Bapa kepada penyanyi, Ezad Lazim iaitu Mohamad Lazim Ismail telah menghembuskan nafas terakhir pada Selasa lalu akibat jangkitan kuman di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah.

Sementara itu, Ezad kini menarik nafas lega apabila proses pengebumian berjalan lancar dengan bantuan ahli keluarga dan jiran tetangga.

Malah, penyanyi lagu Jesnita ini juga berterima kasih kepada mereka yang telah mendoakan kesejahteraan untuk arwah bapanya.

“Assalamualaikum. Selesai sudah segala urusan pengebumian arwah ABAH LAZIM di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar.

“Terima kasih kepada sahabat2, kenalan2, saudara mara yg mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan untuk roh ABAH.

“Terima kasih kepada semua yang sudi datang dari jauh dekat untuk ziarah arwah ABAH walaupun kekangan kerja dan sebagainya.

“Terima kasih jugak kepada jiran2 yg membantu memudahkan segala urusan famili kami,” tulisnya.

Pada masa sama, Ezad turut mewakili arwah bapa, memohon maaf bagi pihaknya andai ada salah silap.

“Akhir kata, sebagai anak kepada Allahyarham MOHAMAD LAZIM BIN ISMAIL kami memohon jutaan maaf bagi pihak arwah ABAH jika ada salah silap selama arwah hidup. 

“Sekiranya arwah ABAH ada berhutang, terhutang, atau hutang2 yang tuan puan belum tuntut dari arwah, boleh berhubung terus dgn kami adik beradik. Halalkan makan minum ABAH kepada yang mengenali beliau.

“Teruskan berDOA untuk arwah ABAH LAZIM dan orang2 yang telah meninggalkan kita pergi menghadap ILAHI selamanya. Terima kasih,” tulis Ezad sambil disertakan foto pusara arwah bapanya.

View this post on Instagram

Assalamualaikum Selesai sudah segala urusan pengebumian arwah ABAH LAZIM di Tanah Perkuburan Islam Taman UDA, Alor Setar. Terima kasih kepada sahabat2, kenalan2, saudara mara yg mengucapkan salam takziah kepada kami sekeluarga dan mendoakan kesejahteraan untuk roh ABAH. Terima kasih kepada semua yang sudi datang dari jauh dekat untuk ziarah arwah ABAH walaupun kekangan kerja dan sebagainya. Terima kasih jugak kepada jiran2 yg membantu memudahkan segala urusan famili kami. Akhir kata, sebagai anak kepada Allahyarham MOHAMAD LAZIM BIN ISMAIL kami memohon jutaan maaf bagi pihak arwah ABAH jika ada salah silap selama arwah hidup. Sekiranya arwah ABAH ada berhutang, terhutang, atau hutang2 yang tuan puan belum tuntut dari arwah, boleh berhubung terus dgn kami adik beradik. Halalkan makan minum ABAH kepada yang mengenali beliau. Teruskan berDOA untuk arwah ABAH LAZIM dan orang2 yang telah meninggalkan kita pergi menghadap ILAHI selamanya. Terima kasih. #AlFatihah #RinduAbahLazim @ezadzeanaventures @ezadlazim_fans @ezadlazim_fansutara @ezadlazimlovers @1unitedteam @ezadlazim_supporters @ezadlazimlovers_sg @ezadlazim_zeanaramlisupporterz @ezadzeana_forever @ezadzeana_supporters  @sobijak_school_wear  @ezamani_official @heartmls19 @heartiswinner

A post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on

Terdahulu, Allahyarham meninggal dunia jam 7:25 malam pada Selasa lalu dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman UDA, Alor Setar awal pagi tadi.

Ezad sebelum ini berkongsi berita sedih itu menerusi akaun Instagramnya dan menerima ucapan takziah, termasuk daripada rakan artis.

View this post on Instagram

😭 Al fatihah…..

A post shared by mohd rohaizad mohamad lazim (@ezadlazim) on

Foto : Instagram Ezad Lazim

Apa Kata Anda