Bersempena dengan ulang tahun kelahiran aktres Lana Nodin, pelakon Lisdawati melayangkan ucapan istimewa buat rakan artisnya itu yang kini sudah menetap di Amerika Syarikat.

Meski sudah berjauhan, namun ingatan tulus doa dari bintang KL Menjerit itu buat Lana kekal terpahat.

Menurut Lisdawati atau nama sebenarnya Nisdawati Nazaruddin, meski jarang berjumpa, namun mereka masih tetap berhubung.

“Selamat Harijadi Sahabat 8 Dec. #sagittarius

Ads

@lananodinmckienzie. Kita tak selalu jumpa tapi KITA ADA. Tak selalu bercerita tapi ADA RAHSIA.

“Iya luaran tak cerminan dalaman tapi Insya-Allah pelan-pelan kayuh ye sahabat sementara masih ada WAKTU.

“Doaku sentiasa ada walaupun kita jauh. Semoga U sentiasa bahagia dunia dan akhirat #doaygbaikbaiksaja #sayangkeranaallah,” tulisnya menerusi hantaran di akaun Instagram.

Ads

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Lisdawati (@lisdawati15)

Ads

Sekadar informasi, Lana atau nama sebenarnya Mazlina Hasan Nodin sekeluarga telah berhijrah dan menetap di Amerika Syarikat sekitar September lalu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Foto: Instagram Lisdawati

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI