Big Stage musim keenam yang memperkenalkan format baharu menerusi Big Stage Alpha, bakal membuka tirainya bermula Ahad ini.

Menampilkan 18 peserta, edisi kali ini tampil dengan format terbaharu iaitu ‘Idol Survival’, sejajar dengan trend hiburan global.

Umum mengetahui, Big Stage menjadi antara platform utama buat penyanyi muda dalam mengasah bakat sekali gus sukses membina nama dalam industri muzik serantau.

Sepanjang lima musim terdahulu, beberapa nama alumni program ini turut berjaya mencipta fenomena tersendiri yang boleh menjadi inspirasi buat peserta kali ini.

Julang Trofi Di AJL, Alumni Terus Bersinar

Antara yang mencuri tumpuan ialah Nadeera Zaini, juara Big Stage musim kelima.

Menyertai pelbagai program realiti nyanyian sebelum ini, namanya melonjak naik selepas menampilkan persembahan konsisten sepanjang pertandingan.

Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Kemenangan Nadeera menjadi batu loncatan apabila lagu ‘Bukan Lagi Kita’ mencetuskan fenomena sehingga melayakkan dirinya ke pentas Anugerah Juara Lagu ke-39 (AJL39).

Ads

Persembahan hebatnya di AJL39 membuahkan hasil apabila dinobatkan sebagai naib juara.

Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Aisha Retno, pemenang tempat ketiga musim keempat pula kini bergelar penyanyi dan penulis lagu muda yang prolifik.

Namanya semakin kukuh selepas bergelar naib juara AJL38 menerusi lagu ‘Sutera’.

Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Malah Aisha turut mencipta kejayaan apabila lagu raya duet bersama Aziz Harun, ‘Ketipak Ketipung Raya’ berjaya menarik perhatian Datuk Seri Siti Nurhaliza, sekaligus membawa kepada kolaborasi dalam lagu ‘Raya Nak Ke Mana?’.

Ads

Langkah Bergaya Ke Peringkat Antarabangsa

Baby Shima, pemenang tempat kelima musim pertama, tidak hanya mengukuhkan kedudukannya di Malaysia, malah berjaya melebarkan sayap ke Indonesia.
Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Lagu-lagunya seperti ‘Pura-Pura Bujang’, ‘Roadblock Hatiku’ dan ‘Terpisah Jarak dan Waktu’ menerima sambutan hangat dari peminat muzik di kedua-dua negara.

Begitu juga dengan Hanbyul, penyanyi Korea Selatan yang mengejutkan ramai apabila dinobatkan sebagai juara Big Stage musim kedua.

Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Kepetahannya bertutur dalam Bahasa Melayu serta bakat nyanyian luar biasa membolehkannya terus mencipta nama menerusi lagu seperti ‘Pesona Kamu’ dan ‘Jodoh’.

Hanbyul turut mencabar diri dalam bidang lakonan tempatan, muncul dalam beberapa drama televisyen.

Ads

Satu lagi nama yang tidak harus dilupakan ialah Aziz Harun.

Jejak Gemilang Alumni Yang ‘Mendonia’ Terus Gegar Industri Seni, Jadi Inspirasi 18 Peserta Big Stage Alpha!

Meskipun menarik diri daripada pertandingan Big Stage musim kedua, Aziz bangkit selepas menamatkan pengajian di United Kingdom dan kembali dengan deretan lagu popular seperti ‘Janji’, ‘Jarak’, ‘Akhir Cerita’ serta ‘Ketipak Ketipung Raya’.

Saksikan Big Stage Alpha Ahad Ini!

Sementara itu, Big Stage Alpha menjanjikan saingan sengit dan kelainan menerusi format baharu yang pastinya lebih mencabar.

Jangan lupa saksikan Big Stage Alpha yang bakal bersiaran secara langsung pada Ahad ini, bermula jam 9 malam di Astro Ria dan platform penstriman Astro Go.

Dikemudikan oleh dua hos berpengalaman dari dua negara iaitu Elly Mazlein dan Rina Nose, kesemua peserta Big Stage Alpha akan dinilai oleh tiga juri profesional iaitu Datuk Syafinaz Selamat, Edry Abd Halim dan Hael Husaini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Kredit Foto: Instagram Nedeera Zaini, Aisha Retno, Baby Shima, Han Byul & Aziz Harun

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI