Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
Ads
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
Ads
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Usahawan kosmetik yang kini bergelar penyanyi, Datuk Seri Aliff Syukri telah mengadakan sebuah majlis untuk meraikan hari lahir tiga orang anaknya iaitu Qadejah, Ibrahim dan Qayyum.
Dalam pada itu, majlis tersebut turut dibuat untuk menyambut kepulangan isterinya, Datin Seri Shahida dari tanah suci, Mekah.
Majlis yang bertemakan Madagaskar itu telah berlansung secara meriah di kediamannya pada Ahad.
Ini sekitar majlis hari lahir Qadeja, Ibrahim dan Qayyum yang sangat happening. Siap ada ular, kambing dan arnab pula tu.
“Impian untuk saya mengadakan majlis macam ni telah saya rancang 5 tahun lepas sebelum saya buat rumah ni. Jimat tak payah bayar hotel atau dewan untuk buat majlis. Ini adalah gambar yang saya ambil sebelum majlis bermula. Nasib baik taman luas boleh masukan 500 orang serentak dalam taman berkonsepkan animal konsep. Jadi saya bawa ular, kambing dan arnab.
“Saya ni jarang sambut hari jadi anak. Biasa sambut dekat rumah je dengan family. Last sekali buat tiga tahun lepas. Tahun ni saya buat tiga orang Qadeeja, Ibrahim dan Qayyum. Maklumlah dekat-dekat boleh buat sekali jalan,” tulisnya.
Tambah Aliff lagi, dia jarang menyambut hari lahir anaknya itu dan kali terakhir ia disambut pada tiga tahun lepas.
Wah, meriah betul sambutan hari lahir anak-anak Aliff ni ye! Memiliki rumah besar dan taman yang cantik, memang seronok untuk adakan majlis.
Happy birthday Qadejah, Ibrahim dan Qayyum.
Foto: Instagram Datuk Seri Aliff Syukri
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Apa sahaja yang dikongsikan oleh selebriti terkenal, Neelofa mengenai anak sulungnya, Muhammad Bilal pasti menarik perhatian warganet.
Terbaru pada Ahad, ahli perniagaan berjaya itu berkongsi perkembangan anak pertamanya yang sudah mulai belajar meniarap.
Perkongsian tersebut dikongsikan Neelofa menerusi Insta Stories.
Sambil berkongsi ragam anak hasil perkongsian hidup bersama suami, Haris Ismail atau PU Riz itu, bekas hos MeleTOP ini turut merakamkan figura Bilal yang ‘semangat’ buat tatapan peminat.
“Bilal nak pandai meniarap dah ni. Orang puasa pun boleh lapar tengok tangan paha Bilal ni,” tulisnya.
Manakala di dalam foto Bilal yang seterusnya, Neelofa turut mengambil single pertama suami, Zikir, Selawat & Pesanan Untuk Bilal sebagai latar muzik.
Terdahulu media melaporkan, lirik lagu berkenaan dihasilkan bersama komposer dan penyanyi, Fahimi Rahmat yang didedikasikan buat Bilal.
Ia dirakam dan dihasilkan sebelum Ramadan dan mengambil masa 10 hari untuk disiapkan termasuk penggambaran video muzik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
KahwinFest 2025 anjuran QALAM Management kembali menemui pengunjung selama tiga hari, bermula 25 hingga 27 April ini di Wangsa Walk Mall, Kuala Lumpur bermula...