Baru sahaja selesai konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour, penghibur nan satu ini dilihat kian aktif dengan aktiviti berbasikal.
Sesekali mahu lari daripada kesibukan sebagai anak seni, bintang hebat ini menyifatkan setiap kayuhan menerusi aktiviti berbasikalnya dapat ‘memisahkan’ dirinya dari dunia glamor walau seketika.
“Bila berbasikal, saya rasa seperti orang biasa. Dapat menikmati keindahan alam dan rasa bebas.
“Inilah aktiviti yang saya buat dulu masa remaja, berbasikal pergi sekolah atau pun ke pasar, memori itu datang,” jelasnya kepada MH.
Pada masa sama, Siti mengakui gemar berbasikal di Putrajaya kerana trek yang bagus selain keindahan semula jadi di Hulu Langat.
Turut sama di dalam sesi tersebut ialah suami, Datuk Seri Khalid Jiwa selain beberapa teman rapat.
Ads
Pada masa sama, penyanyi Anta Permana ini turut berkongsi turut kejadian lucu saat tersesat dan jatuh basikal.
“Paling jauh saya pernah kayuh basikal adalah sejauh 30 kilometer. Banyak juga kejadian lucu berlaku lebih-lebih lagi apabila saya tidak biasa dengan lock kasut di basikal dan sesat jalan.
“Saya memang jarang memandu jadi memang saya tak arif sangat jalan. Jadi bila mengayuh terlalu laju, tapi teman di belakang masuk simpang, jadi saya tersesat. Kelakar juga sebab tersesat di Kuala Lumpur.
“Saya ada kongsi kejadian di Instagram di mana saya jatuh tergolek untuk mengelak lori yang masuk simpang.
Ads
“Saya tak biasa dengan clip on di pedal, jadi bila berhenti, saya tak buka clip, jadi terjatuh,” jelas Siti yang turut mengalami lebam akibat insiden berkenaan.
Terdahulu, Siti ditemui pada majlis sidang media Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 24 April hingga 28 April 2019.
“Disebabkan konsert di Royal Albert Hall ditunda, jadi kebetulan tawaran ini datang.
Ads
“Ceritanya, pengurus saya merupakan jemaah Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh. Jadi, proses untuk saya terlibat sama menjadi lebih mudah.
“Untuk malam amal ini, saya akan menyanyikan tujuh buah lagu berbentuk kerohanian, insyaAllah,” kongsi Siti.
Menurut pengarah program, UstazMohd Hafizullah Mohd Tahir, pemilihan Siti Nurhaliza adalah atas faktor pengaruh yang dimiliki.
“Siti bukan sahaja diminati oleh segenap lapisan masyarakat, malah ustaz dan ustazah pun ramai yang meminatinya,” katanya ketika ditemui.
Objektif program ini bertujuan mencari dana untuk mengimarahkan program masjid pada bulan Ramadan.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Segalanya dipertontonkan di media sosial, dari soal sukar mendapat zuriat, bagaimana ‘kuah banjir’, anak menangis sehinggalah situasi berpantang bersama isteri kini.
Kata Dr Say Shazril, media sosial adalah medan untuknya berkongsi perjalanan turun naik dalam hidup.
Malah jelas doktor sasa ini, segala yang dimuatkan untuk bacaan adalah sekadar berkongsi pengalaman bersama netizen yang turut sama melalui fasa yang sama.
“Media sosial adalah diri saya. Apa yang dikongsi adalah perjalanan turun naik hidup dan tiada kepura-puraan di situ.
“Bila ada masalah, saya akan berkongsi kerana selalunya respon netizen akan membantu dan kami sama-sama berbincang mengenainya,” tuturnya.
Tegasnya lagi, tiada istilah ‘meroyan’ kerana ia hanya sekadar luahan.
“Meroyan? Bila dua bulan tidak bekerja, saya merasakan kesusahan yang para ibu rasa. Tekanan yang menyebabkan berlakunya ‘kekoyakan’. Namun memang tidak disangka, bila meluahkan, saya ingatkan akan terima respon negatif, namun situasi ini membuka mata kerana ramai yang mengalami situasi yang sama.
“Kelakian saya tercabar apabila dua bulan terpaksa duduk di rumah menjaga anak dan isteri. Cukup sukar kerana perlu melalui rutin sama yang berulang-ulang. Dan selepas genap dua bulan berpantang, kami putuskan untuk menghantar anak ke taska.
“Dan disebabkan itu, ada pula mulut-mulut yang berkata, macam mana tergamak menghantar anak yang baru berusia dua bulan ke taska. Mereka kecam kerana sebelum ini saya pernah mengeluh kerana sukar mendapatkan anak,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Bugaboo Ant di The Gardens Kuala Lumpur.
Dalam pada itu, lelaki berusia 30 tahun ini juga mengakui sering menerima tawaran membintangi drama televisyen, namun, dia tidak mahu berlaku salah faham dalam rumah tangga sementelah statusnya sebagai suami, ada batas yang harus dipatuhi.
“Memang sebelum ini ada tawaran yang datang, namun isteri agak berat hati untuk saya masuk industri hiburan, takut lupa diri katanya. Saya hormat keputusan isteri,” katanya sambil ketawa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Erin Malek, seorang selebriti Malaysia yang terkenal dengan bakat lakonan dan kecantikannya, sering menjadi inspirasi ramai wanita dalam menjaga kecantikan kulit.
Kini lebih menumpukan perhatian kepada keluarga dan jarang kelihatan di kaca televisyen. Namun, Erin Malek masih aktif dilaman sosial miliknya.
Erin Malek Dedah ‘Rahsia’ Kulit Cantik Mulus
Jika diintai di laman instagramnya, dia sering menghabiskan masa bersama keluarga dengan bercuti ke luar negara.Nampak begitu bahagia sekali mereka menghabiskan masa bersama. Pelakon yang mempunyai wajah cantik ini tetap kelihatan seperti gadis remaja walaupun telah punya sepasang anak, lelaki dan perempuan.
Apa Rahsia Erin Malek Makin Jelita, Tak Nampak Macam Ibu Anak Tiga ?
Walaupun dalam mood bercuti, penampilan Erin atau nama sebenarnya Nur Arina Abdul Malek tetap cantik dan menawan. Apa rahsianya yang kini semakin jelita sejak berhijab.
Walaupun dia tidak begitu aktif dalam bidang lakonan, tetapi perkembangan dirinya tetap menjadi perhatian netizen. Malah setiap aktiviti banyak dimuat turut dalam laman sosialnya itu.
Berbicara soal kecantikan, ibu muda yang mempunyai susuk tubuh yang cantik dan kecil molek ini sudah pastinya menjadi idaman setiap wanita di luar sana. Erin Malek, selesa berkongsi rahsia bersama peminat.
Sudah namanya wanita, Erin tidak lari daripada regim kecantikan alami. Intip petua dan rahsia cantik Erin Malek.
1. Bagaimana Erin Kecantikan Kulit Seharian?
Setiap kali bangun pagi, Erin akan mencuci muka. Sama juga rutinnya sebelum tidur malam. Memang menjadi amalan yang tak pernah ditinggalkan!
2. Petua Kulit Kekal Sihat?
Erin amalkan minum air putih yang banyak. Kalau boleh, dua liter sehari.
3. Tip Kecantikan Yang Jadi Amalan Erin?
Pilih penjagaan kulit yang sesuai dengan kulit wajah dan Erin akan menjaga dari segi pemakanan. Selalunya Erin akan kurangkan memilih makanan yang berminyak dan manis dalam menu sehari-harian, senaman jangan pula dilupakan!
4. Produk Kecantikan WAJIB Ada?
Pencuci muka, bedak padat dan pelembap bibir, Erin jarang pakai gincu untuk mengelakkan bibir menjadi rosak.
5. Amalan Tradisional Yang Diwarisi Erin, Kekalkan Keremajaan Kulit?
Gunakan beras untuk dijadikan masker muka. Itu antara amalan turun temurun keluarga Erin.
6. Adakah Erin Mengambil Sebarang Suplemen Untuk Tujuan Kecantikan?
Buat masa ini, Erin memang tidak ambil sebarang suplemen. Tetapi, Erin tetap mengamalkan makan buah-buahan dan minum jus terutamanya buah limau setiap hari. Paling kurang satu hari Erin akan minum jus limau satu kotak besar sehari. Alhamdulillah, setakat ini ia memang membantu Erin untuk kekalkan kesihatan kulit.
7. Berapa Kerap Erin Kunjungi Spa & Pusat Rawatann Kecantikan?
Erin jarang mengunjungi pusat-pusat kecantikan, mungkin setahun hanya dua atau tiga kali sahaja melakukan rawatan di sana.
8. Adakah Senaman Penting Bagi Erin?
Erin memang mengikuti kelas ‘kickboxing’ dua kali seminggu bagi memastikan tubuh badan kekal cergas dan aktif.
9. Rahsia Petua Kulit Wajah Putih Gebu Erin?
Campurkan lima sudu besar susu kambing dan campurkan sebiji putih telur kampung kemudian pupurkan pada wajah hingga kering.
Selamat mencuba!
Sekadar info, artikel ini merupakan artikel olahan semula dari Hijabista!
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
‘Kalau dah jodoh, tak kemana’, ia mungkin jadi pepatah yang sesuai buat pasangan guru dan bekas muridnya yang menjalin rasa cinta, hingga membawa mereka ke jinjang pelamin.
Bahtera perkahwinan yang sudah diikat selama dua minggu itu, menjadikan Muhammad Hazim Shahidan, 21 dan Siti Aishah Pakechik, bekas gurunya di sebuah sekolah di Bukit Mertajam, Pulau Pinang menjalinkan hubungan sebagai suami isteri yang sangat romantis dan bahagia.
Kedua-dua pasangan ini selamat disatukan sebagai suami isteri di kediaman pengantin perempuan di Bukit Mertajam, pada 11 Ogos lalu.
Selebriti sensasi, Nikita Mirzani, tetap bersuara meskipun kini sedang berada dalam tahanan di Polda Metro Jaya.Bersempena ulang tahunnya yang ke-39 pada 17 Mac, satu...