Penyanyi, Datuk Nora Ariffin ada memberi kata nasihat dan peringatan kepada semua serta diri sendiri untuk sentiasa menghindarkan diri daripada melakukan fitnah terhadap orang lain.

Pada masa sama, Nora atau nama lengkapnya Wan Norafizah Wan Ariffin menyifatkan tindakan sedemikian tidak sewajarnya untuk dilakukan dan berharap agar orang ramai tidak mudah percaya dengan setiap dilontarkan, bimbang akan menjadi fitnah.

“Jauhi Fitnah Dan Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Orang. Perbaiki Diri Kita, Itu Yang Terbaik,” – Nora Ariffin “Jauhi Fitnah Dan Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Orang. Perbaiki Diri Kita, Itu Yang Terbaik,” – Nora Ariffin

Dalam pada itu, penyanyi lagu Secebis Harapan berharap agar semua sentiasa muhasabah diri serta sabar dengan setiap musibah yang berlaku.

“Jauhi Fitnah Dan Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Orang. Perbaiki Diri Kita, Itu Yang Terbaik,” – Nora Ariffin “Jauhi Fitnah Dan Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Orang. Perbaiki Diri Kita, Itu Yang Terbaik,” – Nora Ariffin

“Bismilahirahmanirahim. FITNAH. Allahuakbar… Memang zaman sekarang ini adalah zaman FITNAH.
Org baik difitnah, org buat jahat difitnah malah orang tak buat apa2 pun kadang2 difitnah juga.

Ads

“Nabi junjungan kita, Nabi Muhammad SAW, seorang yg maksum juga difitnah. Isteri kesayangan Nabi, Aisyah juga difitnah oleh org munafik sehingga turun ayat 11 Surah An- Noor. Apatah lagi kita insan yg penuh dgn dosa, kekurangan & kelemahan.

“Fitnah juga bermakna dugaan, cubaan dan ujian utk setiap manusia; Surah Al- Anfal ayat 28,” tulisnya.

Bagi Nora, perbaiki diri sendiri adalah yang terbaik.

Ads

“Saya menyeru kpd semua & reminder utk saya juga. Jauhi fitnah & jgn mudah percaya pada kata2 org. Perbaiki diri kita, itu adalah yg terbaik. Sesungguhnya diam itu lebih BAIK dari berkata- kata benda yg tiada faedah.

“Musibah & bencana makin byk berlaku dimerata dunia. Moga kita semua dpt muhasabah diri , lihat diri kita & mengambil iktibar diatas setiap apa yg berlaku,” tulisnya lagi.

Ads

Media Hiburan sedang menganjurkan pertandingan menarik bersempena dengan MCO 3.0 ini, siapa tahu rezeki akan jadi milik anda.

Pertandingan nyanyian ‘Karok Lockdown’ khas buat anda yang mahu ketengahkan bakat menyanyi, kalau bertuah ganjaran wang tunai menanti!

Apa yang anda perlu buat? Klik saja link DI SINI untuk mendaftar sekarang. Mana tau korang pemenang yang kami cari, all the best!

“Jauhi Fitnah Dan Jangan Mudah Percaya Kata-Kata Orang. Perbaiki Diri Kita, Itu Yang Terbaik,” – Nora Ariffin

Foto: Instagram Nora Ariffin

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI