Pelakon Jasmine Suraya memilih untuk terus fokus kepada hal yang lebih penting dalam hidup berbanding terlalu memikirkan mengenai kisah hangat melibat dirinya di media sosial.
Jasmine Suraya Chin, 33, bagaimanapun mengakui ada ketika komen yang dilontarkan segelintir netizen agak keterlaluan.
“Bagi saya ia sesuatu yang tidak boleh disekat apabila ia melibatkan media sosial. Akan tetapi saya tidak nafikan ada ketika rasa kurang selesa bila sesetengah perkara yang saya lakukan itu menerima kritikan.
“Malah kritikan yang diberikan itu dahsyat kadang-kadang. Seolah-olah ia menjurus kepada serangan peribadi. Misalnya orang mengkritik mengenai pemakaian atau mempertikaikan soal agama serta budaya. Niat kita mungkin berbeza, akan tetapi orang salah erti, begitulah.
“Akan tetapi saya rasa ramai yang terbuka mengenainya cuma saya tidak mahu mengulas panjang kerana ia hal yang sensitif. Sebab itulah saya memilih untuk tidak berkongsi terlalu banyak,” katanya kepada MH.
Jasmine berkata demikian ketika ditemui di Festival Filem Malaysia ke-32 (FFM32) yang berlangsung di Encore, Melaka, pada Jumaat.
Dalam pada itu, Jasmine yang sebelum ini mencuri tumpuan susulan keberadaannya di majlis ilmu anjuran Neelofa menjelaskan dia juga ada mengikuti kelas tahfiz.
Ads
“Ketika saya menghadiri majlis anjuran sebelum ini, saya pakai pelitup muka kerana kalau boleh tak mahu ada yang kenal, duduk pun belakang. Cuma saya hadir untuk sekadar mendengar.
“Saya juga ada menghadiri kelas tahfiz dan bagi saya ia suatu perjalanan yang indah jujurnya. Saya belajar secara berperingkat. Saya rasa, saya menyukainya kerana ia jadi pegangan hidup.
“Perubahan di dalam industri seni berubah dalam masa yang sangat cepat. Satu hari kita berada di atas dan sebaliknya. Jadi untuk memiliki sesuatu yang saya tidak ada dalam hidup (agama), bagi saya, rasa selamat dan stabil. Seperti ada arah.
Ads
“Untuk memiliki mereka yang tidak menghakimi, macam kawan-kawan yang mengajar saya, rasanya selamat. Cuma kalau boleh tak mahu ulas tentang perkara sebab ia peribadi. Kalau boleh tak nak orang asyik bertanya itu ini.
“Biarlah perlahan-lahan belajar. Saya sayangkan sesebuah agama itu, saya tak mahu prosesnya berlaku dalam keadaan yang tertekan. Apa pun bersyukur kerana saya juga ada ikuti sesi bersama Neelofa secara ‘zoom meeting’. Ramai terbuka menerima, berbanding mereka yang mempersoalkan.
“Cuma pada awalnya saya rasa malu kerana sangka ramai akan menghakimi, tetapi sebaliknya yang berlaku,” katanya yang turut tumpang gembira atas kemenangan karyawan yang bertanding di FFM kali ini.
Terdahulu, Jasmine pernah tersenarai sebagai calon akhir bagi kategori Pelakon Wanita Harapan di FFM30 menerusi persembahannya di dalam filem PASKAL The Movie.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak habis lagi soal stroller RM12k, status Jihan Muse di Instagram menjadi perbualan gara-gara membincangkan soal gajah dan pelanduk.
Kenyataan mengenai pelanduk yang tersepit di tengah-tengah gajah dibayangkan netizen seolah-olah menjurus kepada kisah stroller jenama Jeremy Scott miliknya yang menjadi bualan hangat ketika ini.
“Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah.
“Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk. Penyek. Lumat,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut meninggalkan komen di ruangan komen status.
“Apa benda yang stroller? Aku cite pasal gajah. Peribahasa tu mestilah menjurus kepada situasi yang tepat.
“Tiba2 stroller apo? Tu peribahasa lain mukasurat lain lah kot. Ni gajah ulos. Sapa taktau tunggu. Jgn assume no no no. Nantilah filem terbaru,” komen Jihan.
Netizen bagaimanapun terus memberikan reaksi dan menyatakan status ‘makan dalam’ ini sememangnya punya maksud tersendiri yang cuba disampaikan.
Foto : Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan penyanyi, Hetty Sarlene berkongsi fotonya mendapatkan rawatan di sebuah pusat perubatan di laman Instagramnya, awal malam tadi.
Menerusi sekeping foto yang menyaksikan dirinya terlantar di katil pesakit, Hetty yang juga merupakan peserta Gegar Vaganza musim ke-5 (GV5) turut menulis kapsyen berkaitan dengan realiti penggiat seni.
“Kadang-kadang orang tak faham situasi kita Yang sebenarnye. Malah ade Yang lontarkan kata-kata kesat pada Hetty.
“Negative vibes. It’s okay, Hetty dah maaf kan pun. Sakit itu penghapus dosa kita. Semoga allah swt melindungi kita semuanye.
“Sekali Lagi saya memohon maaf. Yang baik datang nya dari allah, dan Yang buruk datang dari Yang selainnye.. doakan semuanye berjalan dengan lancar ahad Ini.
“Amin yarabal alamin. Gambar Yang di ambik oleh manager saya Semasa saya Tak sihat. Thank you Kak @syurganur770 kerana memahami,” tulisnya.
Susulan itu, ramai yang meninggalkan komen mendoakan agar kesihatan penyanyi Rindu Aku Rindu cepat sembuh.
Terdahulu, konsert kelima GV5 hujung minggu lalu menyaksikan Hetty berada di tangga kedua bawah selepas Zamani dengan markah 51.5%.
Menerusi saingan pada minggu kelima itu, penyanyi asal Singapura berkenaan mengalunkan lagu Mawar Putih Untuk Mama, nyanyian asal Allahyarham Datuk Sharifah Aini.
Foto/Instagram: Hetty Sarlene
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon, Fasha Sandha meluahkan rasa bangga dengan kejayaan adiknya, Elisya Sandha yang baru sahaja memiliki kereta baru jenama antarabangsa, Volkswagen.
Di samping itu, ibu kepada tiga orang cahaya mata ini ada menitipkan kata nasihat kepada Elisya untuk terus menjadi seorang pelakon yang berdisiplin.
“Teman baby sister for her new car. Congratulations proud of you. Teruskan berjuang dan jagalah disiplin. Pasti sukses sampai bila2 @elisyasandhaofficial #iburayfalrayshaaisha,” tulisnya.
Dalam pada itu, Elisya atau nama sebenarnya Nur Elisya Mohd Faisal menitipkan ucapan terima kasih kepada Fasha yang telah banyak memberi tunjuk ajar kepada dirinya untuk hidup berdikari.
“Alhamdulillah, you taught me how to be independent. Thank you,” tulisnya.
Sekadar informasi, Elisya, 21 telah mula melibatkan diri dalam dunia lakonan sekitar tahun 2014.
Foto: Instagram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Sudah saling rapat sejak lebih dua dekad lalu, aktres Fasha Sandha akui teruja apabila berkesempatan untuk menghadiri majlis berkahwinan sahabatnya yang juga bintang Seberang, Luna Maya du Ubud, Bali, Indonesia.