Penyanyi Tom atau nama sebenarnya, Raja Farah Afzal Raja Ikram, 36, bersyukur kerana urusan pernikahannya dengan bintang asal Singapura, Fuad Rahman pada Ahad dipermudahkan.
Memilih Batam, Indonesia sebagai lokasi perkahwinan, pasangan yang sama-sama menyertai Gegar Vaganza musim kesembilan (GV9) ini akui apa yang penting ikatan keduanya kini sudah sah.
“Nak balik Malaysia dah. Tak sabar nak balik celebrate dengan anak-anak. Alhamdulillah semuanya sudah selesai di sini.
“Biarlah di mana pun (kahwin), yang penting pernikahan ini sudah terjadi. Kami dah officially suami isteri,” jelasnya.
Tom memaklumkan mengenau perkara itu menerusi sebuah status di Insta Stories bersama beberapa hantaran lain.
Terdahulu, Tom berkongsi beberapa momen hari bahagianya di Insta Stories yang menyaksikan dirinya kini sudah kembali menjadi isteri orang.
Pasangan selebriti itu mengenakan persalinan polos putih pada hari bahagia mereka.
Sebelum ini, pengurus Tom, Alan mengesahkan mengenai perkahwinan tersebut yang berlangsung di negara jiran itu.
Alan berkata, ia bagi memudahkan segala urusan perkahwinan dan hanya dihadiri keluarga rapat.
“Mereka dijangka akan mendaftarkan perkahwinan dalam negara selepas pulang dari Batam nanti. Majlis resepsi mereka akan dibuat selepas Aidilfitri nanti,” katanya.
Sebelum ini, Fuad, 43, dikhabarkan pernah berkahwin dua kali, manakala Tom pula tiga kali.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.