me a lot. Always. Jazakallahu khairan. Allahu Akbar 바쁘신 와중에도 귀한 시간 내주셔서 감사합니다, 이맘님 #muslim,” tulisnya.
Mengejutkan apabila artis berstatus suami orang dan pasangannya, yang juga seorang pelakon wanita dicekup berkhalwat selepas didakwa bersekedudukan di sebuah kondominium mewah di Kuala Lumpur, hari ini.
Sumber Harian Metro seperti yang dipetik berkata, tangkapan berkenaan dibuat Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) berdasarkan maklumat orang awam.
Dakwa sumber terbabit, pasangan selebriti yang kini sedang sibuk menjalani penggambaran sebuah drama itu ditahan di kediaman milik pelakon wanita berkenaan.
“Ketika pegawai penguatkuasa tiba di kondo berkenaan, mereka disyaki berkhalwat.
“Difahamkan pelakon lelaki itu sudah beberapa kali dilihat memasuki rumah pelakon wanita itu,” katanya.
Untuk rekod, selebriti lelaki ini pernah bercerai dengan isterinya namun rujuk semula.
Sebelumnya, dia yang juga juara program realiti sudah beberapa kali terpalit kontroversi apabila didakwa curang.
Sementara pelakon wanita yang juga adik kepada seorang Selebriti itu juga pernah dikaitkan menjalin hubungan dengan beberapa Artis.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!