“Jatuh Tergolek Elak Lori Masuk Simpang,” – DS Siti Nurhaliza Kongsi Kisah Lucu Aktiviti Berbasikal

Share

Baru sahaja selesai konsert jelajah Datuk Seri Siti Nurhaliza On Tour, penghibur nan satu ini dilihat kian aktif dengan aktiviti berbasikal.

Sesekali mahu lari daripada kesibukan sebagai anak seni, bintang hebat ini menyifatkan setiap kayuhan menerusi aktiviti berbasikalnya dapat ‘memisahkan’ dirinya dari dunia glamor walau seketika. 

Bila berbasikal, saya rasa seperti orang biasa. Dapat menikmati keindahan alam dan rasa bebas.

“Inilah aktiviti yang saya buat dulu masa remaja, berbasikal pergi sekolah atau pun ke pasar, memori itu datang

,” jelasnya kepada MH.

Pada masa sama, Siti mengakui gemar berbasikal di Putrajaya kerana trek yang bagus selain keindahan semula jadi di Hulu Langat. 

Turut sama di dalam sesi tersebut ialah suami, Datuk Seri Khalid Jiwa selain beberapa teman rapat. 

Pada masa sama, penyanyi Anta Permana ini turut berkongsi turut kejadian lucu saat tersesat dan jatuh basikal.

Paling jauh saya pernah kayuh basikal adalah sejauh 30 kilometer. Banyak juga kejadian lucu berlaku lebih-lebih lagi apabila saya tidak biasa dengan lock kasut di basikal dan sesat jalan. 

“Saya memang jarang memandu jadi memang saya tak arif sangat jalan. Jadi bila mengayuh terlalu laju, tapi teman di belakang masuk simpang, jadi saya tersesat. Kelakar juga sebab tersesat di Kuala Lumpur.

“Saya ada kongsi kejadian di Instagram di mana saya jatuh tergolek untuk mengelak lori yang masuk simpang.

“Saya tak biasa dengan clip on di pedal, jadi bila berhenti, saya tak buka clip, jadi terjatuh,” jelas Siti yang turut mengalami lebam akibat insiden berkenaan.

Terdahulu, Siti ditemui pada majlis sidang media Makan Malam Amal Karnival Mahabbah 1.0 yang akan berlangsung selama 5 hari bermula 24 April hingga 28 April 2019.

“Disebabkan konsert di Royal Albert Hall ditunda, jadi kebetulan tawaran ini datang. 

“Ceritanya, pengurus saya merupakan jemaah Masjid Muhibbuddin Shah Ipoh. Jadi, proses untuk saya terlibat sama menjadi lebih mudah. 

“Untuk malam amal ini, saya akan menyanyikan tujuh buah lagu berbentuk kerohanian, insyaAllah,” kongsi Siti. 

Menurut pengarah program, Ustaz  Mohd Hafizullah Mohd Tahir, pemilihan Siti Nurhaliza adalah atas faktor pengaruh yang dimiliki.

Siti bukan sahaja diminati oleh segenap lapisan masyarakat, malah ustaz dan ustazah pun ramai yang meminatinya,” katanya ketika ditemui.

Objektif program ini bertujuan mencari dana untuk mengimarahkan program masjid pada bulan Ramadan.

Published by
Noraini Abd Wahab