Pelakon dan penyanyi, Daiyan Trisha meluahkan rasa rindu kepada nenek dan datuknya di Kuantan, Pahang kerana tidak dapat pulang ke kampung untuk meraikan Aidilfitri.

Hal tersebut kerana mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan iaitu pergerakan merentas negeri bagi mengelakkan penyebaran COVID-19.

Dalam pada itu, penyanyi lagu Langit berkenaan turut berharap agar datuk dan neneknya berada dalam keadaan baik dan sihat.

My angels, jauh di mata, dekat di hati. harap mak (nenek) & atok sihat dan senang kat kampung Kuantan.

IKLAN

“Cha rindu sangat. brb im gonna go cry again,” tulisnya.

IKLAN

Menerusi foto tersebut, Daiyan dan ibunya, Samsiah Mohd Nor berhubung insan tersayang itu secara virtual dalam talian.

Menerusi ruangan komen, rata-rata turut merasakan perkara sama yang dihadapi penyanyi berusia 27 tahun itu.

IKLAN

Foto: Instagram Daiyan Trisha

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI