Selebriti dan usahawan, Ifa Raziah dilaporkan sudah sedar dan kini berada dalam pemantauan doktor di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur, selepas pengsan di Starvendors Mega Raya Fest 2025, lewat malam tadi.

Menurut suaminya, yang juga pengurus Ifa iaitu Mohd Yani Abdul Rahman, kejadian dipercayai berpunca daripada keletihan melampau sehingga menyebabkan tekanan darahnya meningkat.

“Doktor maklumkan tekanan darahnya tinggi, bacaan mencecah 170.

“Sebelum insiden itu, Ifa yang sepatutnya ditemu bual pihak media turut alami muntah. Dia kemudiannya pengsan dan tidak sedarkan diri.

“Ifa kini berada di wad bagi tujuan pemantauan lanjut. Buat masa ini, kami akan ikut nasihat doktor dan fokus pada pemulihannya dahulu,” katanya.

Ads

Ramai Doa Kesembuhan

Dalam pada itu, Mohd Yani turut menzahirkan rasa terima kasih kepada semua pihak yang mendoakan kesihatan isterinya.

“Terima kasih kepada semua yang prihatin, memberikan kata semangat dan doa kesembuhan buat Ifa.

“Semoga yang baik-baik juga akan berbalik kepada anda, insya-Allah,” katanya lagi.

Ads

Sebelum kejadian, Ifa yang juga Pengasas & Pengarah Urusan Starvendors dikatakan terlalu sibuk mengendalikan festival tersebut sepanjang hari tanpa rehat yang mencukupi.

Jatuh Pengsan, Suami Maklum Ifa Raziah Kini Stabil & Bawah Pemantauan Doktor Jatuh Pengsan, Suami Maklum Ifa Raziah Kini Stabil & Bawah Pemantauan Doktor

Starvendors Mega Raya Fest 2025 telah dirasmikan oleh Menteri Komunikasi, Datuk Fahmi Fadzil, pada Sabtu.

Ads

Festival yang berlangsung di KL Base Exhibition Center, Sungai Besi itu berjalan selama 80 jam tanpa henti, bermula Khamis lalu dan dijangka berakhir pada Isnin.

Selain Fahmi, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Datuk Azmir Saifuddin Mutalib turut hadir pada acara perasmian tersebut.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI