Pengacara Hazeman Huzir ada berkongsi video di Youtube Channelnya mengenai isu tata terbit dan situasi ketika berada di tanah suci.
Malah, isu yang difokuskan turut terkait dengan golongan transgender saat menjejakkan kaki di sana.
“Guys, jauh di lubuk hati golongan transgender tahu apa yang mereka lakukan adalah salah. Semua orang sedar diri yang mereka adalah pendosa, termasuk saya.
“Apabila diri kita di Tanah Suci, ia melibatkan hubungan kita dengan Allah. Kita hanya berserah padaNya.
“Dalam kecelaruan viral kini, apa yg berlaku adalah sebagai peringatan. Mungkin tidak berlaku pada anda.
“Bukan hanya berlaku pada orang lain, ia tak bermakna akan terjadi pada kita,” katanya menerusi video berdurasi lebih 10 minit.
Hazeman yang popular dengan program TV, Motif Viral yakin setiap yang berlaku pasti ada hikmah disebaliknya.
“Apa yang berlaku ada hikmah, sama-sama belajar. Ya, jika berkemampuan boleh pergi Tanah Suci, tetapi ada hukum yang perlu kita patuhi seperti yang sudah tertulis oleh Allah dalam Al-Quran dan hadis.
“Apa yang paling menakutkan saya adalah golongan pendosa yang rasa sudah jauhkan diri dengan Allah, saya tidak mahu anda terus berjauhan dengan Allah hanya disebabkan anda tidak suak dengan tindakan umat-umatNya yang berada di media sosial.
Dalam masa sama, anak kelahiran Kuala Lumpur itu mendoakan agar umat Islam sentiasa di jalan yang diredai Allah.
“Apabila tiba disana (Tanah Suci), pasti kita akan meminta doa, keredaanNya. Janganlah ada sifat nafsu, ego ketika di sana. Tempat itu adalah sebuah Tanah Suci. lebih berbillion umat Islam sayang tempat itu.
“Jika umat Islam tak boleh respek tempat itu, siapa lagi yang nak respek tempat itu. Kita disana memang untuk beribadat ‘direct’ dengan Allah,” akhirinya.
Dalam perkembangan lain, Hazeman kini sedang mengerjakan umrah buat kali kedua.
Video : Youtube Channel Hazeman, Instagram Hazeman