Tanggal 21 Ogos 2021 bakal menjadi tarikh keramat buat aktor popular, Remy Ishak selepas dia mengumumkan bakal menamatkan zaman bujangnya bersama gadis pilihan hati yang juga merupakan usahawan, Ezza Yusof.
Menurut Remy atau nama sebenarnya, Mohammad Zalimei Ishak, sepanjang lapan tahun tempoh perkenalan mereka, pelbagai momen suka duka telah mereka lalui dan kini mereka sudah pun bersedia untuk melangkah ke alam perkahwinan.
“Seperti semua sedia maklum, saya akan melangsungkan majlis pernikahan dengan gadis pilihan saya Ezza Yusof. Hubungan kami berjalan selama lapan tahun dan ia merupakan satu jangka masa yang panjang. Liku-liku yang harus kami tempuhi sebagai kawan, kemudian diteruskan ke fasa pertunangan dan hubungan kami pun pernah putus.
“Alhamdulillah, seperti orang tua-tua berkata, kalau dah jodoh memang tak ke mana. Memasuki tahun ke-8 ini saya memutuskan untuk meneruskan kehidupan saya bersama dia. Selepas apa yang kami tempuhi bersama, saya sifatkan ‘she’s the one’,” katanya kepada MH.
Pelakon filem, Sangkar itu berkata sedemikian ketika di temui di Majlis Sidang Media Bersama Remy Ishak yang berlangsung pada Jumaat.
Ads
Ketika ditanya apakah yang membuatkan dirinya berasa yakin untuk meneruskan perhubungan seterusnya untuk melangsungkan perkahwinan, ini respon yang diberikan oleh Remy;
“Memang benar lapan tahun tempoh perkenalan kami. Saya selalu berkata kepada diri saya yang saya memerlukan seseorang yang memahami dan mengenali saya bukan hanya sebagai Remy Ishak sahaja tetapi juga sebagai Mohammad Zalimei bin Ishak.
“Agak bahaya sebenarnya bila menjadi seorang public figure ni dan saya hanya memilih pasangan yang hanya mengenali saya sebagai Remy Ishak. Jadi kalau boleh saya ingin pasangan saya kenali saya luar dan dalam.
“Sepanjang saya berkenalan dengan Ezza itu, pahit manis perhubungan itu memang selalu berlaku. Pada tiga tahun yang pertama pun memang susah untuk mengenali Remy Ishak. Ada cemburunya maklumlah saya ni seorang pelakon. Jatuh bangun saya juga dia sentiasa ada.
Ads
“Saya tak nafi, sewaktu saya memutuskan pertunangan, memang ada berkenalan dengan beberapa orang tapi tidak berpanjangan. Bukan nak kata saya tak boleh nak melupakan Ezza tetapi dia selalu ada untuk saya dan hanya dia yang faham saya,” jelasnya lagi.
Dalam pada itu, Remy turut mendedahkan dia dan pasangan sebenarnya sudah lebih tiga kali menanggunhkan tarikh pernikahan mereka itu disebabkan oleh pandemik Covid-19
“Kami sebenarnya dah merancang untuk berkahwin pada tahun 2020 lagi tapi disebabkan masalah pandemik segalanya terpaksa ditangguhkan. Jadi kami memutuskan untuk mengadakannya pada tahun 2021.
Ads
“Pada awalnya kami merancang untuk berkahwin pada bulan April lalu pada hari jadi saya tapi Covid-19 masih belum reda. Kami rancang pula pada bulan Syawal, pun tak boleh juga. Kami mahu meraikan bulan Syawal itu sebagai hari kemenangan kami. Tapi mungkin belum izin Allah lagi.
“Saya pun tak mahu buat si dia menunggu lagi, jadi saya putuskan untuk bernikah selepas masjid di buka. Dia tidak desak saya tapi berfikir mengenai soal tanggungjawab,” akhirinya.
Terdahulu, Remy dan Ezza bakal melangsungkan majlis pernikahan mereka pada Sabtu ini di sebuah masjid di Kuala Lumpur.
Bagi mematuhi prosedur yang telah ditetapkan, majlis pernikahan tersebut difahamkan hanya akan melibatkan kedua mempelai ini dan wakil dari pejabat agama.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Penyanyi Tom menjadi peserta keempat yang diumumkan tersingkir dalam saingan minggu ketujuh program Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9), malam tadi.
Tom menyampaikan lagu Akhirnya Kini Pasti yang dipopularkan oleh Anita Sarawak meraih markah paling rendah iaitu 55.20 peratus.
Sementara itu, Bob Yusof mencipta kejutan selepas menduduki tempat pertama dalam saingan, dengan markah sebanyak 85.60 peratus.
Shila Amzah dan Tomok masing-masing berada pada kedudukan ketiga dan keempat dengan markah 84.10 peratus dan 81.50 peratus.
Berikut ialah senarai penuh markah kesemua peserta;
Bertemakan merentas Masa Kencang Selamanya, kesemua peserta diadili juri tetapnya, Datuk Ramli MS, Hetty Koes Endang dan Datin Marlia Musa (menggantikan Datuk Syafinaz Selamat), minggu ini.
Anugerah Juara Next Level Digi dimenangi oleh Bob Yusof, membawa pulang wang tunai RM1,000.
Bob turut memenangi anugerah Bintang Memukau Adabi dan membawa pulang wang tunai RM1,000 dan barangan Adabi bernilai RM500.
Manakala Tomok pula menerima Anugerah Bintang Cuckoo Paling Gempak, membawa pulang sebuah periuk serba guna bertekanan tinggi Cuckoo CH10 bernilai RM2,700.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Ramai teruja menantikan keputusan rasmi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) sehingga ada yang membuat teka-teki mengenai pihak manakah yang bakal membentuk kerajaan baharu.
Usahawan kosmetik, Datuk Seri Vida misalnya turut bertanya sama ada kemungkinan wujudnya majoriti mudah di antara Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH).
Penyanyi lagu I Am Me itu menerusi Instagram juga turut bertanya mengenai perkembangan Barisan Nasional (BN) setakat ini.
Sekali lagi mencipta kejayaan tersendiri, bekas ratu skuasy negara, Datuk Nicol David berjaya meraih Anugerah Atlet Terunggul Sepanjang Zaman Sukan Dunia selepas mendapat undian sebanyak 318,943.
Pemegang takhta pemain nombor satu dunia selama sembilan tahun itu berjaya mengetepikan James Kehoe iaitu legenda tarik tali Ireland yang mendapat sebanyak 113,120 undian.
Memetik Harian Metro, jaguh powetlifting Ukraine, Larysa Soloviova pula berada di kedudukan ketiga selepas meraih 80,790 undian.
Bekas atlet kelahiran Pulau Pinang berusia 37 tahun itu bersaing dalam undian dalam talian dengan 23 calon lain mewakili sukan masing-masing dalam sejarah 40 tahun temasya sukan itu (1981 hingga 2017).
Difahamkan, undian mulai dibuka sejak 8 Januari lalu namun bermula 20 Januari, hanya 10 atlet dengan undian tertinggi terus bersaing bagi anugerah berkenaan.
Pada edisi 2019, anugerah itu dimenangi pemain hoki dari India, Ritu Pani.
Anugerah itu dianjurkan Persatuan Sukan Dunia Antarabangsa (IWGA) sebagai sambutan ulang tahun ke-40 sukan dunia.
Penganjuran anugerah itu bertujuan memilih atlet terbaik sepanjang zaman yang pernah beraksi dalam mana-mana edisi sukan dunia yang diadakan buat pertama kalinya di Santa Clara, Amerika Syarikat pada 1981.
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tahniah diucapkan kepada pelakon dan penyanyi, Erissa Puteri Hashim, 22, yang selamat bergelar isteri kepada pasangannya, Muhamad Daniel Iskandar Zaidi selepas diijabkabulkan jam 11...