Sudah menjadi impian kepada isteri untuk memiliki mahligai cinta yang bahagia bersama suami tercinta dan itulah yang mungkin dirasai penyanyi, Siti Sarah ketika ini.

Sarah atau nama lengkapnya, Siti Sarah Raissuddin meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan suaminya, yang juga merupakan seorang penyampai radio dan pelawak, Shuib.

Menerusi entri di Instagram, penyanyi lagu Semakin ini berkongsi cerita tentang sikap serta keperibadian Shuib yang disifatkan sentiasa merendah diri.

“Sememangnya dia tidak pernah lupa asal usul dari awal perkenalan, awal perkahwinan sehingga sekarang.

Ads

“Itulah @shuibsepahtu yang saya kenal, anak kampung, orang susah, anak sawah yang tak pernah lupa diri.

“Mungkin ada perubahan dari segi kejayaan sebab dia orang yang nak ubah nasib diri jadi lebih baik, sangat komited, berani dan inginkan perubahan termasuk janji pada ibunya dia akan beri kesenangan.

“Jadi sebab itu dia tak pernah kenal erti penat, apapun dia hadap termasuk fitnah-fitnah yang berat. Terima kasih Allah sebab temukan kami,” tulisnya.

Ads

Jelaskan Suami Tak Pernah Lupa Asal Usul, Siti Sarah Syukur Nikmat Dipertemukan Jodoh Dengan Shuib Jelaskan Suami Tak Pernah Lupa Asal Usul, Siti Sarah Syukur Nikmat Dipertemukan Jodoh Dengan Shuib

Lantas perkongsian yang dititipkan itu turut mendapat reaksi daripada para peminatnya.

Ads

Jelaskan Suami Tak Pernah Lupa Asal Usul, Siti Sarah Syukur Nikmat Dipertemukan Jodoh Dengan Shuib Jelaskan Suami Tak Pernah Lupa Asal Usul, Siti Sarah Syukur Nikmat Dipertemukan Jodoh Dengan Shuib

Sarah dan Shuib telah mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011 dan dikurniakan tiga orang cahaya mata setakat ini.

Foto: Instagram Siti Sarah

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI