Bintang media sosial, Syafiqah Aaina sedikit kesal apabila menggunakan sabun dan syampu ketika memandikan anaknya,Raisya Arissa,2 bulan.
Akibat dari penggunaan bahan tersebut, kulit bayi comel itu kelihatan timbulnya ruam dan menjadi kemerah-merahan.
“Ni jugak skin Raisya masa Mommy dalam pantang. Silapnya sbb Mommy & Daddy jenis tak puas hati kalau tak letak sabun & shampoo pada Raisya last last jadi macam ni
“Tips untuk new Mommies, elakkan pakai any sabun, shampoo or oil pada skin baby.
“Sebab skin baby sangat nipis & sensitive lepas lahir. Jadi kalau boleh elakkan letak anything pada skin. No worries, peluh baby tak buat badan diorang berbau macam Mommy & Daddy pun 🤪
Ads
“Nanti baby dah besar sikit dah masuk 2months ke baru try pakaikan sabun. But still kena try & error. Sometimes skin baby tak sesuai dengan certain brand. Jadi kena try dulu tengok okay ke tidak.
“But still, depends on baby juga if mandikan pakai sabun & shampoo tkada masalah, then teruskan je. Ok Mommies?,” tulis Syafiqah yang merupakan usahawan produk kecantikan.
Proses mediasi antara pelakon Puteri Sarah Liyana dengan bekas pekerjanya Nazatul Nazira berhubung saman fitnah dan pecah aminah dilanjutkan ke 25 September setelah gagal mencapai kata sepakat.
Peguam yang mewakili Puteri Sarah, Azmi Mohd Rais berkata, pegawai mediasi mencadangkan proses diteruskan ke sesi kedua sebelum kes itu dibawa ke mahkamah.
“Pegawai mediasi mencadangkan beberapa solusi untuk kes pecah amanah diselesaikan tetapi gagal.
“Apa solusi yang dicadangkan semasa proses mediasi tidak boleh didedahkan kerana kita ada sesi kedua.
“Kami bagaimanapun akur dengan arahan pegawai mediasi dan kita akan berjumpa semula seperti tarikh ditetapkan,” katanya yang ditemui di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, petang tadi.
Sementara itu, Puteri Sarah pula memaklumkan, dia sudah cuba berbincang serta mencari penyelesaian terbaik sewaktu proses mediasi.
Pegawai berkenaan juga sudah mendengar penjelasan kedua-dua pihak serta memberikan solusi yang terbaik tetapi proses itu gagal.
“Saya rasa kita boleh pertimbangkan solusi dikemukakan dan selesaikan masalah ini dengan tenang, kenapa perlu tertekan?
“Memang saya nak menuntut hak saya tetapi kalau boleh dengan cara yang paling tenang dan terbaik untuk kedua-dua pihak,” katanya
Diminta mengulas kenyataan Nazirah dirinya difitnah dan nekad membawa kes itu ke muka pengadilan berikutan nama baiknya terjejas.
Sarah bagaimanapun tertanya apa fitnah yang dilemparkan terhadap wanita itu.
“Saya fitnah dia? Entahlah kehidupan saya pun terjejas sedangkan itu adalah syarikat milik saya.
“Dia tiada kena mengena kerana rakan kongsi syarikat saya hanyalah Andi Arsyil dari Jakarta,” katanya.
Terdahulu, Puteri Sarah memfailkan saman serta tuntutan RM1 juta sebagai ganti rugi terhadap Nazatul Nazira yang didakwa menuduhnya dalam urusan perniagaan sebelum ini.
Menerusi tuntutan kenyataan fitnah dikongsinya di Instagram, terdapat lima bukti kenyataan dibuat sebelum ini antaranya Puteri Sarah dituduh mengambil dadah.
Selain itu, individu terbabit menggelarnya seorang bodoh sombong, menyara atau membela individu yang dipercayai bernama Andy, menganggap sebagai rakan kongsi dan seorang ketua yang suka menganiaya pekerja-pekerja.
Puteri Sarah turut menuntut individu itu menarik semula kenyataan fitnah yang dilemparkan dan membuat permohonan maaf secara terbuka kepadanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengarah, Pekin Ibrahim tidak kisah dikecam kerana mempertahankan rakan pelakon, Fattah Amin yang sebelum ini didakwa pernah berlaku curang terhadap bekas isterinya, Nur Fazura.
Menurut Pekin, hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook sebelum ini itu antara lain sebagai salah satu usahan untuk membantu memperbaiki hubungan rakan artis, Fattah dan Fazura.
“Kecam itu perkara biasa. Ada yang suka dan ada yang tidak. Saya bercakap sebegitu sekiranya Fazura terbaca, dia boleh menilaikan semula keputusannya.
“Ini perkara baik. Kita tak nak rakan-rakan bercerai-berai dan mahu mereka kembali bersama. Apapun, yang melalui ini mereka sendiri dan mereka lebih tahu.
“Sebagai kawan, saya nak bagitahu perkara positif sahaja. Bila kata Fattah curang, saya tak percaya. Saya kenal Fattah macam mana.
“Saya buat posting tersebut agar orang tahu perangai sebenar Fattah,” katanya kepada MH.
Dalam pada itu, suami kepada pelakon Mona Ellen ini turut manafikan dirinya hanya menyokong sebelah pihak sahaja.
“Kedua-duanya saya kenal. Kami pernah lepak sekali. Saya juga pernah berlakon dengan Fazura tapi saya lebih rapat dengan Fattah. Sudah tentu saya akan pertahankan teman sendiri.
“Kalau dia pun perangai entah apa-apa, saya pun tak akan pertahankan. Saya tahu dia macam mana. Sebab itu saya yakin Fattah bukan orang yang sebegitu (curang).
“Orang lain pun tahu perangai Fattah macam mana. Dia memang budak baik,” ujarnya lagi.
Ditanya mengenai keadaan Fattah sewaktu mereka sama-sama menjalani penggambaran filem, Pekin memaklumkan Fattah sentiasa kelihatan tenang seperti tiada masalah.
“Fattah tiada kongsi apa-apa. Kami jalani penggambaran yang lama di Terengganu. Bila saya tanya Faz tak datang ke? Dia kata Faz ada di luar negara.
“Dia juga kerap berkongsi fasal anak. Maklumlah anak-anak kami pun sama-sama masih kecil. Kami menjalani penggambaran seperti biasa.
“Fattah berikan komitmen yang sangat baik seperti tiada masalah,” akhirinya.
Terdahulu, Fattah dan l Fazura telah sah bercerai talak satu di Mahkamah Rendah Syariah Petaling, Subang Bestari, Shah Alam pada 7 Oktober lalu.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Bagi pereka muda Amirul Safwan, tiada kata yang boleh digambarkan apabila penyanyi tersohor, Datuk Seri Siti Nurhaliza mengenakan busana rekaannya lebih-lebih lagi dalam sebuah konsert mega penyanyi berkenaan.
Pengasas jenama Bianca Bella, Amirul, 28, berkata dia dan pasukannya teruja saat melihat persalinan mereka menjadi pilihan dan digayakan dalam konsert Sebuah Epitome Saya Siti Nurhaliza baru-baru ini.
“Segalanya bermula ketika kami diberi kepercayaan menyiapkan baju TokTi pada persembahan sempena tahun baru dan melawat Melaka 2024 lalu, di situ detik perkenalan bermula.
“Bila mendapat peluang untuk menyediakan busana sempena konsert TokTi saya dan pasukan tahu ini peluang keemasan yang tidak boleh dilepaskan,” katanya.
Digelar Adik Bianca oleh Siti Nurhaliza, Amirul berkata baju berkenaan dalam rona emas merah hati disiapkan dalam tempoh sebulan serta dibantu Shafik Izzuddin dan Norshazratul Aisyah.
Katanya, warna dan material yang digunakan bagi busana itu ialah songket tempatan yang dipilih sendiri oleh Siti Nurhaliza.
Siti mengenakan persalinan tersebut menerusi Nurhaliza pada segmen Bayu Timur di dalam di konsert yang berlangsung pada 9 Mac lalu di Axiata Arena, Bukit Jalil itu.
“Memang teruja pada masa sama gementar maklumlah kami masih setahun jagung tapi diberi kepercayaan oleh penyanyi hebat seperti TokTi.
“Jujurnya tujuh tahun pengalaman dalam bidang ini saya tidak pernah terlintas akan jahit dan reka pakaian untuk TokTi, ini semua rezeki sangat bermakna,” katanya.
Bianca Bella beroperasi di Duyung, Melaka sudah dua tahun aktif dan menawarkan koleksi rekaan baju eksklusif terutama untuk raja sehari.
Lebih bermakna apabila baju rekaannya itu mendapat pujian ramai termasuk netizen yang memilih ia antara yang terbaik pernah disarungkan oleh penyanyi yang sinonom menerusi lagu Jerat Percintaan itu.
Malah, Siti Nurhaliza turut dipuji kerana memberi peluang dan kepercayaan kepada pereka muda untuk menyiapkan baju dalam konsert berskala besarnya.
Bercerita lanjut, Amirul mengakui terharu dan kagum dengan sifat merendah diri Siti Nurhaliza.
“Semua proses berjalan dengan lancar dan mudah. TokTi sangat profesional dan tahu apa yang diinginkan oleh dirinya.
“Bagi kami pastinya berusaha mahu memberikan yang terbaik, Alhamdulillah dengan reaksi positif yang diterima lebih-lebih lagi untuk orang baru seperti kami,” katanya lagi.
Amirul juga mengakui berkat doa ibu bapa juga antara yang memungkinkan segalanya dan menjadikan semua ini kenyataan.
“Kami masih baru, ini permulaan yang sangat bermakna dan indah buat kami. Terima kasih kepada Datuk Seri Siti Nurhaliza, Kak Rozie dan pasukannya yang percaya pada kami.
“Pastinya pengalaman ini sangat berharga buat Bianca Bella dan menjadi pemangkin untuk kami terus menjadi lebih baik,” katanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!