“Jeddah Ditutup Semula,” – Iesya Toh Kongsi Info

Share

Susulan peningkatan bilangan kes jangkitan Covid-19 di Jeddah, Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi mengambil keputusan melaksanakan semula perintah berkurung di Jeddah yang menjadi pintu masuk ke Makkah bermula hari ini sehingga 20 Jun.

Info penting itu turut dikongsikan di laman Instagram pengacara Iesya Toh.

Sementara itu menerusi laporan Harian Metro, ia sebagai usaha kerajaan Arab Saudi mengekang penularan wabak.

Penduduk dilarang melakukan pergerakan bermula jam 3 petang hingga 6 pagi termasuk ke tempat kerja.

Selain itu, penduduk juga dilarang makan dan minum di dalam restoran atau kafe serta menunaikan solat berjemaah melebihi lima orang di dalam masjid.

Bagaimanapun, pengangkutan darat dan udara untuk masuk dan keluar dari Jeddah masih dibenarkan beroperasi sepanjang tempoh berkenaan.

Foto : Instagram Iesya Toh & Harian Metro

Published by
Noraini Abd Wahab