Abang sulung kepada Allahyarham Syazlin Zainal iaitu Ezra Zaidi,35, mengakui dia tidak menyangka ucapan hari jadi daripada adik bongsunya itu di Instagram menjadi interaksi terakhir mereka sebelum pelakon berkenaan meninggal dunia, pada Khamis.
Menurut Ezra Zaidi, dia pelik apabila arwah memuat naik foto mereka bersama di media sosial kerana sebelum ini, Syazlin tidak pernah berbuat demikian bagi menjaga privasi keluarga.
“Sejak dia bergelar selebriti, arwah sangat menjaga privasi kami sekeluarga dan tidak pernah memuat naik apa-apa gambar kami di media sosialnya.
“Tapi pada hari jadi saya 8 November lalu, itu pertama kali dia post dekat media sosial dan tag saya sekali sehingga ramai orang tanya tentang hubungan sebenar kami.
“Tak sangka pula itu menjadi petanda dia akan pergi meninggalkan kami buat selama-lamanya,” katanya, lapor mStar.
Terdahulu, jenazah Allahyarham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, AU4, Taman Keramat Kuala Lumpur, kira kira jam 10:05 malam tadi.
Ramai yang hadir memberikan penghormatan terakhir buat arwah selain ahli keluarga termasuk sahabat dan rakan selebriti seperti Shah Jaszle, Mas Khan dan Fiza Thomas.
Ads
Ezra yang ditemui selepas upacara pengebumian jenazah Syazlin menambah, mereka merancang menyambut ulang tahun kelahiran bersama-sama memandangkan hari jadi Syazlin jatuh pada 14 November ini.
“Dia sudah berjanji nak sambut hari jadi kami sama-sama dan sepatutnya datang ke Kuala Lumpur semalam tapi tidak kesampaian,” katanya lagi.
Dalam pada itu, Ezra memberitahu ketika dimaklumkan mengenai pemergian adik bongsunya itu, dia menyangka arwah ke luar kawasan untuk menjalani penggambaran.
Bagaimanapun apabila diberitahu Syazlin sudah meninggal dunia, dia segera ke Johor Bahru bagi mendapatkan kepastian berita tersebut.
Ads
“Masa diberitahu saya tengah kerja. Apabila sebut Syazlin sudah tiada atau pergi, saya ingat dia pergi kerja di luar kawasan seperti mana kebiasaan sebelum ini.
“Apabila sedar yang dia sudah meninggal dunia, saya bergegas ke Johor dan menuju terus ke balai polis bagi mendapatkan maklumat lanjut mengenai kematian adik saya,” katanya.
Kata Ezra, Syazlin tinggal bersendirian di pangsapuri berkenaan namun sering berpindah randah bergantung lokasi dia menjalani penggambaran.
Ads
Memandangkan adiknya itu seorang yang menjaga privasi, mereka juga tidak mengetahui secara khusus tempat tinggal sebenar arwah.
“Dia memang tinggal bersendirian di Johor Bahru tapi kami tidak tahu lokasi sebenar rumahnya memandangkan dia sering berpindah,” jelasnya yang masih buntu dengan punca kematian arwah.
Dalam pada itu pada Jumaat, Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisinor Raub Selamat mengesahkan seorang wanita maut dipercayai terjatuh daripada tingkat 22 di sebuah pangsapuri di Taman Iskandar, Johor Bahru.
Pihak polis menerima panggilan daripada orang awam memaklumkan penemuan mayat wanita berusia 26 tahun di bahagian bawah pangsapuri kira-kira pukul 12.50 tengah hari.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
Sumber, Foto: MStar, Gempak
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak habis lagi soal stroller RM12k, status Jihan Muse di Instagram menjadi perbualan gara-gara membincangkan soal gajah dan pelanduk.
Kenyataan mengenai pelanduk yang tersepit di tengah-tengah gajah dibayangkan netizen seolah-olah menjurus kepada kisah stroller jenama Jeremy Scott miliknya yang menjadi bualan hangat ketika ini.
“Gajah sama gajah bergasak. Pelanduk nama naik sama tersepit. Ternganga2 pelanduk taktau apa2 tapi kene heret sama. Yg satu taknak kalah yang satu taknak mengaku salah.
“Pastu taktau camne nak menang tarik hidupan lain sama terpalit. Kesian pelanduk. Penyek. Lumat,” tulisnya.
Pada masa sama, ibu kepada seorang cahaya mata ini turut meninggalkan komen di ruangan komen status.
“Apa benda yang stroller? Aku cite pasal gajah. Peribahasa tu mestilah menjurus kepada situasi yang tepat.
“Tiba2 stroller apo? Tu peribahasa lain mukasurat lain lah kot. Ni gajah ulos. Sapa taktau tunggu. Jgn assume no no no. Nantilah filem terbaru,” komen Jihan.
Netizen bagaimanapun terus memberikan reaksi dan menyatakan status ‘makan dalam’ ini sememangnya punya maksud tersendiri yang cuba disampaikan.
Foto : Instagram Jihan Muse
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selepas filem, Puteri Gunung Ledang, sebuah lagi filem ikonik tanah air, Leftenan Adnan dijangka bakal ditayangkan semula tetapi kali ini versi suntingan sutradara (director cut).
Perkara tersebut disahkan sendiri oleh pengarahnya, Aziz M Osman.
Malah, pengarah tersebut turut mendedahkan dia juga akan memasukkan kembali beberapa babak yang telah dipotong termasuklah adegan terakhir.
Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam…dan memasukan kembali adegan terakhir yg dipotong. pic.twitter.com/lvDJsLZr6C
“Atas permintaan, in syaa Allah saya sedang usahakan filem Leftenan Adnan versi suntingan sutradara ke pawagam.
“Dan memasukan kembali adegan terakhir yang dipotong,” tulisnya.
Kenyataan tersebut dikongsikan oleh Aziz menerusi akaun Twitter miliknya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata peminat meluahkan rasa teruja malah berharap agar perkara tersebut menjadi kenyataan.
Filem Leftenan Adnan yang dibintangi oleh pelakon seperti Hairie Othman, Umie Aida, Faizal Hussein dan ramai lagi telah pun ditayangkan pada tanggal 31 Ogos 2000.
Terdahulu, filem Puteri Gunung Ledang juga telah melalui proses yang sama dan telah pun ditayangkan semula di saluran Youtube selama satu hari pada 10 Oktober lalu.
Sumber: Twitter Aziz M Osman
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
“Allah! Oh Fatima,” tulis Fazira bersama beberapa emoji pada ruangan kapsyen.
Lalu, video yang setakat ini sudah menerima hampir 500,000 tontonan itu mencuri perharian warganet yang seterusnya memberikan respon masing-masing.
Terdahulu pada Oktober tahun lalu, isteri kepada aktor Fattah Amin itu telah berkongsi berita gembira dengan memaklumkan cahaya mata sulung mereka sudah dilahirikan sempurna dan sihat.
Sementara itu seminggu selepas kelahiran, pasangan selebriti ini turut mengumumkan nama anak mereka pada akaun Instagram, @fattzuralovelife.
Fattah dan Fazura melangsungkan pernikahan dalam satu majlis tertutup di sebuah hotel ibu negara pada 27 November 2017.
Foto: Instagram Fazura
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Primadona, Erra Fazira menafikan dirinya bakal membuat pengumuman istimewa bersempena ulang tahun kelahirannya yang ke-51 yang jatuh pada tanggal 7 Febuari ini.