Pelakon filem dan sinetron Indonesia, Jennifer Coppen berhasrat untuk menjalankan ibadah umrah bersama anaknya setelah kehilangan suaminya, Dali Wassink kira-kira tiga minggu lalu.
Dalam laporan media tempatan Indonesia, perkara itu dikongsikan sendiri oleh sahabat Jennifer, Ustaz Derry Sulaiman yang bertemu pelakon itu minggu lalu di Bali.
“InsyaAllah doakan sahaja Jennier dan Kamari yang mahu melakukan umrah dalam waktu terdekat, dengan kami juga. InsyaAllah,” kongsi Ustaz Derry.
Selain berkongsi tentang perkara mengenai umrah, Ustaz Derry turut berkongsi yang dia banyak menasihati Jennifer selepas pelakon filem Akad itu kehilangan suaminya.
Menurutnya, Jennifer banyak menyalahkan diri sendiri atas kematian suaminya.
BACA JUGA: Bimbang Roh Tak Tenang, Jennifer Coppen Tidak Lagi Pakai Rantai Loket Berisi Abu Mayat Arwah Suami
Perkara ini disebabkan pada malam kejadian itu, Dali mahu menjemputnya tetapi dia menolak dan mahu terus berjumpa di rumah sahaja.
Ahli agama itu meminta Jennifer Coppen untuk bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT atas segala yang berlaku dalam kehidupan dia dan keluarganya.
“Kita kena bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT, jangan anggap begitu,” katanya.
Imbas kembali, Dali Wassink meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari tempat kerja. Menurut saksi, dia yang menaiki motosikal jenis Kawasaki terbabas melanggar pembahagi jalan.
Jennifer dan Dali memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky Wassink yang kini bakal mencecah usia setahun pada 28 Ogos nanti.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI