Jennifer Aniston Putuskan Hubungan dengan Kawan Yang Menolak Vaksinasi; “Banyak Pendapat Tak Berasas, Berdasarkan Propaganda Dan Rasa Takut.”

Share

Nampaknya bintang yang popular dengan drama bersiri Friends ini tidak main-main soal pengambilan vaksin. Baru-baru ini dalam temubual bersama majalah InStyle keluaran September 2021, pemenang anugerah Golden Globe ini memberitahu yang dia sudah memutuskan hubungan dengan beberapa orang individu yang berada dalam rutin mingguannya.

Semuanya disebabkan sikap mereka yang tidak mahu menerima dan menyembunyikan status vaksinasi. Katanya, “Masih terdapat sekumpulan besar individu yang merupakan anti-vaksin atau tidak mahu mendengar kepada fakta. Sangat Memalukan.”

Tambahnya lagi, “Saya baru sahaja kehilangan beberapa orang dalam rutin mingguan saya yang telah menolak atau tidak mendedahkan sama ada mereka telah mengambil vaksin ataupun tidak.”

Aniston merupakan salah seorang selebriti yang lantang dalam advokasi untuk mendidik masyarakat bagi menjaga penjarakan sosial serta langkah-langkah lain dalam usaha untuk membendung penularan virus tersebut.

Menjelaskan tentang kepentingan vaksin. Wanita anggun ini berkongsi rasa, “Bagi saya ini adalah tanggungjawab moral dan profesional seseorang individu untuk memberitahu, kerana kita semua tidak bersemangat dan diuji setiap hari. Namun begitu perkara ini menjadi sukar  sukar kerana semua orang berhak atas pendapat mereka sendiri.  Tetapi banyak memberikan pendapat yang tidak berdasarkan apa-apa kecuali rasa ketakutan atau propaganda semata-mata.”

Selain itu dia juga menggesa agar masyarakat mementingkan penggunaan pelitup muka bagi mengelakkan penyebaran Virus Covid-19. Menurutnya isu pemakaian pelitup muka ini adalah satu cara yang sangat mudah dan efektif namun hal ini telah dipolitikkan, sekaligus membahayakan nyawa orang ramai dan perkara seperti itu tidak seharusnya terjadi.

Sumber: People

Published by
Fiezreen