
Suasana pilu menyelubungi Masjid Al-Falah, USJ9, di sini apabila jenazah Allahyarham Rohana Jalil kira-kita jam 10.40 pagi tadi.
Ahli keluarga dan rakan terdekat turut mengiringi jenazah yang akan disembahyangkan sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam USJ21, Subang Jaya selepas solat Zuhur.
Anak Allahyarham, Syakila Nisha atau Kilafairy, 31, memohon orang ramai mendoakan arwah ibunya.
“Mohon doakan arwah mama. Terima kasih rakan media yang hadir,” ujarnya ringkas dalam nada tenang
Antara rakan artis yang turut mengiringi jenazah ialah ialah Azizul Khamis, Izara Aishah, Tya Arifin dan Azian Mazwan Safuan.
Terdahulu, Allahyarham Rohana atau nama sebenarnya, Dara Abd Jalil menghembuskan nafas terakhir pada usia 68 tahun 11.33 malam tadi di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
Allahyarham dimasukkan ke hospital sejak April lalu akibat kebocoran usus.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Azal Siap Catit Nama Pemenang Olimpik,” – Zarina Zainuddin Kongsi Gelagat Anak Syurganya, Netizen Puji ‘Dah Ganteng Bijak Pula’

Bahang sukan Olimpik Tokyo 2020 dirasai pencinta sukan selurih dunia, termasuk anak selebriri Zarina Zainuddin, Muhammad Raizal Azrai.
Zarina memaklumkan anak bujangnya yang kini berusia 25 tahun itu akan mencatat nama atlet yang berjaya memenangi pingat di kejohanan bertaraf dunia itu.
“Azal siap catit kan nama pemenang Olimpik,” tulis Zarina.
Menerusi video tersebut, pelakon drama Bidadari Kiriman Tuhan itu secara spontan bertanya siapakah atlet negara yang berjaya memenangi pingat dan dijawab lancar Azal.
Meninjau ke ruangan komen, rata-ratanya memuji keupayaan Azal selain menyifatkan anak istimewa itu seorang yang bijak. Antaranya;
“Salam dari Indonesia bang Azal… MasyaAllah cutenya bang Azal.”
“Subhanallah, bijaknya!”
“Pandailah Azal. Take care puan dan anak-anaknya. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah SWT.”
“Terbaik Azal, acik pun tak buat macam tu.”
“Bang Azal dah ganteng, bijak pula.”
“MasyaAllah anak syurga ni… Cerdik dan menghiburkan.”
“Hebat Azal, boleh jadi pengulas sukan.”
Media pada Mei lalu ada melaporkan kesediaan Zarina untuk menerima mana-mana wanita yang sudi mendekati anak lelakinya itu.
Malah dia juga sedia membayar gaji kepada mana-mana wanita yang sanggup berkahwin, menjaga, mengurus serta membahagiakan Azal.
Pendirian tersebut dikongsikan Zarina selepas Azal pernah menyatakan hasrat untuk berkahwin.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Masa Rehearsal…Dia Asyik Pakai Putih,” – Sufie Rashid Dedah Sikap Arwah Sandra Dianne

Industri hiburan tanah air dikejutkan berita pemergian seorang anak seni, Sandra Dianne yang dilaporkan meninggal dunia pada Jumaat pagi di Hospital Putrajaya awal pagi ini.
Menerusi segmen Geng Pagi Hot bersama Shuk, Shuib dan Fizi di radio Hot FM, mereka sempat merakamkan perbualan bersama penyanyi Sufie Rashid.
Difahamkan, Sufie merupakan penyanyi yang terakhir berduet bersama arwah Sandra di pentas Big Stage 2020, dua minggu lalu.
Menurut penyanyi kelahiran kota Singapura ini, dia tidak pernah menyangka rakan artisnya itu akan meninggalkan dirinya untuk selamanya.
“Bila Sufie ingatkan balik masa rehearsal dengan Sandra dia asyik pakai putih, semua serba putih daripada atas sampai bawah semua putih.
“Tapi masa tu saya tak ada lah terfikir apa-apa. Cuma saya macam pelik sebab diri dia macam sangat bercahaya, dan dia pun sangat ceria.
“Dia ada pesan kat orang tak tahu lagi bila nak jumpa, tapi jaga diri elok-elok. Saya tak terfikir pun dan bila dah terjadi dia meninggalkan kita, saya rasa macam tak sangka itu merupakan kali terakhir kita jumpa sahabat kita,” katanya.
Terdahulu, arwah Sandra dilaporkan koma selepas terlibat dalam satu kemalangan jalanraya di Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) ketika dalam perjalanan menuju ke Pusat Konvesyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) untuk menjalani latihan penuh konsert minggu keempat Big Stage 2020, Sabtu lalu.
Video: Instagram Hot FM
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Ben Ali & Isteri Rela Hati Sumbang RM40K Untuk Palestin – “Jumlah Sebahagian Dari Setiap Seorang Yang Membeli Produk Kami.”

Usahawan dan pelakon, Ben Ali bersama isterinya Nadiyah Shahab tampil menyumbang RM40,000 kepada 7 pertubuhan badan bukan kerajaan (NGO) sebagai usaha membantu meringankan beban dihadapi rakyat Palestin akibat ditindas Zionis Israel.
Menurut Ben atau nama sebenarnya, Nurali Nadzwan, sumbangan berkenaan diperoleh hasil jualan produk keluaran mereka, Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Sebanyak RM40,000 disumbangkan kepada beberapa pertubuhan yang menjalankan misi ini. Ia adalah hasil jualan Absolut Chocolat di Malaysia dan Singapura.
“Jumlah sumbangan ini mengandungi sebahagian kecil daripada setiap seorang yang membeli produk kami.
“Dalam masa sama, isteri saya Nadiyah juga membuat sumbangan peribadi sebanyak RM12,000. Dia sangat terkesan dengan apa yang menimpa rakyat Palestin di sana. Hampir setiap hari dia menangis apatah lagi melihat kanak-kanak menjadi mangsa,” katanya memetik Harian Metro.
Menurut Ben, dia berharap sumbangan itu dapat membantu dan meringankan beban saudara Islam di sana.
“Terima kasih diucapkan kepada semua yang sejak dahulu menyokong perjalanan kami. Daripada anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan. Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara Islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kami mengajak anda untuk turut serta sama membantu mengikut kemampuan masing-masing menerusi dana Absolut Grace Charity. Ini juga adalah inisiatif isteri. Diharap kita semua mendapat syafaat daripada Allah. Insya-Allah,” katanya lagi.
Ben pada masa sama turut berhasrat untuk terus melakukan projek amal yang dilakukan sempena Ramadan baru-baru ini.
“Alhamdulillah, sepanjang Ramadan lalu kami ke 15 rumah anak yatim dan orang tua selama 15 hari. Kami berikan sumbangan berupa derma dan belikan mereka kelengkapan raya.
“Ada juga rumah orang tua yang kami taja sepenuhnya membabitkan sewa mereka. Semua ini hasil jualan produk kami.
“Insya-Allah, tahun depan kami menyasarkan nak buat sepanjang 30 hari bulan Ramadan. Doakan ia dipermudahkan,” harapnya optimis.
Sementara itu menerusi Instagram, Ben turut merakamkan ucapan terima kasih kepada pembeli yang secara tidak langsung menyokong apa yang diusahakan ketika ini.
“Bismillahirrahmanirrahim, berkat hasil pembelian para pelanggan & juga berkat izin Allah S.W.T , kami berkesempatan untuk turut sama menyumbang bagi membantu rakyat Palestin yang sedang ditimpa musibah.
“Terima Kasih diucapkan kepada anda semua yang sejak dari dahulu lagi menyokong perjalanan kami. Dari anda, kini kami pulangkan kepada yang lebih memerlukan.
“Semoga sumbangan ini dapat meringankan beban saudara-saudara se-islam kita di bumi Gaza. Semoga Allah terus melindungi mereka.
“Kepada yang berhajat untuk juga menyumbang. Saya sertakan sekali antara senarai pertubuhan yang kami telah sumbangkan bantuan. Diharap kita semua mendapat syafaat dari-Nya. InshaAllah,” tulisnya.
Foto: Instagram Ben Ali
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI