Pemergian mengejut pelakon Indonesia, Saphira Indah pada usia 32 tahun hari ini nyata mengejutkan ramai pihak.
Hasil siasatan awal, bintang yang turut hamil enam bulan itu dikatakan meninggal dunia selepas mengalami sesak nafas.
Difahamkan, jenazah Allahyarham sudah pun selamat dikebumikan di tanah perkuburan Tempat Pemakaman Umum (TPU) Semper, Cilincing, Jakarta Utara.
Serentak dengan pemergiaan Saphira, para pelakonnya yang turut terlibat di dalam filem Eiffel… I’m in Love turut menitipkan doa dan dedikasi terhadap Allahyarham.
Terdahulu, selain Eiffel… I’m in Love, Saphira turut beraksi di dalam beberapa buah filem seperti Virgin 3: Satu Malam Mengubah Segalanya
Allahyarham turut aktif membintangi siri televisyen tempatan Indonesia.
Foto: Instagram Saphira/ Tribun Seleb