“Jemputlah Aku Lagi Ke Rumahmu Ramadhan Kali Ini Allah,”- Datin Alyah Luah Rindu Jalani Puasa Di Tanah Suci Mekah

Share

Penyanyi Datin Alyah telah memuat naik satu video di akaun Instagram menerusi satu entri terbaru.

Kongsi penyanyi yang sinonim menerusi lagu Sesal Separuh Nyawa itu telah meluahkan rasa rindu untuk menyambut ramadan di tanah suci Mekah.

“Ya Allah swt Jemputlah Aku lagi ke rumahmu Ramadhan kali ini ya Allah swt…
Aku tidak layak meminta minta dari mu Ya Allah swt…Namun aku tidak akan berputus asa utk mengadu kepadamu Ya Allah swt…”

“Sesungguhnya Hanya kamu yg mengetahui segalanya…
Dan sesungguhnya Aku rindu utk menangis di hadapan Rasulullah saw bahawa Aku amat rindu akan Baginda dan seisi madinah dan makah”tulisnya.

Di samping itu, peminat turut mendoakan semoga doa penyanyi yang berusia 38 tahun itu dimakbulkan oleh Yang Maha Kuasa.

Dalam perkembangan lain, Alyah telah mengeluarkan lagu single terbarunya yang berjudul Meluruh.

Video : Instagram Alyah

Published by
Nazar Rafiqhi