Terkejut MH bila dengar berita bahawa Jennifer Aniston dan pasangannya Justin Theroux sudah berpisah dan kemungkinan besar akan bercerai.
Pasangan tersebut mengeluarkan kenyataan bahawa mereka kini sudah berpisah (tidak duduk sebumbung) dan keputusan tersebut dipersetujui hujung tahun lalu.
“Kami adalah dua kawan baik yang mengambil keputusan untuk berpisah sebagai pasangan kekasih namun bersedia untuk meneruskan persahabatan kami,”kata kenyataan tersebut.
Kalau melihat pada kenyataan tersebut, MH dapat menghidu kemungkinan besar bahawa kedua-dua mereka akan bercerai.
Selain itu, Jeniffer juga kelihatan di perkahwinan rakan baiknya, Amy Schumer dan tiada kelibat Justin di sisinya.
Justin juga dikatakan berada di New York semasa Jennifer menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke-49 tempoh hari.
Pasangan tersebut bertunang pada 2012 dan berkahwin pada 2015. Mereka tidak mempunyai anak bersama.
Laporan TMZ menunjukkan Justin pindah keluar dari apartment mereka pada hari Valentine tempoh hari.
Sumber: TMZ